Monday, January 23, 2012

CHLAMYDIA & RADANG PELVIS - INFO SIHAT



Radang Pelvis

Penyakit radang pelvis atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) adalah satu istilah am untuk keadaan yang merangkumi infeksi dan radang alat kelamin wanita. Ini termasuk radang rahim, tiub fallopian, dan kilang ovari. Kawasan persekitaran alat kelamin juga boleh terkena penyakit ini. Sesetengah jangkitan yang disebabkan PID adalah melalui hubungan seksual.

Penyakit radang pelvis terjadi akibat jangkitan oleh bakteria 'chlamydia trachomatis' melalui jangkitan hubungan seksual. Sesetengah jangkitan ini adalah disebabkan oleh jangkitan semasa hubungan kelamin. Antara bakteria yang menjadi menyebab adalah Chlamydia Trachomatis (Hyperlink). Ia boleh memberi radagan kepada saluran Fallopian (salpingitis). Ini menyebabkan selaput tiub membengkak dan menyempitkan saluran tersebut. Embrio yang terhasil daripada persenyawaan akan tersumbat di tiub menyebabkan mengandung di luar rahim dan kemandulan.

Jika rawatan tidak diberi, saluran tuib akan membengkak dan menghasilkan nanah. Nanah ini akan mengotori kawasan sekitar tiub dan ovari yang menyebabkan permukaan luar tiub melekat dengan organ-organ di sekitarnya seperti pundi air kencing dan usus.

Adalah dianggarkan 2% daripada wanita akan mengalami PID. Walau bagaimanapun, ini mungkin satu anggaran yang kurang tepat kerana kebanyakan wanita tidak mahu mendapatkan rawatan. Penyakit ini juga sukar dikesan kerana ia tidak menunjukkan gejala bagi kebanyakan pesakit.

Tanda dan Gejala

Gejala awal adalah gatal, iritasi dan lendiran yang berlebihan dari faraj dan salur air kencing. Ia berlaku di antara 7 hingga 21 hari (untuk infeksi chlamydia), dan 2 hingga 5 hari (untuk gonorrhea). Agak biasa, kebanyakan wanita akan mendapati lendiran dari faraj yang tidak berkaitan dengan penyakit kelamin. Tetapi, jikalau lendiran ini berbau busuk dan gatal, lebih-lebih lagi beberapa hari selepas seks, PID patut disyaki.

Penyakit radang pelvis menunjukkan sakit abdomen (perut) yang berterusan, sakit semasa ditekan, dan demam sekali sekala. Sebagai tambahan, terasa kurang selesa atau sakit semasa mengadakan hubungan seksual. Kesan lain bakteria ini ialah barah di bibir dan pada pintu masuk vagina.

Jika jangkitan membabitkan lapisan rahim (endonetrium), mungkin terjadi pendarahan vagina di antara waktu haid.






Sebab-Sebab

Sekurang-kurangnya 60% kes PID adalah daripada penyakit kelamin. Bakteria Chlamydia Trachomatis terlibat dalam lebih daripada 50% kes-kes PID sementara infeksi Gonococcal (disebabkan oleh bakteria Neisseria Gonorrhea) adalah yang paling kerap dijumpai di Malaysia. Lebih kurang 10% wanita dijangkiti kedua-dua bakteria sekaligus.

Chlamydia Trachomatis adalah jangkitan kuman yang paling kerap didapati di negara-negara barat. Lebih daripada 80% wanita yang dijangkiti tidak sedar mereka dijangkiti kerana hanya sesetengah pesakit menunjukkan gejala penyakit. Ini menyebabkan bakteria chlamydia merebak.

PID juga boleh didapati daripada jangkitan usus yang bengkak. Tetapi ini jarang berlaku.

Diagnosis

PID boleh didiagnosis dengan simptom dan pemeriksaan ginekologi. Pesakit akan mengalami demam dan swab kapas dari pangkal rahim dan faraj boleh menunjukkan kuman penyebab. Satu cara yang pasti untuk mendiagnosa PID adalah melalui pembedahan laparoskop (teropong ke dalam perut).

Komplikasi

Komplikasi utama PID adalah mengandung di luar rahim dan kemandulan. Dalam kes-kes yang tegar, pembedahan perlu dilakukan untuk mengurangkan lekatan (radang itu boleh menyebabkan permukaan organ-organ di pelvis melekat antara satu sama lain).

Kandungan di luar rahim amat berbahaya dan boleh membawa maut disebabkan pendarahan yang banyak di dalam perut. Ini berlaku apabila tiub fallopian pecah.

Rawatan

Bakteria Chlamydia dan Gonorrhea boleh dibunuh dengan antibiotik yang sensitif kepada kuman tersebut. Tetapi kerosakan kepada tiub dan organ-organ lain sukar untuk dirawat.

Pasangan pesakit mesti dirawat sekali untuk menghindari jangkitan itu daripada berulang. Ini penting memandangkan selalunya PID tidak menunjukkan apa-apa gejala.

Bagi wanita yang berisiko tinggi seperti yang menggunakan alat mencegah kehamilan (IUCD), mereka digalakkan menggantikannya dengan alternatif lain sementara mendapat rawatan.

Pencegahan

Kondom adalah efektif dalam mengurangkan PID. Pesakit perlu menghubungi pasangan (atau pasangan-pasangan) yang mereka rasa boleh dijangkiti penyakit yang sama.

Sumber: AO melalui INFO SIHAT - RADANG PELVIS