Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana ujian ELISA dapat mengesan HIV di dalam tubuh anda. Biar saya terangkan secara ringkas agar anda dapat memahami bagaimana HIV dapat dikesan dengan menggunakan kaedah ini.
Elisa merupakan akronim bagi Enzyme-Linked Immunosorbent Assay. Kaedah ini menggunakan enzim untuk mendapatkan petunjuk bagi mengetahui status ujian. Ujian ini menggunakan serum atau darah pesakit sebagai sampel. Darah vena pesakit akan diambil dan kemudian diisikan ke dalam tiub yang bergel yang kemudiannya akan dihantar ke makmal bagi menjalani ujian.
Makmal akan memeriksa sampel supaya semua maklumat lengkap dan kemudian akan menjalankan ujian. Darah pesakit akan dijadikan serum dan kemudian proses ujian bermula.
ELISA terdiri daripada dua jenis iaitu secara langsung dan secara tidak langsung. Perbezaan kedua-dua ujian ini adalah jenis antibodi atau antigen yang dikesan. Bagi ujian secara langsung, antigen dikesan dengan mengunakan antibodi yang komersial. Bagi ujian tidak langsung pula, antibodi dikesan dengan menggunakan antigen yang komersial.
Dengan menggunakan video di atas, saya terangkan bagaimana HIV dikesan dengan menggunakan kaedah ELISA.
Kaedah di atas adalah kaedah ujian tidak langsung kerana menggunakan antigen komersial untuk mengesan antibodi HIV.
Kaedah di atas adalah kaedah ujian tidak langsung kerana menggunakan antigen komersial untuk mengesan antibodi HIV.
Plate yang dipenuhi Wall |
Kaedah ini menggunakan plate yang dipenuhi dengan wall. Wall atau telaga ini akan menjadi tempat berlakunya tindakbalas antibodi ini.
Wall yang dilekatkan dengan antigen HIV secara komersial diisi dengan serum pesakit.
Serum pesakit HIV akan mengandungi antibodi HIV. Hanya antibodi HIV sahaja yang akan melekat pada antigen HIV. Kita dapat lihat melalui video di atas iaitu bentuk tiga segi berwarna biru adalah antigen HIV yang komersial yang dilekatkan di wall tersebut. Proses pengeraman berlaku yang mana pada waktu ini, hanya antibodi HIV yang mampu melekat di antigen HIV. Merah menunjukkan antibodi lain yang tidak dapat bertindakbalas.
Selepas itu, wall dibersihkan dengan membuang serum tersebut. Wall haruslah dibersihkan untuk membuang segala antibodi yang tidak melekat bagi memudahkan proses seterusnya.Kemudian, antibodi konjugat yang berlabel enzim dimasukkan dan kemudian proses pengeraman berlaku. Selepas itu, cucian perlu dilakukan sekali lagi untuk membuang lebihan yang tidak diperlukan. Dapat dilihat antibodi konjugat yang berwarna purple dan enzim bewarna biru.
Antibodi Konjugat Berlabel Enzim Dimasukkan |
Lebihan Dikeluarkan |
Akhir sekali, substrat ditambah untuk memberikan perubahan warna. Substrat akan menghasilkan perubahan warna untuk menunjukkan positif. Seperti di dalam video, kita dapat lihat subsrat adalah berbentuk tiga segi yang akan memberikan warna merah.
Perubahan warna dapat dilihat oleh mata kasar. Jika berlaku perubahan warna, ini menunjukkan keputusan positif.
Plate yang menunjukkan warna biru adalah positif dan warna jernih adalah negatif.
Ini adalah carta yang menunjukkan bahagian atas adalah positif (warna kuning) dan bahagian bawah adalah negatif (tidak berwarna).
Mengapa ujian ELISA menjadi pilihan dalam menentukan status HIV?
- Teknik ini adalah teknik yang spesifik.
- Teknik yang sensitif.
- Hanya menggunakan sedikit sampel.
- Reagen ELISA adalah stabil.
Disediakan oleh: AO
AHP: Fuh, aku pun tak faham apa yang anak aku ni terangkan. Tetapi bolehlah dijadikan sebagai maklumat basic kepada para pelajar di bidang sains dan perubatan. Yang pasti, untuk mengesan HIV, mula-mula kena buat buat RAPID TEST. Pastu kena buat ELISA sebagai confirmation. Nak detail lagi, buat Western Blot.