Thursday, June 14, 2012

BERTEMU DR ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE 19 (VIRAL LOAD TEST)

My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman

MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


11 Jun 2012 (Isnin)

Pulang daripada menghadiri Empowerment Workshop For People Living With HIV (PLHIV) 2 di Kuala Lumpur pada 10 Jun, keesokan paginya aku terpaksa bergegas ke KK Jaya Gading, Kuantan untuk menjalani prosedur ujian darah mengesan bacaan terkini Viral Load.

Memandangkan temujanji kali ini hanya prosedur pengambilan darah biasa dan tidak ada sesuatu yang terlalu menarik untuk dikongsikan, entry ini lebih kepada journal peribadi perkongsian pengalamanku hidup sebagai PLHIV.

Sebelum bertolak dari rumah, aku telebih dahulu menghantar SMS kepada Dr. Iskandar untuk memaklumkan kehadiranku walaupun beliau sedia tahu.

Hubungan professional dan situasi saling membantu ini sebenarnya patut diamalkan oleh semua doktor dan PLHIV sebagai understanding of standard operating procedure (SOP). Win-win situation.

Kali ini, kehadiranku diiringi oleh sahabat yang kuanggap sebagai adikku sendiri, Survivor (Please, make no mistake… bukan anak ikan ya. I’m straight ok! Don’t try-try me la… nanti muka you makan siku!, hahaha…).

Tanpa menunggu lama, Dr. Iskandar Firzada menjalankan prosedur pengambilan darah dan selebihnya hanyalah sesi small talk, kaunseling, dan sharing.

Aku bertanyakan pandangan Dr. Iskandar Firzada mengenai kemampuan kesihatanku untuk merealisasikan hasratku melakukan solo tour bermotorsikal satu Semenanjung bagi menyebarkan info yang tepat mengenai pencegahan HIV serta menentang salah faham masyarakat, khususnya golongan sasaran (remaja dan jawatankuasa masjid).

(Proposal sedang  diusahakan untuk memohon sokongan MAC, NGOs dan lain-lain organisasi yang berminat dalam waktu terdekat)

Aku juga menyatakan hasratku membina sebuah Rumah Persinggahan Komuniti dan beberapa rangkaian support group bagi golongan berkenaan, khususnya kepada golongan wanita, sama ada remaja dan pasangan kepada PLHIV.

Alhamdulillah, semuanya mendapat maklum balas yang sangat positif daripada Dr. Iskandar Firzada. Bahkan beliau turut memberikan beberapa tips tertentu.

Survivor yang merangkap P.A. tidak bergajiku sibuk mendengar dan berkongsi pandangan.  Hahaha…

Selain itu, Dr. Iskandar Firzada juga turut memohon bantuan sokongan kaunseling dan moral support terhadap seorang remaja perempuan PLHIV sekitar Kuantan yang mendapat jangkitan sejak bayi.

Insya-Allah, bantuan telah diusahakan dengan mungkin akan diuruskan sendiri oleh Kak Ella, Puan Seroja, dan lain-lain sahabat komuniti yang kebetulan menghadiri beberapa program khusus membantu komuniti sekitar Pantai Timur.

Di kesempatan pertemuan tersebut, Survivor turut bertanyakan beberapa masalah berkaitan kesihatan dirinya dan menjalani ujian darah untuk mengesan uric acid.

Akhir kata, jazakallah kheir kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan.

Ok, Insya-Allah jumpa lagi. Penat yang teramat!