Saturday, December 10, 2011

APAKAH MAKSUD FALSE POSITIVE HIV?

False positive HIV
False positive?
False positive adalah satu keadaan keputusan ujian yang memberikan keputusan positif walaupun keputusan sebenar adalah negetif. 
False positive boleh berlaku bukan sahaja di dalam ujian-ujian yang  melibatkan pengesahan virus HIV namun juga semua ujian yang berlaku di makmal seperti di Makmal Mikrobiologi apabila sampel terdedah kepada sampel lain yang boleh menyebabkan sampel didapati positif.
False positive untuk HIV?
Sekarang kita kecilkan skop kepada false positive untuk ujian HIV.  Bagaimana dikatakan false positive untuk ujian Hiv? False positive di dalam ujian HIV adalah apabila individu itu tidak mempunyai HIV namun apabila dilakukan ujian makmal dia didapati positif.



Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?
Hal ini boleh berlaku oleh pelbagai faktor antaranya ialah faktor manusia.  Kalalaian manusia melakukan kerja boleh dianggap faktor kepada hal ini selaian itu faktor mesin  dan juga reagent yang digunakan boleh menyebabkan hal ini berlaku.
Namun ianya jarang berlaku kerana terdapat beberapa standard SOP yang perlu di patuhi oleh pekerja makmal dan juga mesin-mesin.
Seboleh-bolehnya faktor-faktor ini diminimunkan oleh kakitangan makmal perubatan.
Ada beberapa faktor diri individu itu sendiri yang menyebabkan individu tersebut mendapat keputusan false positive.
Faktor-faktor tersebut adalah keguguran, orang yang pernah menerima darah (transfuse darah) dan juga orang yang pernah menerima pemindahan organ.
Apabila individu-individu ini menerima darah atau menerima organ serta keguguran kebanyakan daripada mereka akan menghasilkan human leukocyte antibody (HLA).
Ingat bukan semua orang yang menghasilkan antibody ini... hanya sesetengah yang mengalaminya apabila melakukan 3 faktor di atas. Apabila individu-individu ini melakukan ujian untuk HIV dengan menggunakan kit-kit ujian HIV yang telah tercemar dengan antigen HLA sahaja akan didapati positif.
Apabila ada antibody dan antigen HLA sahaja yang akan menunjukkan saling tindak balas lalu menghasilkan keputusan ujian false positive.






Manusia biasa kebiasaanya tidak akan mendapat false positive. Risiko rendah untuk mendapat false positive namun ada golongan yang berisiko mendapat false positive selain HLA antibody iaitu golongan- golongan yang mempunyai penyakit –penyakit ini.
Antara-antara faktor penyebab false positive:

1.      Leprosy
2.      Tuberculosis
3.      Systemic lupus erythematosus
4.      Renal (kidney) failure
5.      Haemodialysis /renal failure
6.      Herpes simplex I
7.      Herpes simplex II
8.      Malaria
9.      Hypergammaglobulinemia (high levels of antibodies)
10. Rheumatoid arthritis
11. Hepatitis B vaccination
12. Tetanus vaccination
13. Organ transplantation
14. Renal transplantation
15. Anti-lymphocyte antibodies
16. Anti-hepatitis A IgM (antibody)
17. Anti-Hbc IgM
18. Haemophilia
19. Epstein-Barr virus
20. Visceral leishmaniasis
Ini adalah sebahagian daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan false positive.
Untuk rujukan yang lebih ilmiah harus dirujuk kepada sumber lain. Ini adalah sedikit sebanyak hasil google dan sedikit pegetahuan saya di bidang ini. Segala penambah baikkan dan kritikan dialu-alukan
Wallahu a’lam.

Disediakan oleh: Anak Dara Abah @ AO