My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician
31 May 2012
Thursday
Pada lebih kurang pukul 9.00 pagi, kita, AHP, and Kak Da reached KK Jaya Gading safe and sound, Alhamdulillah. Keletihan dan kelesuan masih lagi terasa. Mengapakah? Kami sekeluarga sebenarnya telah melalui beberapa siri long journeys sejak 26 Mei (Sabtu) lagi.
Tengahari Sabtu sebelumnya kami bergerak ke Kuantan untuk menziarahi adik bongsu Kak Da yang kurang sihat. Isteri beliau juga dalam kesihatan yang kurang baik.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Manir, Terengganu untuk menziarahi kakak ipar AHP. Beliau merupakan a single mother with two sons. Memandangkan kami jarang ke sana, maka kekeliruan adalah perkara biasa.
Sampai di KT lebih kurang jam 2 pagi. Setelah bertanya arah kepada encik² FRU di balai FRU KT, Alhamdulillah finally kami tiba di Kampung Dusun Pinang, Manir dengan selamat.
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Kenyir pada keesokan harinya (Ahad) usai lunch dan solat jama’ taqdim. Kakak ipar AHP sekeluarga juga kami bawa bersama. Adik bongsu AHP sekeluarga seramai 3 orang turut menyertai kami dalam journey yang berasingan.
Kami telah berjanji untuk bertemu di jeti Gawi. Alhamdulillah, kami seramai 11 orang selamat checked-in di boathouse yang telah ditempah pada jam lebih kurang 6 pm. Malam itu kami bermalam di dalam boathouse tersebut.
The next day, Isnin, kami meneruskan journey ke Taman Negara yang terletak di Pahang. AHP telah pun publish entry tentang journey ini (klik sini). Kami menamatkan Kenyir vacation kami pada 30 Mei, Rabu.
Petang itu kami menghantar kakak ipar AHP sekeluarga ke Manir. Beliau sempat membekalkan kami dengan sayur-sayuran segar yang terbaik dari ladang beliau. Terima kasih kak!
Kami meneruskan perjalanan pulang ke Temerloh bersama-sama dengan adik bongsu AHP sekeluarga. Tiga kereta semuanya kerana kami sekeluarga sahaja bergerak dengan dua kereta. Singgah di Muktafibillah Shah untuk solat dan dinner di Paka. Alhamdulillah. Kami selamat tiba di rumah pada jam lebih kurang 2 pagi (Khamis dah pun…)
Smart Klamp |
CIRCUMCISION ATAU BERKHATAN KANAK-KANAK PLHIV
Tujuan utama kami ke KK Jaya Gading pada hari tersebut (Khamis, 31 Mei 2012) adalah untuk memberikan sokongan kepada salah seorang ahli Positive Warriors Support Group iaitu Puan Seroja.
Beliau hadir bersama-sama dengan suami dan dua orang anak lelaki beliau. Telah tiba masa anak sulung beliau yang merupakan PLHIV berusia 9 tahun menjalani prosedur circumcision atau berkhatan.
Prosedur tersebut dijalankan oleh Dr. Iskandar dengan bantuan seorang MO. Hendak tahu cerita lebih lanjut? Tungguuu...
Alang-alang dah sampai ke KK Jaya Gading, AHP mengambil kesempatan untuk mengambil bekalan ubat (HAART) yang sudah hampir kehabisan.
Apabila kami tiba di KK, kami mendaftar di kaunter dan menunggu di ruang menunggu. Anak Puan Seroja sedang melalui fasa terakhir prosedur circumcision.
Usai prosedur circumcision, kami mengucapkan tahniah kepada anak Puan Seroja dan Puan Seroja sekeluarga. Anak sulung beliau nampak tenang walaupun dalam usia yang masih terlalu muda.
Alhamdulillah, terlaksana satu lagi sunnah, terhapus satu lagi bentuk diskriminasi, dan terlerai juga satu lagi inferiority complex yang mungkin ditanggung oleh insan-insan PLHIV jika prosedur tersebut tidak dilaksanakan.
Difahamkan prosedur tersebut menggunakan kaedah Smart Klamp. Kita juga sempat snapped 3 keping gambar anak beliau dengan AHP sebagai kenang-kenangan.
(Sekadar perkongsian info: Circumcision procedure merupakan salah satu kaedah untuk mengurangkan risiko jangkitan HIV- sila klik sini)
Untuk makluman, semasa di kaunter pendaftaran, barulah kami tahu bahawa hari tersebut sebenarnya adalah hari cuti Dr. Is. Staf di kaunter tersebut yang memaklumkannya kepada kami.
Subhanallah. Tergamam kami seketika mengenangkan kemurnian hati beliau mengorbankan masa cuti beliau beberapa jam untuk melayan kami. Kami sedia maklum bahawa sehari sebelum itu Dr. Is berada di KL dan akan bergerak ke Penang pula selepas urusan tersebut.
Jazakallah kheir, doktor. Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan.
Kemudian, Dr. Is menjemput kami untuk masuk ke pejabat beliau. Ringkas cerita, berikut adalah beberapa prosedur rutin dimulakan.
Blood pressure AHP adalah 118/70. It is okay kerana diabetics perlu maintain blood pressure 130/80 ke bawah.
Berat badan AHP naik lagi – 77.3 kg!
“Ada banyak jemputan kenduri ke?” tanya Dr. Is. AHP terkulat-kulat untuk cover line kesukarannya mengawal selera makan. Kita pun tolong jawabkan, “Ya dokter. Kenduri dalam boat! Biasa la, waktu cuti, banyak bermusafir pula, memang payah nak kawal food consumption.”
