Saturday, June 16, 2012

MY BABY IS NEGATIVE - DILAHIRKAN TANPA VIRUS HIV


Bagi yang faham tentang HIV, berkahwin dengan pasangan yang PLHIV
dan mempunyai zuriat bebas HIV bukanlah perkara yang ‘ajaib’. Ada kaedah dan caranya. Begitulah keadilan Allah, disebalik setiap ujian, ditunjukkan pula penyelesaiannya.

Sebenarnya sudah lama dan banyak kali aku kongsikan maklumat tersebut di blog ini. Sila klik PANDUAN MENDAPATKAN ZURIAT BEBAS HIV KEPADA PLHIV.

Kali ini walaupun maklumatnya lebih kurang sama sahaja tetapi lebih banyak maklumat lebih bagus, kan?

Kali ini 3 lagi entries berkaitan prosedur, pendapat pakar dan pengalaman melahirkan bayi bebas HIV oleh PLHIV sendiri atau pasangan mereka (Non PLHIV) sebagai rujukan pembaca.

Berdasarkan pengalaman peribadiku sebagai PLHIV dan bertemu ramai pasangan PLHIV serta dengan kaedah dan rawatan yang tepat, Alhamdulillah kesemuanya memperolehi cahayamata bebas HIV.

Kerana itu aku selalu tekankan bukan soal virus yang menjadi isu kepada PLHIV tetapi stigma, diskriminasi, paranoid dan stigma. Tidak kiralah ianya berpunca daripada faktor luar atau akibat sikap negatif PLHIV sendiri berdepan dengan isu ini.

Aku harap entries berikut menjadi inspirasi kepada PLHIV untuk bangkit dan memupuk kesedaran kepada masyarakat bagi memahami HIV dengan lebih tepat.

Kredit kepada blog sahabatku Naj Mi (Klik sini) yang rajin menyalin semula artikel ini daripada akhbar Utusan Malaysia.

Blog Naj Mi antara blog kesukaanku yang berkongsi pengalaman berdepan HIV dengan cara yang sangat positif walaupun dugaan hidup Naj Mi hanya Tuhan yang tahu. Tabik bro…

Sekalipun Naj Mi agak perahsia dan menyendiri tetapi dalam masa yang sama sangat independent. Harap suatu hari nanti Naj Mi sudi bergaul sesama komuniti dengan lebih terbuka kerana kehadirannya sangat-sangat diperlukan.

Mari kita baca:

MY BABY IS NEGATIVE - DILAHIRKAN TANPA VIRUS HIV

Isteri anda adalah HIV positif manakala anda pula HIV negatif. Atau sebaliknya. Atau kedua-duanya positif HIV, anda masih boleh mendapatkan zuriat yang sihat bebas dari virus HIV. Bagaimana? Mula-mula kita ikuti kisah pengalaman dua PLHIV di bawah ini:

Mulikat Odutayu bersama Mumbarak Aloko

Empat tahun lalu Mulikat Odutayu telah mengidap batuk kering (TB) yang teruk dan terpaksa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Apa yang lebih mengejutkannya, doktor mengesahkan bahawa dirinya juga adalah HIV positif.  

Setelah menerima rawatan dan kembali beransur pulih dari TB dan setelah ia mula menerima rawatan HAART, keadaan tubuh badannya semakin baik. Dia memilih untuk menjadi sukarelawan di Lagos Hospital. Memberi kaunseling kepada mereka yang baru hendak menjalani ujian darah HIV, sebelum dan selepas mereka mengambil ujian tersebut.

Tujuan utamanya ialah mahu memberi masej kepada golongan pembawa HIV bahawa walaupun mereka membawa virus ini, mereka masih boleh menjalani kehidupan yang  baik dan memuaskan.

Apabila dia selesai rawatan TB, ia memberitahu kepada doktor bahawa dia mahu mempunyai anak. Beliau kemudian telah dinasihatkan untuk menunggu sehingga kesihatannya betul-betul baik.

Apabila ia telah benar-benar sihat, dia telah disalurkan ke dalam  Program Perancangan Keluarga bagi wanita HIV positif. 

Setelah menjalani prosedur yang telah ditetapkan akhirnya beliau selamat melahirkan seorang bayi yang sihat bernama Mumbarak Aloko. Kanak-kanak itu sihat dan tidak menghidap HIV.