Wednesday, January 18, 2012

BERKHATAN DAN KAITANNYA DALAM MENGURANGKAN RISIKO PENULARAN HIV (CIRCUMCISION & HIV)



Dr. Iskandar Firzada bin Osman.

MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Berkhatan Dapat Mengurangkan Risiko Jangkitan HIV

Seseorang lelaki yang HIV negatif jika telah menjalani circumcision (berkhatan), kemungkinan untuk dijangkiti HIV jika pasangannya HIV positif adalah significantly kurang berbanding dengan lelaki yang tidak menjalani circumcision.

Perkara yang sebaliknya juga adalah benar, iaitu seseorang lelaki yang HIV positif dan telah menjalani circumcision, kemungkinan untuk lelaki tersebut menjangkiti pasangannya yang HIV negatif adalah kurang.

Tetapi ianya bergantung juga kepada Viral Load seseorang dan hanya benar untuk perhubungan seks penile-vagina sahaja. Oleh sebab itu, di negara-negara benua Afrika di mana jangkitan HIV adalah tinggi, WHO menyarankan agar semua lelaki menjalani circumcision.

Lampiran: Sila klik sini


Sumber & tulisan: Dr. Iskandar Firzada bin Osman.