Thursday, December 15, 2011

ALIA HARYANIE IN THE HOUSE



Petang tadi adalah hari yang sungguh bertuah bagi aku sekeluarga. Seorang rakan karib (non-PLHIV) yang banyak memberikan inspirasi kepadaku selama ini, Alia Haryanie sudi singgah di rumah buruk kami. Tentu ramai pembaca lama blog ini mengetahui siapakah Yanie. (sila klik)

Yanie datang ke Temerloh bersama beberapa orang anak buahnya disebabkan urusan tertentu di Hospital Temerloh. Yanie turut membawa 2 orang anak lelakinya bersama-sama. Syukur Alhamdulillah…

Kunjungan Yanie ke Temerloh aku ketahui pada malam sebelumnya apabila menerima SMS daripada sahabat kita, Survivor yang merancang menziarahi Yanie di Kelantan.

(Maaf Survivor, sahabat yang merancang, tetapi aku dulu yang dapat dating dengan Yanie yang comel ni. Siap dating di rumah sambil disaksikan oleh kedua-dua isteri, hehehe…)

Walaupun terasa malu kerana sepatutnya aku yang menziarahi Yanie, penghidap beberapa penyakit kronik yang jauh lebih tabah daripada aku tetapi takdir telah menentukan bahawa Yanie yang terlebih dahulu berkesempatan menziarahi aku sekeluarga. Syukur kerana satu lagi daripada hasratku Allah kabulkan.

Kepenatan akibat kesibukan melampau yang aku lalui sepanjang tempoh 2, 3 hari ini terasa lenyap dengan kunjungan Yanie.

Yanie singgah menjelang Maghrib akibat kesuntukan waktu. Walaupun dalam waktu yang cukup singkat, (sekitar 20 minit sahaja) pertemuan tersebut sangat-sangat bermakna. Apakan daya, faktor kesuntukan masa menyebabkan Yanie terpaksa meneruskan perjalanan ke Raub.

Di sebalik susuk tubuh Yanie kurus, jelas kelihatan kecekalan seorang wanita dan ibu tunggal yang tabah meneruskan kehidupan di samping 3 orang cahaya mata. Keramahan dan keceriaan Yanie tetap ketara sekalipun derita yang ditanggung hanya Tuhan yang tahu.

Di sebalik semuanya juga masih terserlah keayuan. Sedikit perkongsian pengalaman hidup yang Yanie pernah kongsi denganku membuatkan aku berfikir tentang banyak perkara.

Tertanya-tanya kenapa wanita sehebat ini dibiarkan terkapai-kapai sebaik sahaja didiagnos sebagai pesakit kronik. Adakah cinta hanya hak mutlak mereka yang sihat sahaja?

Disebabkan Yanie bukanlah seorang PLHIV, aku sisipkan sekeping gambar beliau di sini sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga ukhwah dan silaturrahim berkekalan. Sama-samalah kita doakan Yanie terus tabah, dianugerahkan kesihatan yang bertambah baik dari semasa ke semasa.

Terima kasih Yanie, moga kita berjumpa lagi…

Belum puas rasanya kita berbual dan berkongsi pengalaman.


22 comments:

  1. ABAAAAAHHH jelousnya ini lah orang yang paling nak jumpa tapi belum ada kesempatan hehe :) semoga kak alia haryanie bertambah sihat dan di permudahkan urusan.

    ReplyDelete
  2. AO,
    haaa... tu lah, abah dah suruh balik rumah tapi anak abah asyik mintak tangguh2,
    hishhh... dah anak dara masih suka mandi air terjun!

    ReplyDelete
  3. Abg AHP, ha Yanie ke yg berkunjung td. Huhuhu, kalau tahu boleh minta tlh sampaikan Assalamualaikum kat dia td.

    Moga dia bertambah sihat dan dipermudahkan segala usaha.

    Amin...

    ReplyDelete
  4. ImpianSuci,
    a'ah, sori silap inform.
    tengah tunggu dialah tadi. masa kita calling2 tu, call dia pulak masuk.

    ReplyDelete
  5. AHP... jeles... jeles ni.... hua hua hua hua.... gurau ajer.

