Saturday, October 22, 2011

DAYA RINTANGAN (RESISTANCE)


Apa akan terjadi jika saya tertinggal / terlupa dos atau berhenti mengambil ubat?
Jika anda tertinggal dos secara kerap atau berhenti memakan ubat anda selama beberapa hari, anda memberi peluang kepada virus HIV untuk melepasi kawalan ubat.  Ini akan membenarkan virus tersebut membina daya rintangan kepada ubat.

Apa itu daya rintangan?
Apabila virus membina daya rintangan terhadap ubat, ubat tersebut akan menjadi tidak berkesan.  Jika ini berlaku, HIV akan membiak walaupun anda masih memakan ubat tersebut.

Apa yang oleh saya lakukan untuk mencegah rintangan?
Makanlah ubat anda seperti yang diarahkan oleh doktor, patuhilah masa yang ditetapkan dan makanlah jumlah pil yang betul, tidak lebih dan tidak kurang.  Ini bermakna ubat tersebut sentiasa ada untuk melawan virus.

Bagaimana jika saya tertinggal satu dos?  Bolehkah saya menggandakan dos ubat yang berikutnya?
Tidak boleh.  Anda mungkin akan mengalami lebih banyak kesan sampingan dan pada masa yang sama, dosej yang berganda tidak melawan virus.  Anda hanya perlu menyambung semula masa dos yang asal.  Maklumkan perkara tersebut kepada doktor anda semasa perjumpaan yang berikutnya.  Anda juga hendaklah memastikan supaya tidak tertinggal sebarang dos pada masa akan datang.


AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.