Kadangkala kita rasa cukup mengetahui tentang maklumat asas mengenai HIV/ AIDS. Betul ke? Apa kata kita jawab kuiz ini dalam tempoh 5 minit dan nilai sendiri kefahaman masing-masing.
1. Hanya komuniti “gay”, lesbian, pengguna dadah dan pekerja seks sahaja yang mendapat jangkitan HIV
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
2. Bolehkah risiko jangkitan HIV dikurangkan dengan mengadakan hubungan seks dengan hanya satu pasangan yang tidak dijangkiti HIV dan tidak mempunyai pasangan lain?
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
3. Bolehkah seseorang mengurangkan risiko jangkitan dengan memakai kondom setiap kali melakukan hubungan seks?
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
4. Bolehkah seseorang yang nampak sihat mempunyai HIV?
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
5. Bolehkah seseorang mendapat HIV daripada gigitan nyamuk?
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
6. Bolehkah seseorang mendapat HIV dengan berkongsi makanan dengan seseorang yang mempunyai HIV?
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
7. Jika seseorang hanya melakukan seks oral, dia tidak berisiko untuk mendapat jangkitan HIV.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
8. Seorang bayi boleh dijangkiti HIV daripada ibunya melalui susu ibu yang positif HIV.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
9. Bolehkah HIV dijangkiti dengan berkongsi tandas awam?
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
10. Jika seseorang mengadakan hubungan seks hanya sekali dengan orang yang dijangkiti, tanpa menggunakan kondom, dia tidak berisiko untuk mendapat jangkitan.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
11. Penyakit jangkitan kelamin menyebabkan risiko lebih tinggi mendapat HIV.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
12. Seseorang yang telah berkahwin adalah selamat daripada risiko jangkitan HIV.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
13. Seseorang boleh dijangkiti HIV dan tidak menyedarinya.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
14. Seks melalui dubur adalah risiko jangkitan HIV paling tinggi dalam aktiviti seksual untuk mendapat jangkitan HIV.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
15. Hanya ujian saringan HIV boleh mengesahkan status HIV seseorang.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
16. Bolehkah HIV disebarkan melalui udara?
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
17. Jika seseorang itu HIV negatif, bermakna dia tidak boleh mendapat HIV.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
18. Wanita yang menggunakan ubat perancang keluarga adalah selamat daripada jangkitan HIV.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
19. Seseorang itu tidak berisiko dijangkiti jika menderma darah menggunakan peralatan baru dan disteril.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
20. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia.
a. Betul
b. Salah
c. Tidak Pasti
Jawapan:
(1) B; (2) A; (3) A; (4) A; (5) B; (6) B; (7) B; (8) A; (9) B; (10) B; (11) A; (12) B; (13) A; (14) A; (15) A; (16) B; (17) B; (18) B; (19) A; (20) A