Friday, January 06, 2012

APA ITU RAPID TEST DAN APAKAH YANG MUNGKIN BERLAKU JIKA LEWAT MENDAPATKAN RAWATAN SELEPAS DIJANGKITI HIV?




Perkara-perkara berikut adalah antara dua perkara yang jarang disentuh di blog ini. 

1.   Disebabkan untuk mengelakkan kegelisahan kepada segelintir PLHIV terutama yang suka berfikir secara negatif.

2.   Disebabkan ianya agak teknikal.

Kita beruntung kerana kali ini mendapat bantuan daripada mereka yang berkelayakan.



1. APAKAH ANTARA RISIKO YANG MUNGKIN BERLAKU JIKA PLHIV LAMBAT MEMULAKAN RAWATAN HAART?

Banyak. Antara yang jarang disentuh ialah Serum Toxoplasma IgG >200 IU/mL (>3 IU/mL is significant).

Toxoplasma adalah sejenis parasit yang tinggal dormant di dalam otak. Ianya tidak akan menyebabkan sebarang masalah (provided our immune system is good) atau boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain tetapi ianya merupakan salah satu jangkitan otak opportunistic yang common di kalangan PLHIV.

Memang terdapat rawatan/ubat tetapi secara parenteral (intravenous delivery) sahaja. Selain dari itu, jika CD4 <350 untuk lelaki atau <250 untuk perempuan dan tidak mengambil HAART, PLHIV dikehendaki mengambil rawatan/prophylaxis untuk TB dan PCP.

Ubat/rawatan dalam bentuk oral tablet yang perlu di makan setiap hari. Terutama sekali untuk TB sebab sekarang ini TB has make a comeback atau reemergence due to globalisation. Di Malaysia, ianya disebabkan oleh kedatangan PATI (Pendatang Tanpa Izin) untuk mencari pekerjaan.

Sumber: Dr Iskandar Firzada bin Osman



BOLEHKAH TERANGKAN APAKAH ITU RAPID TEST DAN BAGAIMANA IANYA BERTINDAK?

Secara ringkasnya Rapid Test dan ujian-ujian HIV lain adalah untuk mengesan antibodi HIV yang di keluarkan oleh tubuh badan kita. Antibodi HIV hanya dikeluarkan oleh tubuh kita apabila HIV datang menyerang tubuh kita.

Begitu juga dengan penyakit lain, seperti antibodi demam hanya dikeluarkan apabila kita demam. Penyakit seperti sifilis hanya mengeluarkan antibodi siilis apabila bakteria yang menyebabkan penyakit tersebut menyerang tubuh.

Tubuh kita bijak dalam mengenal antigen (penceroboh).

Untuk Rapid Test, kit yang mengesan antibodi telah dimasukkan antigen HIV. Kit HIV mempunyai antigen HIV yang akan bergabung dengan antibodi HIV untuk memberikan keputusan positif.

Jadi jika seseorang itu tidak mempunyai HIV makanya kit tersebut tidak dapat mengesan HIV kerana tidak ada antibodi HIV yang dikeluarkan oleh tubuhnya.

Fakta yangmenarik tentang ujian ini ialah antigen dan antibodi ini hanya bergabung dengan sama jenisnya sahaja. Antigen deman tidak boleh bergabung dengan antibodi HIV.

Walau bagaimanapun kesilapan masih boleh berlaku seperti dalam artikel
false positif tapi jarang kes ini di laporkan. Selain Rapid Test (Ujian Pantas), terdapat pelbagai ujian pengesahan akan dilakukan untuk mengesahkan anda positif.



Sumber: AO