Kebelakangan ini memang ramai di kalangan PLHIV dan pasangan mereka yang non-PLHIV yang asalnya pembaca blog ini mendirikan rumahtangga. Syukur Alhamdulillah dan inilah buktinya bahawa rahmat dan kasih sayang Allah melimpah-ruah. Semakin ramai yang faham tentang HIV dan menerima PLHIV tanpa prejudis.
Apabila begitu, sewajarnya segala pengorbanan pasangan tersebut dihargai sepenuhnya. Sebagai PLHIV, kita adalah duta kecil kepada pasangan dan family masing-masing. Kita wajib buktikan kita mampu hidup sempurna dan lebih bertanggungjawab terhadap keluarga berbanding insan lain. Kalah sekalipun biar bermaruah.
Kalau boleh, kita mesti berganda-ganda lebih baik kerana kita insan yang sangat-sangat istimewa dan menghargai setiap detik kehidupan yang Allah pinjamkan kepada kita.
Malangnya kadang kala terselit juga berita duka mengenai sikap PLHIV sendiri dalam menempuh fasa awal alam rumahtangga.
Ada rakan PLHIV yang mengadu kepadaku telah berkahwin hampir sebulan tetapi tak mampu menyentuh isteri akibat paranoid membuta tuli. Apabila cuba dibantu, tahu pula malu dan menyembunyikan diri.
Kalau dah tahu diri tu paranoid dan tak bersedia, buat apalah kau nak kahwin? Pening aku dibuatnya. Nanti tak pasal-pasal ada yang kata: “Haa... itulah akibatnya nak kawin sangat dengan PLHIV!” Sudahnya jadi fitnah kepada PLHIV yang lain.
Ada pula yang masih enggan memulakan HAART sekalipun doktor telah mencadangkan. Mereka berani mengambil risiko yang tinggi terhadap pasangan yang dicintai dengan alasan-alasan yang tersendiri. Kita kena ingat, pasangan kita ada hak dan nasib mereka bukanlah taruhan.
Terbukti dengan menjalani rawatan dan mengamalkan seks yang selamat tiada risiko jangkitan terhadap pasangan.
Selain itu adalah pula yang masih keliru dengan kerenah / proses menyesuaikan diri pada fasa awal perkahwinan. Akibatnya apa juga masalah berbangkit mungkin dikaitkan dengan status kita sebagai PLHIV. Sedangkan kelemahan tersebut adalah masalah dan karekter individu. Bukannya disebabkan status mereka sebagai PLHIV.
Kalau sampai ke tahap melibatkan campur tangan keluarga dan mereka tahu pula anak mereka berkahwin dengan PLHIV lagilah teruk tekanannya.
Apa penyelesaiannya?
Beginilah, nak cakap banyak pun aku tak pandai. Aku pula bukan pakar. Mana boleh pakai, pakailah. Tak nak pakai, aku tak rugi apa-apa.
Paling penting sebelum berkahwin ialah clearkan dahulu tujuan sebenarnya kita berkahwin.
Sama ada atas dasar cinta atau untuk melengkapkan keperluan diri atau untuk memenuhi tuntutan sunnah atau sekadar ingin mencuba atau akibat desakan keluarga dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu kenali dan pastikan dulu naluri / seksualiti masing-masing. Kalau kita memang pure gay atau lesbian, cubalah hadapi ujian Allah tersebut setabah mungkin. Jangan putus asa berusaha dan berdoa. Atasi masalah tersebut terlebih dahulu. Tak perlu menipu diri sendiri semata-mata untuk memenuhi desakan keluarga.
Kalau biseksual, fikirkan dalam-dalam adakah kita mampu memilih salah satu naluri tersebut yang diredhai Allah. Tak guna berkahwin jika akhirnya menganiaya pasangan yang telah banyak berkorban. Haram hukumnya perkahwinan tersebut. Biarlah apa orang nak kata. Takkan kita nak buka aib sendiri.
Apabila berkahwin, pandai-pandailah kau orang menyesuaikan diri. Masa bercinta memanglah semuanya indah tetapi bila berkahwin barulah kau orang tahu langit tu tinggi atau rendah.
“Aku dongak ke langit, aku tunduk ke bumi,
Di hadapan bersatu,
Di hujung sana nampak mesra manja,
Bak sehati sejiwa,
Tapi sebenarnya,
Jauh beribu batu,
Tak pernah bertemu…”
* Search *
Haaa… padan muka kau orang. Rupa-rupanya pujaan hati bagaikan langit dengan bumi daripada yang kita sangkakan!
Dulu kentut tak pernah dengar. Sekarang kentut dan sendawa berdentum-dentam macam bunyi bom.
Dulu wangi dan kemas sepanjang masa, sekarang bau minyak urut dan serabai macam hantu raya.
