Tajuk asal berita ini ialah: “10 MAK NYAH TERBUKA HATI TUNAI UMRAH” tetapi aku tak berapa selesa dengan tajuk tersebut maka aku tukar kepada “10 MAK NYAH TUNAI UMRAH.” Tau kenapa? Cuba fikir-fikirkan.
Rombongan berkenaan diketuai Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ustaz Hanafi Abdul Malek sebagai mutawif dan individu yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.
Difahamkan, semua mak nyah berkenaan mendapat sinar hidayah selepas tertarik dengan pendekatan ceramah motivasi disampaikan Ustaz Hanafi yang sering dilantik sebagai fasilitator Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tahun lalu.
Hanafi berkata, dia cukup berbesar hati dan berbangga dapat membawa semua mak nyah berkenaan mengerjakan umrah di Tanah Suci menerusi khidmat syarikat Rabbani Travel and Tour Sdn Bhd yang turut memberikan kursus persediaan.
“Mereka teruja menunaikan umrah dan sanggup mengeluarkan kos RM5,000 setiap seorang.
“Saya memastikan mereka menjalani ibadat umrah ini dengan sempurna selain membuat persediaan awal sebelum berangkat ke Makkah tidak lama lagi,” katanya.
Program berkenaan dibantu penolong khas, Ustaz Hanafidan Zubir Asadi Mohamad yang teruja bagi membawa golongan mak nyah itu mendekatkan diri ke rumah Allah.
Zubir berkata, mereka mengumpul seramai mungkin peserta menerusi program umrah itu.
“Kami masih membuka penyertaan sebelum akhir bulan Februari ini. Besar kemungkinan program umrah berkenaan dijalankan pertengahan Mac depan,” katanya.
Sumber: sini
AHP: Sesiapa sahaja yang normal tentu ada rasa mahu melakukan kebaikan. Bukan dia, kau, kamu atau awak tetapi KITA yang perlu membimbing atau menyokong sesiapa sahaja yang memerlukan ke arah itu.