FOOT SWELLING ATAU BENGKAK KAKI PLHIV
AHP seterusnya meminta pandangan Dr. Is tentang his foot swelling atau bengkak kaki. Memang kaki AHP kerap mengalami bengkak kebelakangan ini sehingga mengekang AHP duduk lama mengadap PC melayan komuniti secara online.
Masalah tersebut dapat AHP kurangkan apabila melakukan exercise dan
AHP bertanya adakah ianya disebabkan oleh pengambilan glucose berlebihan?
Menurut Dr. Is, foot swelling tersebut bukanlah disebabkan oleh pengambilan glucose.
Ianya mungkin disebabkan oleh masalah kidneys (buah pinggang) tetapi ujian darah menunjukkan AHP tidak mengalami sebarang masalah kidneys.
Selain masalah yang disebabkan oleh kidneys, ianya mungkin disebabkan oleh faktor graviti. Secara biologinya, darah dipam dan perlu melalui keseluruhan organ badan dan tidak mustahil boleh berlaku accumulation of blood (pengumpulan darah) di bahagian kaki. Maka berlakulah foot swelling tersebut.
LATENT TB
AHP juga turut meminta pandangan daripada Dr. Is tentang kesilapan mengambil ubat yang berlaku semasa di Kenyir. AHP telah overdosed mengambil ubat kolesterol dan terkurang dose ubat TB disebabkan bentuknya yang hampir sama.
AHP bimbang jika kesilapan tersebut boleh mengakibatkan beliau terpaksa mengulangi semula tempoh pengambilan ubat TB yang sepatutnya tamat dalam jangka masa 6 bulan seperti yang dialami oleh para pesakit TB biasa.
Dr. Is commented that it was alright kerana ubat TB tersebut hanyalah untuk mengurangkan risiko latent TB atau TB terpendam yang biasa terjadi kepada PLHIV.
In fact, Dr. Is juga menyatakan bahawa telah tiba masanya untuk beliau menghentikan preskripsi ubat kolesterol terhadap AHP memandangkan tahap kolesterol AHP adalah baik dan tidak membimbangkan. Walau bagaimanapun, ianya akan sentiasa dalam pemantauan.
AHP juga bertanyakan tentang public bath (mandi di tempat-tempat mandian awam) di kalangan PLHIV dan diabetics. Ini adalah kerana terdapat notis oleh pihak pentadbiran yang menasihatkan PLHIV dan diabetics untuk tidak turut serta menyertai aktiviti mandi-manda di kawasan tertentu.
Contohnya mandi bersama gajah di Kuala Gandah, Lanchang, Temerloh, Pahang. AHP agak concerned kerana beliau telah mandi-manda di Tasik Kenyir. Beliau pernah terbaca somewhere bahawa air di Tasik Kenyir mengandungi bakteria e-coli.
Menurut Dr. Is, larangan tersebut kerana dikhuatiri air mandian tersebut mungkin tercemar seperti terdapat bakteria e-coli yang akan memudaratkan PLHIV dan BUKAN terhadap orang awam yang sihat.
Dr. Is menasihatkan para PLHIV dan diabetics supaya berhati-hati dengan perkara ini. Seorang PLHIV mempunyai antibody yang rendah.
E-coli mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah kepada individu yang sihat kerana antibody mereka tinggi. Namun tidak begitu kepada PLHIV dan diabetics.
SPUB
Seterusnya, AHP mengajukan pula soalan yang melibatkan salah seorang ahli Positive Warriors. Ianya berkaitan dengan pertukaran pusat pengambilan ubat. Mari kita lihat contoh ini:
Seorang pesakit, kita namakan sebagai Puang. Pada asalnya, Puang memperolehi bekalan ubat dari farmasi di KK Taiping. Tiba pada suatu ketika, Puang terpaksa berpindah sementara waktu ke satu tempat lain iaitu Muar.
Jauh, kan? Jadi, secara logiknya, Puang tidak mampu pergi ke KK Taiping hanya semata-mata untuk mendapatkan bekalan ubatnya.
Justeru, mungkin ramai yang sudah tahu, wujudlah Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu atau SPUB. Melalui sistem ini, Puang tidak perlu lagi bersusah-payah ke KK Taiping sedangkan dia boleh mengambil bekalan ubatnya di KK Muar.
Bagaimana Caranya?
Ada flow yang perlu dilalui untuk menjayakan sistem ini. Asasnya ialah Puang perlu memaklumkan kepada pharmacist KK asal tentang perpindahannya ke tempat baru.
Ini penting. Puang perlu betul-betul pasti dengan area perpindahannya, kemudian pharmacist di Taiping akan mengisi satu borang khas SPUB.
Pharmacist tersebut seterusnya akan fax borang yang telah lengkap diisi ke KK Muar. Ini adalah sebagai makluman untuk pharmacist KK Muar yang bakal menguruskan tindakan selanjutnya.
Menurut Dr. Is, KK dan hospital di negara kita tidak berangkai atau linked. Sebab itulah SPUB diwujudkan. Kini, Puang dapat mengambil bekalan ubatnya di KK Muar tempat barunya. Walau bagaimanapun, follow-up tetap perlu dijalankan di KK asal kerana perpindahan Puang hanya bersifat sementara.
Okay, itu sahaja perkongsian caca-marba kita kali ini. Itupun sebab AHP paksa kita share pengalaman kerana setiap hari ada sahaja ahli komuniti yang bertandang. Maaf terlebih terkurang ya…
p/s: Sila sertai AHP Positive Warriors Support Group dengan menghubungi:
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com