Dulu masak lemak ikan masin you i sukeee… sekarang tekak I kembang dan loya!
Dulu semua OK, sekarang semua KO dan sensitive!
Macam-macamlah.
Penyelesaiannya?
Fikir simple-simple aje. Jangan bergaduh dalam hal-hal-perkara furu' dan khilafiyah. Remeh-temeh tak perlulah diperbesar-besarkan. Perkara besar jangan diremeh-temehkan. Melihat kelemahan pasangan, jangan lupa kelemahan sendiri. Saling bantu membantu penuh kasih sayang dan kayakan diri dengan sikap pemaaf.
Mengalah tak bererti kalah. Fokus tentang masa depan dan fahami konsep "Kejarlah daku, kauku tangkap!" Iskhh.. kau orang ni, takkan itupun aku nak ajar...
Biasalah tu, sebab dulu bujang sekarang dah berdua. Bila berkahwin kita terima pasangan kita secara pakej termasuk segala wangi dan busuknya. Termasuk kaum keluarganya. Yang baik kita tumpang untung, yang lemah wajib bantu. Belajarlah saling menghormati dan faham peranan masing-masing.
Mengalah tak bererti kalah. Fokus tentang masa depan dan fahami konsep "Kejarlah daku, kauku tangkap!" Iskhh.. kau orang ni, takkan itupun aku nak ajar...
Biasalah tu, sebab dulu bujang sekarang dah berdua. Bila berkahwin kita terima pasangan kita secara pakej termasuk segala wangi dan busuknya. Termasuk kaum keluarganya. Yang baik kita tumpang untung, yang lemah wajib bantu. Belajarlah saling menghormati dan faham peranan masing-masing.
Kalau ada sikap pasangan yang menjengkelkan kita, cubalah didik dan asuh pelan-pelan. Itu dakwah juga namanya. Kena banyak sabar. Kalau dakwah isteripun tak jalan dan cepat emo, kena banyak muhasabah diri sebelum pergi ke medan yang lebih besar. Serius!
Jangan sesekali ikut hati. Kadang-kadang Allah nak uji kesabaran dan segala janji yang kita sendiri lafazkan dulu. Hawa dicipta daripada rusuk Adam. Kau orang kepak kuat-kuat, patahlah bro…
Dalam marah-marah tu cuba check kembali kelemahan diri. Barangkali ilmu kita masih kurang. Barangkali cara kita berkomunikasi atau menyampaikan nasihat tak kesampaian. Manalah boleh semuanya berubah mengikut kehendak kita secara drastic. Pasangan kita tu manusia, bukannya perabut.
Aku share ni bukanlah kerana aku ni bagus sangat. Semasa aku kahwin dengan isteri pertamaku dulu ambil masa hampir setahun setengah untuk sesuaikan diri. Dengan isteri kedua, masya-Allah, dekat 7 tahun!
Macam-macam ujian dalaman dan luaran yang kami tempuhi. Alhamdulillah segala ujian tersebut akhirnya menyatukan kami dan membuat kami semakin tabah sebagai satu family yang istimewa.
Memang kena betul-betul banyak sabar, istikharah dan berdoa. Aku anggap bahawa ijab dan kabul adalah amanah dan ujian Allah. Allah uji aku kerana aku mengamalkan poligami atas dasar keyakinanku bahawa apa juga yang dihalalkan syarak lebih banyak membawa kebaikan berbanding keburukan.
Aku mahu berdakwah bil hal tetapi sebelum Allah beri nikmat tersebut, kena test dulu sikit-sikit. Takkan itu pun tak boleh!
Sekarang syukur Alhamdulillah aku umpama raja. Ada 2 isteri yang sentiasa melayan apa juga keperluanku. Ada 2 orang anak lelaki yang sentiasa sedia menjadi bodyguard aku. Ada 2 orang anak dara yang sungguh istimewa menyokong dan membantuku.
Nak apa lagi? Syukur… ada HIV pun ada HIV lah! Hahaha… takkan melawak pun kau orang nak marah!
Jadi sebelum aku melalut panjang-panjang, apabila berkahwin tu cubalah belajar lebih realistik. Sepatutnya lebih tenang dan bahagia bukannya bermasalah. Merajuk manja-manja tu biasalah. Jangan masuk hati sangat. Hargailah pasangan kita yang sangat-sangat istimewa.
Itu sahajalah. Penat!
Selepas ni tunggu entry aku bertajuk HIV: PESANAN RINGKAS KEPADA PENGANTIN LAMA (PLHIV) pula ya! Hahaha… jangan ingat kau orang selamat. Macam-macam aduan kat inbox emel aku tu. Jangan lupa amalkan seks selamat.