Apa Itu Herpes Genital?
Herpes Genital adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh virus Herpes Simplex Jenis 1 dan 2 (HSV 1 and 2). Kebanyakannya disebabkan oleh HSV 2.
HSV 1 disebarkan melalui:
- Berkongsi perkakas makan
- Bercium dengan mereka yang mengalami ulser (cold sore)
- Vagina
- Oral
- Dubur
Bagaimana Anda Tahu Anda Dijangkiti Herpes?
Sesetengah individu tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mungkin mengalami gejala-gejala tertentu.
Antaranya adalah seperti gatal atau sakit yang berlaku setelah beberapa hari terdedah kepada virus.
Kemudian, muncul ruam yang bertukar menjadi merah dan melepuh pada bahagian:
- Vagina
- Punggung
- Dubur
- Buah zakar
- Penis
- Ruam yang melepuh kemudiannya akan pecah mengeluarkan cecair atau darah dan akhirnya sembuh 2 hingga 4 minggu kemudian.
- HSV 1 menyebabkan ruam/ulser pada mulut, bibir, atau hidung.
- Gejala seperti demam dan bengkak pada kelenjar limfa mungkin berlaku.
Apakah Yang Berlaku Kemudian?
- Setelah ruam yang melepuh itu sembuh (sama ada dengan rawatan atau secara spontan), virus ini akan kekal berada di dalam badan tetapi tidak aktif (dorman).
- Apabila sistem pertahanan badan anda rendah, ia akan diaktifkan semula dan menyebabkan ulser yang sangat sakit dan menyeksakan.
- Kita merasa penat/lesu dan stres
- Kita mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat
- Semasa haid
Bagaimana Herpes Genital Dirawat?
- Setakat ini tiada ubat untuk Herpes Genital
- Walau bagaimanapun, doktor akan memberi anda ubatan anti-virus untuk mengawal jangkitan ulangan dan merawat ulser/ruam yang melepuh
- Herpes Genital meningkatkan risiko jangkitan HIV
- Jika jangkitan herpes aktif semasa proses kelahiran, bayi berisiko untuk dijangkiti penyakit
- Jangkitan Herpes pada bayi yang baru lahir boleh menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak), sawan dan kerosakan otak
Herpes Genital dapat dicegah melalui beberapa cara.
Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
- Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, sama ada dengan persetujuan atau tidak akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
- Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
- Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Herpes Genital, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
- Elakkan pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
SUMBER: AO melalui INFO SIHAT - HERPES GENITAL