Friday, June 22, 2012

‘SAYA CUBA BERUBAH’ - TAHNIAH KEPADA MOHD HAFIZ JEFFRI

LEGA... Kajol (kanan) bersama Mohd Zaki selepas mendengar keputusan rayuan, semalam.

KOTA BHARU: Penyanyi mak nyah terkenal Kelantan, Kajol, yang menyepi sejak sekian lama selepas terbabit dalam beberapa kontroversi, hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam dengan penampilan mengejutkan apabila berpakaian lelaki lengkap dengan kopiah putih.

Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, hadir bagi mendengar keputusan rayuan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, pada 21 Jun tahun lalu, atas kesalahan berpakaian dan berlagak seperti perempuan.

Dalam prosiding semalam, Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuan terhadap hukuman berkenaan dan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun.

Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan.


Sumber: sini

Published by: lifejacket


Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group. (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:

Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
Along: insansepertiaku@yahoo.com
Survivor: survivorpng@yahoo.com

Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya termasuk FB (secret group), sila hubungi:

pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela)
017-366-5570 (Norhayati)