    Alia.
    Tak apa, insyallah kita jumpa juga suatu hari nanti....Itu lah namanya dah bukan rezeki. Kita hanya merancang Allah yang lebih mengetahui. Saya ni kira kerap juga turun ke Kota Bharu insyallah saya akan ziarah sebagai seorang sahabat...harap Alia ok kita terus berhubung bertanya khabar satu sama lain sebagai seorang sahabat yang memahami perasaan masing masing.Sejujurnya berbual dengan Alia pada hari itu sungguh saya terasa ukhwah sudah terjalin dan hanya nada kekuatan yang terlontar dari suara Alia...kawan kawan di sini semuanya baik baik dan support satu sama lain.

    Semoga kekuatan yang dimiliki Alia sekarang akan terus berkekalan untuk kehidupan Alia dan anak anak pada masa depan.

    Jangan malu malu dan formal dengan saya... saya ni humble saja orangnya... tanya la AHP kalau tak percaya.Sejak kelmarin dua tiga kali saya melalui jalan rumah Alia.... tapi nak buat macamana situasi tidak mengizinkan pada kali ini.

    Semoga berjumpa jua suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. Copy paste komen AO atas sekali tuh.

    AO jom kita pi buat site visit rumah Abah :P
    Tidur 2-3 hari ke kan. Hehe.

    AS sebenarnya sangat happy. Sebab both korang dua nih macam tengah exhausted sangat so bila dapat jumpa insyaAllah the happiness is there. Then spirit pun naik semula.


    *Nape as rasa macam as haru je cakap tunggang terbalik*

    Aa tak kisah lah yang penting As doakan semua makin bersemangat menghadapi ujian hidup ini. Yang sementara. Syurga menanti buat yang sabar insyaAllah...insyaAllah. Ameen.

    ReplyDelete
  7. JOM!abah sponser plz... nak pi sekarang pun boleh AO selalu free cuma fulus tu tak der hehe.. AS doa-doa moga kita boleh jumpa!

    lagi nak request nak jumpa laila,kak seroja dan frz damian dan adiknya san juga insan!

    ReplyDelete
  8. AO,
    boleh... tak payah mintak, bagitau je!
    betul masa dan tarikhnya, on...
    tak selesa kat umah, nak bercerita puas2 dengan as di homestay kita pun takde hal. ajak 2,3 org lagi spt laila, frz sfn dan sape2la, ok je.
    buat pahala mana boleh tangguh2 terutama Allah dh bagi signal kat abah ni.
    rancang elok2 sama2 pompuan. bagitau abah.
    tapi biasalah, abah bukan siapa2. sgt2 biasa dan ada hiv.
    tu ajelah nak bagitau.

    ReplyDelete
  9. hihi bestnya.. okeh geng apa lagi tapi jangan terkejut jumpa AO yang macam teddy bear ni hihi.. set masa dan tempat ..

    ReplyDelete
  10. Baru aje tertanya pasal Alia tetiba aje keluar entry pasal Alia Haryanie. Sangat comel orang secomel hati seluhur budi.

    Rupanya Survivor pun ada perancangan utk bertemu Alia.
    Tak pa , kalau takdir menentukan pasti akan ketemu jua .

    Alhamdulillah , nampaknya muslimah2 kita dlm perancangan untuk berkampong di Temerloh , bagus tu tentu bila u olls jumpa akan pok pek pok pek dari ruang tamu sampai ke dapur.
    Gitteww....

    Fareez Fauzi

    ReplyDelete
  11. Alia Haryanie
    Hmmm..... saya tak beberapa kenal dengan wanita ayu yang kecik molek berkulit putih manis tersenyum, muda macam baru 20an ajer.

    Tak pa nanti nak skodeng blog Alia Haryanie siap ada music lagi tu heeeee
    :)

    ReplyDelete
  12. Ohhh baru perasan 'haryanie.alia' orang yang sama yeak...

    ReplyDelete
  13. alangkah baiknya jika dapat peluang bertemu dengan insan yang tabah dan cekal seperti Alir haryanie. dapat belajar sesuatu untuk lebih mnjadikan diri lebih matang.

