Wednesday, January 04, 2012

CANDIDIASIS

Assalamualaikum berjumpa lagi kita dalam topik ini.

Hari ini AO nak terangkan topik mengenai penyakit yang selalu menyerang wanita. Penyakit ini selalu menyerang wanita dan dikatakan semua wanita walau sekali seumur hidup akan mengadapi masalah ini. Apakah ia? jeng jeng jeng.. Penyakit ini di kenali sebagai Candidiasis.

Apa itu Candidiasis?

Candidiasis adalah penyakit bawaan kulat ataupun yis yang menyebabkan jangkitan di tubuh manusia. Candidiasis selalunya dikenali sebagai seriawan di dalam bahasa Melayu dan juga terdapat beberapa nama lain. Antaranya ialah Candidosis, Moniliasis, dan Oidiomycosis.

Jangkitan Candidiasis boleh berlaku kepada beberapa peringkat daripada peringkat yang ringan kepada peringkat yang teruk. Contoh peringkat yang ringan atau kebiasaan adalah Oral Thrush (jangkitan di mulut) sehingga jangkitan yang teruk adalah Candidid yang menjangkiti kawasan kulit.

Jenis-jenis Candidiasis

Candidiasis terdiri daripada banyak jenis tapi yang cuba saya terangkan adalah yang biasa dijumpai iaitu:

1.      Oral Candidiasis
2.      Candidal Vulvovaginitis  
3.      Diaper Candidiasis

Bagaimana Candidiasis Menjangkiti?

Secara umumnya yis yang menjangkiti adalah daripada spesis Candida namun yang selalu atau kebiasaanya adalah Candida Albicans. Candida Albicans ini adalah merupakan suatu normal flora (1) di tubuh kita. Biasanya, ianya hidup dengan aman dan bahagia di kawasan mulut, usus, kawasan kemaluan wanita, dan juga banyak lagi kawasan di tubuh.

Namun, jangkitan akan berlaku apabila jumlah yis ini melebihi paras normal sehingga menyebabkan kesakitan. Candida Albicans membiak dengan banyak disebabkan oleh beberapa keadaan iaitu keadaan yang lembap, panas, dan bergula.

Mempunyai sistem imun yang rendah seperti AIDS, mengandung, menopause, pengambilan pil perancang, dan diabetes boleh merangsang pertumbuhan yis dengan mudah.

Douching yang kerap juga turut merangsang pertumbuhan yis ini. Secara umumnya, Candidiasis bukanlah penyakit STD dan ianya boleh terjadi disebabkan pelbagai keadaan. Namun begitu, ia juga mudah merebak dengan STDs.

Selain itu, bagi kanak-kanak, pemakaian lampin yang lembab juga merangsang terjadinya Candidiasis. Bagi ibu yang menyusukan bayi, sekiranya terjadi Candidiasis di bahagian payudara, dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan supaya bayi tidak mendapat Oral Candidiasis.

Merokok, stress, dan juga pelbagai habit buruk tentang penjagaan kesihatan mulut turut menyumbang kepada Oral Candidiasis.

Simpton-simptom, Rawatan dan Pencegahan 








Oral Candidiasis adalah Candidiasis yang berlaku di bahagian mulut. Bayi baru lahir dan menyusu mudah mendapat jangkitan ini. Orang dewasa yang mengamalkan gaya hidup kurang menjaga kebersihan atau merokok, mempunyai sistem imun yang rendah, diabetis dan pelbagai lagi mudah mendapat jangkitan ini.

Oral Candidiasis boleh menjadi lebih teruk sehingga ke tahap mejangkiti kawasan esofagus yang dinamakan Esophageal Candidiasis.

Simptom-Simptom

1.   Rasa sakit atau sukar untuk menelan
2.   Hadir gumpalan putih kekuningan di kawasan mulut dan lidah
3.   Demam berpanjangan jika menjangkiti esofagus
4.   Terasa gumpalan makanan di tekak 
5.   Bibir dan mulut terasa kering

Rawatan 

1.   Sapuan ubat Antifungal Agent Nystatin pada mulut 
2.   Berjumpa dengan doktor gigi dan kebersihan mulut harus dijaga
3.   Cuci semua objek yang digunakan untuk mulut bayi seperti puting botol susu
4.   Ibu yang menyusukan bayi harus berhati-hati agar tidak menyebarkan Candida ke mulut bayi
5.   Rawatan untuk orang dewasa  adalah Troches (Antifungal Lozenges) atau pil seperti Fluconazole (Diflucan)

Pencegahan

1.   Kebersihan mulut
2.   Selalu berjumpa doktor gigi
3.   Nyahkumankan peralatan bayi anda 
4.   Kurangkan merokok, lebih baik berhenti
5.   Kurangkan penggunaan spray mulut dan cucian mulut kerana dapat mengurangkan keseimbangan mikroorganisma di dalam mulut anda
6.   Kurangkan makan makanan manis dan berkanji

Candidal Vulvovaginitis

Vaginal Candidiasis adalah jangkitan Candidiasis di bahagian vagina (faraj) wanita. Jangkitan ini selalunya adalah jangkitan yang biasa dihadapi oleh setiap wanita biarpun hanya sekali seumur hidup.

