Tuesday, June 19, 2012

KITA SEHARUSNYA MEMERANGI HIV/AIDS, BUKANNYA MEMERANGI PENGIDAPNYA

SEBAHAGIAN daripada pelajar Kolej Universiti MAHSA menunjukkan sepanduk perangi AIDS dan HIV
pada Karnival Riben Merah di Brickfields, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KESEDARAN. Persatuan Perkhidmatan Sokongan AIDS Kuala Lumpur (KLASS) mengadakan Karnival Riben Merah bersempena Hari Memperingati AIDS Sedunia 2012 di Brickfields, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Presiden KLASS, Dr. Christopher Lee berkata, karnival itu diadakan sebagai langkah proaktif menangani diskriminasi masyarakat terhadap penghidap HIV dan AIDS.
"Kita seharusnya memerangi HIV/AIDS, bukannya memerangi pengidapnya," kata beliau.
Karnival itu dijayakan bersama Majlis AIDS Malaysia dan Kolej Universiti Malaysian Allied Health Sciences Academy (MAHSA) serta Hospital Sungai Buloh.
Seramai 92 sukarelawan yang terdiri daripada belia terlibat bagi menjayakan program tersebut.

Sumber: sini