Sunday, January 29, 2012

KKM PERLU TINGKATKAN SISTEM PENYIMPANAN FAIL RAWATAN & HAK KERAHSIAAN PEMBAWA HIV


Entry kali ini aku copy daripada blog sahabatku Noharasinosuke. Memandangkan cara penulisannya semakin membina dan kritis (sesuai dengan konsep blogku), aku kongsikan di sini sebagai renungan bersama.

Terdapat sedikit editing dalam penggunaan istilah iaitu daripada pesakit HIV kepada PLHIV kerana aku rasa istilah PLHIV lebih tepat. Pembawa HIV bukan pesakit tetapi virus telah berada di tubuh mereka. Virus tersebut pula dapat dikawal dan mereka mampu hidup sihat seperti insan lain.

Mari baca:

Salam semua.....

Saya ni bukan le ahli parlimen nak kupaskan pasal isu ni..tapi tertarik utnuk meluahkan apa yang saya rasa sepatutnya.....

Mula2 nak ucapkan terima kasih kepada KKM keran sudi merawat PLHIV....jutaan terima kasih yang tidak terhingga...Namun disebalik rasa bersyukur itu ada juga sebenarnya rasa ketidak puasan hati berkaitan rawatan yang dijalankan kepada sesetengah PLHIV......

Apa yang x puas hati????

Korong pernah tanya x, kat mana Doktor ID letakan fail rawatan korang???? Sapa je yang boleh tengok dan sejauh mana kerahsiaan maklumat korang terjaga????.....

Baru2 ni aku bawak seoarng rakan senasib untuk memulakan rawatn nya disebuah klinik kesihatan yang tak perlu aku sebutkan namanya......secara ringkas aku tengok cara penyimpanan fail mereka bagi PLHIV di klinik kesihatan tersebut memang boleh dikatakan tahap HAMPEH.....korang nak tahu kenapa???

Macam ni, lepas kwan aku dah selesai jumpa DR pakar untuk mula rawatan, dia suruh kawan aku ni dapatkan sedikit kaunseling dengan seorang pegawai KKM...aku pun ikot lah sekali masuk bilik dia....Terperanjat aku bila aku tengok FAIL pesakit2 ID especially HIV melambak atas meja dia, atas SOFA pun ada bertimbun..kuang3.....

Dalam hati aku kata biar betul klinik ni? dah xde almari lagi ke nak beli untuk simpan fail macam nie? Bukan ke semua maklumat pesakit tersebut adalah rahsia dri pengetahuan orang lain?...Habis kalau dah sampai atas SOFA, so UOLS faham2 lah kan...benda tu jadi rahsia ke x?...heheheh..kesian betul PLHIV  tu semua......

Tolong lah jaga privasi kami ni sikit...kalau semua orang luar boleh terima PLHIV macam patient lain xpe lah jugak..sempat lah nak GLAMOUR.. ni kena maki dan caci adalah...so pokoknya aku memang x puas hati.....

Untuk maklumat korg....di tempat aku, fail nye xde pulak diletak besepah macam tu....lega lah jugak...sebab hanya DR dan MA je yang akan tgok fail tu..dan aku juga....hehheheh....

Korang tahu x..bahaya kalau fail2 macam tu x disimpan dengan elok....alamatnya jadilah macam rakan senasib aku ni, yang terpaksa menukar rawatan ke satu tempat lain... sebabnya, ramai orang ambil number telefon dia dan buat kacau dengan dia....
baik2 benda tu x heboh..takot2 heboh satu tempatt rawatan tu....huh..x rela DEN.....Korang RELA KE?????kalau rela x pe lah.....hahahahah

Jadi haraplah KKM dapat buat satu STANDARD yang khusus bagi tujuan pemfailan bagi PLHIV x kira lah kat HOSPITAL besar ke, POLIKLINIK ke, klinik kesihatan ke, supaya segala maklumat sulit ni terjaga....

kami ni x mintak lebih2...cuma harap lah KKM lebih bersikap Professional dalam hal2 sebegini....buat dan hantarlah kakitangan KKM ke mana2 latihan....mantapkan sikit kaedah menguruskan maklumat pesakit ye.......mudah2an...amin

P/S: So korang lepas nie, intai2 sikit kat mana Doktor korang simpan fail macam mana ye.....hehehehehe...


AHP: Sama-samalah kita fikir apa-apa yang patut. Aku terima satu kes di sebuah klinik yang lain, PLHIV wanita dikacau oleh staf klinik tersebut sendiri melalui SMS. Diceritanya macam-macam maklumat yang dia tahu tentang PLHIV tersebut.

Terdapat unsur-unsur mahu mengambil kesempatan kerana bagi sesetengah orang PLHIV ni murah sangat dan sesuka hati melakukan seks bebas seperti anjing agaknya.

Tertekan punya pasal PLHIV wanita tersebut terpaksa bertukar pusat rawatan yang lebih jauh. Jauhpun beliau rela daripada diperlakukan begitu. Itu bagi yang berkemampuan. Kalau tak mampu?