Candida Albicans hadir 19% pada wanita sihat apabila dikulturkan di atas agar (2). Jangkitan ini lebih mudah berlaku untuk wanita yang sudah berumur, menopause, pesakit diabetes yang tidak terkawal, dan juga pesakit-pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah seperti HIV dan juga kanser.

Pengambilan pil perancang dan juga aktiviti douching yang kerap juga menyumbang kepada pertumbuhan yis ini.

Simptom-Simptom

1.      Keputihan yang berlebihan dan biasanya tidak berbau
2.      Lendiran kuning seperti cheese (keju)
3.      Kencing yang sakit
4.      Rasa panas dan terbakar apabila kencing
5.      Rasa sakit di bahagian perut 

Rawatan




1.   Miconazole (Micon 7, Monistat 3, Monistat 5, Monistat 7, M-Zole Dual Pack) 
2.   Tioconazole (Monistat-1, Vagistat-1) 
3.   Butoconazole (Gynazole 1) 
4.   Clotrimazole (Femcare, Gyne-Lotrimin, Mycelex-G)
5.   Pil Fluconazole juga boleh diambil



Bagi yang menggunakan krim, lakukan rawatan tanpa henti sehingga 7 hari atau 14 hari.

Pencegahan

1.   Jangan membasuh vagina dengan sabun biasa kerana ianya dapat mengurangkan keseimbangan pH
2.   Pastikan kawasan genital anda bersih dan kering
3.   Elakkan douching
4.   Seks yang selamat dengan menggunakan kondom
5.   Banyakkan makan yogurt atau pil Lactobacillus Acidophilus
6.   Gunakan pad, bukan tampon
7.   Elakkan memakai pakaian yang ketat untuk mengurangkan iritasi
8.   Pakai pakaian dalam berasaskan cotton
9.   Kawal kandungan gula sekiranya anda mempunyai diabetes

Diaper Candidiasis
 
Diaper Candidiasis adalah suatu keadaan yang terjadi kepada bayi. Pengunaan lampin yang terlalu lama dan lembab boleh merangsang kepada pertumbuhan yis ini.







Rawatan

Clotrimazole merupakan krim yang boleh disapu pada kanak-kanak.

Pencegahan

1.      Kebersihan bayi
2.      Tukar lampin dengan kerap
3.      Penggunaan losyen antifungal

Wallahualam.

AO: Masih banyak tajuk di bawah Candidiasis ini, namun AO kecilkan skop kepada tiga yang utama terlebih dahulu. Ada tajuk khas untuk AIDS bagi Candidiasis. Sekiranya ada rezeki atau peluang, Insya-Allah AO akan cuba, namun tidak berani janji kerana bukanlah bidang AO untuk memberitahu tentang simptom dan penyakit ini dengan lebih lanjut.

Pengetahuan AO adalah yang asas sahaja. Segala kritikan dan teguran amat-amat di alu-alukan.

Nota Kaki:


(1) Normal flora adalah mikroorganisma yang berada pada tubuh yang tidak mendatangkan penyakit. 

(2) Agar merujuk kepada medium untuk menumbuhkan bakteria tersebut. Contohnya medium bagi pokok rambutan ialah tanah; medium bagi tumbuhan air seperti teratai ialah air. Ianya adalah sejenis agar-agar yang ditambah nutrien untuk keperluan zat bakteria.


Beberapa contoh agar:


Blood Agar

Candida Albicans

Chocolate Agar

Mac Conkey


Urne Plate (CLED)



11 comments:

  1. Salam

    Terima Kasih Abang Fareez kerana mempromosi Jus Buah Delima.

    Buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

    Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

    Kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

    Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

    Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

    Delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer.

    Kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

    Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.


    SAlam Perjuangan

    ReplyDelete
  2. Sambungan

    Rahsia Buah Delima

    Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

    Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

    Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

    Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.



