Friday, January 13, 2012

JEMPUTAN KE PROGRAM USRAH BULANAN KOMUNITI (2nd REMINDER)




KENDALIAN:
GROUP FB TAMAN FIRDAUSI DENGAN KERJASAMA JAWI

TARIKH:
15 JANUARI 2012

HARI:
AHAD

MASA:
9.30 A.M. - 12.30 P.M.

TEMPAT:
DEWAN HADHARI PUSAT ISLAM KL
(BERHADAPAN DENGAN MASJID NEGARA KL)

PENCERAMAH:
USTAZ JAMAL MAHFODZ


Terbuka kepada semua dan tiada bayaran dikenakan.
Juadah selepas kelas disediakan Insya-Allah.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 
Luka Rafieqa (019 6353997)



AHP:
Entry ini dipublishkan kali kedua atas beberapa rasional:

1.   Sekalipun aku tidak mempunyai sebarang akaun FB, tetapi aku berpendapat adalah sangat rugi jika Positive Warriors (Kumpulan Sokongan blog ini) tidak menjalin ukhwah dengan GROUP FB TAMAN FIRDAUSI kerana aku yakin banyak yang boleh dipelajari daripada mereka. Group mereka jauh lebih besar, professional, dan tersusun sehingga mampu menganjurkan program dengan kerjasama JAWI. Kita memerlukan jemaah seramai dan sekuat mungkin.

2.   Kerana program ini program keagamaan dan dianjurkan secara bulanan. Bermakna ianya berterusan. Perlu disokong kerana di samping menimba ilmu keagamaan, ianya merupakan medan yang tepat dalam usaha membantu sesama komuniti.

3.   Peluang untuk sahabat-sahabat baru kumpulan Positive Warriors di kawasan berdekatan berjumpa dan berkenalan secara in-person dengan Luka Rafieqa, Puan Seroja, dan lain-lain volunteers yang sangat berpengalaman membantu komuniti selama ini. Mari berkongsi dan belajar sesuatu daripada mereka.

4.   Bolehlah berjumpa aku yang tua ganyut ni untuk sembang-sembang kosong. Kalau nak jumpa secara personal, terpaksalah buat temujanji awal melalui SMS atau emel supaya boleh diaturkan masa.

Sila ambil peluang keemasan ini dan insya-Allah kita dapat mempelajari sesuatu di sana nanti.