Saturday, October 22, 2011

APA YANG PERLU SAYA PERTIMBANGKAN SEMASA MENENTUKAN JENIS UBAT-UBATAN DENGAN DOKTOR?

DR. ISKANDAR FIRZADA OSMAN
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Jadikan ia semudah yang mungkin kerana ia perlu mengubah hidup anda. 

Perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:

·        Kos perubatan
·        Kesan sampingan
·        Anda perlu menyedari masa memakan ubat-ubatan tersebut, jadual dan perubahan dalam rutin anda
·        Anda mungkin perlu memakan ubat-ubatan tersebut sebelum atau selepas makan, dengan atau tanpa makanan tertentu
·        Anda perlu membawa ubat anda pada setap masa
·        Anda mungkin sibuk, berasa tertekan atau malas, tetapi ubat tersebut perlu dimakan tepat pada masanya, setiap masa, setiap hari, setiap tahun
·        Berapa banyak pil yang perlu anda makan?  Ia mungkin berubah-ubah daripada 3 hingga 10 biji
·        Adakah anda kerap melakukan perjalanan jauh?
·        Adakah ubat tersebut perlu disejukkan dan jika ya, adakah ia akan mendatangkan masalah kepada anda?
·        Adakah anda mempunyai jadual kerja yang sibuk sehingga menyebabkan anda sukar untuk makan pada masanya?

Berbincanglah dengan doktor anda berkaitan perkara-perkara di atas.


AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.