My best doctor.
Dr. Iskandar Firzada bin Osman.
Dr. Iskandar Firzada bin Osman.
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician
Petang Jumaat (6 Januari 2012) aku ke KK Jaya Gading sambil ditemani isteri-isteriku untuk menghadiri temujanji rawatan dengan Dr. Iskandar. Hasrat kami sekeluarga untuk menziarahi anak dara kedua kami, As di Kerteh selepas itu terpaksa kami batalkan kerana As out station.
Seperti biasa, seminggu sebelum itu, aku meminta kerjasama Dr. Iskandar mencadangkan tarikh dan waktu yang sesuai melalui emel atau SMS untuk aku hadir sebelum tarikh sebenar ubatku dijangka habis. Seboleh-bolehnya aku mahu berurusan sendiri dengan Dr. Iskandar.
Sebenarnya tidak ada apa-apa keperluan sangat bagiku memenuhi temujanji tersebut selain memenuhi jadual rawatan dan untuk mengambil bekalan ubat.
Untuk makluman dan motivasi kepada PLHIV yang lain, Dr. Iskandar memang telah memaklumkan beberapa hari sebelum itu melalui emel bahawa ujian kali kedua untuk mengesahkan bacaan VL Not Detected aku sebelum ini adalah confirmed.
Ini bermakna bacaan VL aku bawah daripada 0%. Nak kata langsung tak ada, tak bolehlah kan. Jika bacaannya dijangka bawah 20 ekor, ianya akan dikatakan sebagai Below 20. Ianya seolah-olah aku tiada atau ‘sembuh’ HIV.
Mudah cakap, di tahap ini, jika tanpa kondompun, risiko aku menjangkitkan virus kepada isteri-isteri melalui hubungan intim sangat minima. Tapi takkan aku nak ambil risiko, kan…
Jadi kepada yang masih muda dan masih sihat tanpa apa-apa penyakit kronik lain tu, cepat-cepatlah dapatkan rawatan jika doktor telah menyarankan sedemikian.
Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sedikit sebanyak masalah tu biasalah. Tiada siapa paksa kau orang ambil risiko untuk dijangkiti dan bila dah tahu status tu, janganlah banyak sangat itu ininya. Jangan ambil risiko terhadap diri sendiri terutama kepada yang berkahwin. Kasihanlah kepada pasangan masing-masing. Mereka sudah terlalu banyak berkorban untuk kita.
Agaknya kau orang tak perasan. Aku ni ada diabetes, anemia, platelet rendah dan CD4 sangat-sangat kurang. Tetapi tetap berfikiran positif dan berpegang kepada kenyataan.
Tak payah pergi jauh-jauh sangat. Kau orang tahu tak apa maknanya apabila PLHIV tua macam aku mengidap diabetes dan anemia? Keletihan, kelesuan, sakit badan dan mood yang bercelaru adalah rutin harian. Ditambah dengan dengan masalah platelet dan CD4 tu, bila-bila sahaja aku boleh ‘bye-bye’ kau orang.
Maaf melalut. Ok, sambung…
Sebaik dijemput masuk, seperti biasa Dr. Iskandar mengambil tekanan darah, bacaan glukos, berat badan dan bertanyakan masalah-masalahku. Selain itu memberikan beberapa tips untuk mengawal masalah anemia.
Nampaknya selepas ini aku perlu menjauhi minuman yang mengandungi caffeine dan lebih banyak makan kerang, organ dalaman dan sebagainya. Masalah kolestrol pulak, kan? Pandai-pandailah imbangkan.
Selain itu aku lebih banyak bertanyakan soalan mengenai masalah rakan-rakan PLHIV yang lain yang meminta aku tolong bertanya beberapa masalah kepada Dr. Iskandar. Selebihnya kami saling bertukar-tukar pandangan tentang beberapa isu berkaitan PLHIV secara umum.
Cukup sampai di sini untuk perkongsian kali ini. Terima kasih dan jazakallah khier yang tidak terkira kepada Dr. Iskandar dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan.
Secara peribadi, jasa baik dan keprihatinan Dr. Iskandar memang tidak terbalas. Dr. Iskandar bukanlah serba sempurna dan arif tetapi keprihatinan dan rasa tanggungjawabnya sangat menyentuh hati.
Dalam beberapa keadaan aku sebenarnya serba salah jika tanpa sedar peluang dan ruang yang beliau berikan terhadapku mengganggu tugas-tugas beliau yang lebih penting atau hak terhadap para pesakit lain yang lebih memerlukan. Maklumlah kadangkala banyak benar soalan aku tanyakan.
Ya, aku memang beruntung mendapat rawatan dengan Dr. Iskandar. Syukur Alhamdulillah atas segala limpah InayahMu.