    ReplyDelete
  14. wah seronok ni kalau btol2 dpt jumpa...apa lg cik AO kena jd ketua rombongan la yer...i follow jer
    temerloh...tunggu!!!
    hehe sesi pokpekpokpek tu wajib kalau org pompuan ni dah bertemu
    insyaallah....
    tetiba plak excited terlajak niii

    ReplyDelete
  15. Senoroknya Ahp dpt jumpa Alia Haryanie..seorg insan yang begitu hebatnya die.Saya doakn semoga akak alia sentiasa sihat dan tabah.Ao nak ikut juga cume masa dan tarikh 2 kena bgthu lebih awal ler senang sikit nak mita cuti.Awak pun jgn terkejut bila tgk saya pun mcm teddy jugak walaupun berpenyakit hehehe...

    ReplyDelete
  16. JOoooom set masa dan tempat. Ecececeh :)

    AO as taja pun takpa alalalala. As kan House Manager skang :D

    Jom insyaAllah As nak masak special :)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..Moga Ahp dan semua sahabat2 diberikan kesihatan yang baik,dipanjangkan usia yang berkat dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.pohon maaf banyak2 baru dapat reply.Buat ahp sekeluarga,jutaan terima kasih saya ucapkan kerana menyambut kami dengan layanan yang amat istimewa.kesudian mempelawa dan mengizinkan tetamu seperti saya menyinggah di teratak yang amat indah itu.Keluarga yang amat harmoni.Tenang sejenap.Sejak balik dan sepanjang perjalanan ke Raub saya masih lagi terbayang bayang.Saya amat terpegun.Pendapat saya,benarlah mungkin salah satu daripada hikmah ahp diuji adalah mungkin dapat membantu insan insan lain.Bersyukur sangat berkesempatan mengenali dan menziarahi insan yang saya hormati dan kagumi.Sungguh kagum...Kenalilah beliau..Terima kasih Allah...

    ReplyDelete
  18. Buat sahabat sahabat saya doakan moga sahabat sahabat tabah meneruskan langkah dengan penuh kekuatan,kesabaran dan lebih positif,kuatkan semangat,dan bergantunglah pada Allah.Insyaallah...Jika ada rezeki dan kesempatan,insyaallah ingin mengenali sahabat sahabat yang lain.

    Survivor,Insyaallah.Terima kasih byk2 juga di atas doa dan semangat yang diberikan.Insyaallah jika ada rezeki dan kesempatan,dapat jumpa lain kali.

    Ahp,AO,As,En Fareez,impian suci,laila isabela, dan sahabat2,amat2 saya hargai...Sahabat semua juga kekuatan saya.Nak sangat kenal terutama anak dara abah dan AS...:)

    ReplyDelete
  19. Maaf...Buat azam dan naj mi,ketabahan dan kebangkitan sahabat buat saya juga lebih tabah.Teruskan menulis.Cekallah...

    Azam,Dik..Makin kita dekat dengan Allah,kita tidak akan rasa bersendirian lagi.Allah ada.Kasih Allah lebih indah dan amat luas.ALLAH SANGAT SAYANG KEPADA KITA.

    Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.Insyaallah..

    ReplyDelete
  20. alia haryanie,
    t kasih kembali.
    saya anggap segala penghargaan yanie sebagai doa.
    segala pujian untuk Allah.
    semoga silaturrahim berkekalan.

    as, rancanglah betul2 dengan AO dan rakan2 yang lain. kami tunggu dan bersedia. abah tak sabar nak rasa masakan special tu :)

    ReplyDelete
  21. Insyallah kak alia.. ada rezeki kita berjumpa.. Insyallah semoga Allah dengar doa saya ni :) .

    ReplyDelete
  22. pernah beberapa kali ke blog yanie n baca kisahnya..mmg dia seorang wanita yg sgt2 tabah...
    Semoga Allah terus beri yanie kekuatan dan ketabahan dlm mengharungi kehidupan ini bersama anak-anak yg masih kecil....

    ReplyDelete

Sila berikan pandangan positif anda dan semoga segala perkongsian maklumat akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.