    Salam Perjuangan

    ReplyDelete
  3. Sambungan Rahsia Buah Delima

    Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

    Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

    Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

    ReplyDelete
  4. AO

    Masa CD4 saya paras 12 kira-kira dua tahun dulu, dalam mulut saya memang ada kulat ni banyak sangat. Dulu saya tak tahu tentang kulat ni tapi bila dah pandai sikit baru lah faham, gosok lah hari-hari dengan penyapu ke, kumur lah dengan klorok ker oppssss bukan klorok tapi dg Listrean pun masih tetap ada. Saya kumur dan telan ubat yang doc kasi kotak kuning lupa nama ubat tu. Bila CD4 naik automatik kulat tu pun beransur hilang tanpa kita sedari. Memang dulu takda langsung rasa deria rasa kat lidah ni semua makan rasa tawar ajer.
    Ini juga antara simptom wajib AIDS kan.

    Luka

    Buah delima air jusnya warna merah tu kan, berbiji-biji kecil di dalam nya tu kan. Ya semasa saya di Kashgar Xinjiang masyarakat yang majoritinya berbangsa Uyghur yang beragama Islam di sana mejadikan perahan buah ni amalan harian mereka. Kita boleh dapati ramai yang berniaga memerah jus ini di merata-rata tempat. Boleh tahan mahal juga. Seingat saya dalam RM2 segelas. Sedap, sempat juga saya mengulang-ngulang minum ketika disana. Alangkah baik kalau kita dapat dari sumber yang asli maksud saya yang kita perahkan sendiri buah tu kan. Entah agak jarang nampak kelibat buah ni kat pasar raya atau pasar kat kampung or maybe saya sendiri yang tak perasan kut hehehe

    Ya ke Abang Fareez mempromosi Jus Buah Delima mesti ia menjual kut ni hehehe. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Info tentang buah delima kat atas insyaallah nak saya share kan dalam blog saya nanti ya. Menarik

    ReplyDelete
  6. @Naj Mi

    ya, antara penyebab candidiasis ialah rendahnya sitem imun, diabetis antara punca mengapa mudahnya terjadi candidiasis di kalangan wanita.

    sewaktu mencari maklumat ini saya jumpa banyak kes candidiasis sampai dalam saluran pernafasan yang menyerang wanita yang mengalami diabetis.

    HIV juga menyebabkan candidiasis sebabnya IV juga melemahkan sistem imun.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  7. Ehh tak lah nak mempromosi pun , cuma bila dah tahu khasiatnya abg cuma sama2 nak share bagi yang rasa benda tu sesuai dgn mereka bukan nak jual atau cri untungpun. Tapi demi utk rakan senasib cuma akan rasa happy kalau mereka rasa perkembngan baik bila mengamalkan nya.

    ReplyDelete
  8. @Fareez fauziKalau abang nak saya tolong tempekkan/ promosi produk pun ok. saya boleh tolong. sama2 sahabat ni saya tak kisah sangat. terpulanglah kepada pembaca nak membelinya atau tidak. kalau berminat, sms/ atau emel saya :D

    ReplyDelete
  9. buah delima segar kat pasar cowkit banyak besar2 and murah... ada jenis yg manis dan ada yg jugak yg tak manis.. harga tak sama... sedap dimakan langsung dengan biji sekali tapi kulit dalam dia yg color putih sikit pahit tapi kalau nak buat ubat makan je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dik , abang pun selalu beli. Kalau ada duit lebih sikit beli yang masih segar , mahal sikit tak apa. Basuh bersih2 atau buang bahagian yang tak berapa nak cantik sikit. Tak payah buang semua. Kalau tak mau fikir atau banyak kerenah mesi/blinder sekali dgn kulit(yang dikikis atau bersihkan) siap dgn biji2nya sekali. Biar sampai hancur biji tu then minum. Memang rasa mcm tak berapa sedap dan agak kelat sikit.

      Kena jadikan mesin jus atau blinder tu sebagai sahabat selalu , setakat ni dah 2 tahun di dignose dah 5 perkakas blinder tu lingkup dan beli baru gara2 nak pelbagaikan pemakanan. Nak buat mcm mana kena rajin kalau nak perbaiki mutu kesihatan kita

      Fareez fauzi

      Delete
  10. burung merpati walaupon cantik tpi ia merupakan animal pest also known as "flying rat".. tahi merpati juga membawa/mengandungi kulat nie.. yg lead to CANDIDIASIS infection.... walaupon CANDIDIASIS merupakan penyakit common bg wanita tp bg PLHIV ia tidak memilih gander...over 75% PLHIV in US was reported death because of this yeast infection... US government working on this vertebrate animal pest (pigeon)/flying rat....
    p/s: so kebersihan kawasan terutamanya kawasan kediaman amatlah penting terutama yg tinggal di kawasan apartment or flat... mencegahkan lebih baik dri merawat.. - sumber lecture BIOLOGY of VERT ANIMAL PEST

    ReplyDelete

Sila berikan pandangan positif anda dan semoga segala perkongsian maklumat akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.