Haru!!!
Treet, treettt!! Treet, treettt!! Treet,
treettt!!
"Hello. Di mana saya boleh cari "plastic bag" untuk bungkus
'pesakit' HIV?"
Suara seorang perempuan di hujung talian.
"Hah??! Assalamualaikum. Tolong
perkenalkan diri dan dari mana." (Aku hampir terlompat dari katil sebab
terkejut berdepan soalan yang sungguh di luar jangka.)
"Waalaikumussalam. Saya A dari xxxx. Ada
kawan saya suruh saya carikan beg plastik untuk 'pesakit' HIV. Saya google info dan dapat nombor encik di
blog."
"Err... ada kematian ke?"
(Fikiranku berputar ligat cuba memahami maksud soalan bercampur menahan marah disebabkan
terkejut kerana sehingga begitu sekali tahap pemahaman segelintir manusia
tentang HIV. Apabila sudah terdesak mulalah menggelabah. Tetapi aku positifkan
dan anggap ini sebagai peluang mendidik.)
"Tak tahulah... dia suruh cari. Ya
agaknya." (Aku mula mengesan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.)
"Kalau maksud anda untuk urusan
kematian, jenazah PLHIV yang tidak sempurna sahaja dikategorikan sebagai jenazah berisiko. Sama seperti
jenazah yang kemalangan atau apa juga jenazah yang menjalani post
mortem.
"Jika perlukan plastic bag (body bag), bukan kerana bimbang pengurus jenazah dijangkiti HIV kerana tiada risiko jangkitan melalui cara pengurusan jenazah. Personal
Protection Equipment (PPE) dan Standard
Operating Procedures (SOP) sedia ada telah memadai.
"Tetapi jika keadaan jenazah tersebut tidak sempurna, ianya diperlukan untuk mengelakkan cecair badan yang mungkin masih mengalir mengotorkan kain kafan, mengelakkan fitnah, memudahkan pengurusan mayat reput, atau anggota badan yang terpisah atau kerana jangkitan penyakit-penyakit lain akibat pathogen.
"Jenazah PLHIV sempurna, atas sebab-sebab kematian biasa dan masih baru meninggal dunia, tidak perlu plastic
bag. Bahkan tidak perlu guna campuran cecair peluntur dalam air mandian dan sebagainya seperti yang masyarakat biasa fikirkan atas
sebab-sebab kematian biasa. Pengurusan jenazahnya sama sahaja seperti jenazah non-PLHIV.
"Jika meninggal semasa menjalani rawatan
di hospital akibat penyakit tertentu, minta pihak hospital uruskan jenazah
tersebut di hospital.
"Atau, jika kematian berlaku di rumah,
ada Jawatankuasa Khairat Kematian. Hubungi mereka dan pengurus jenazah di
sesebuah kariah sepatutnya sudah terlatih dan mendapat maklumat tentang
tatacara pengurusan jenazah berisiko.
"Anda tidak perlu fikirkan semua perkara
tersebut. Jenazah PLHIV bukan seperti ikan di pasar. Jangan gunakan plastic bag atau baju hujan untuk
merawat atau menguruskan jenazah PLHIV
tanpa sebab-sebab yang jelas kerana boleh mendatangkan aib kepada jenazah dan
keluarga. Tidak ada cara jangkitan HIV melalui pengurusan jenazah."
"Ooo... maaf encik. Terima kasih
ya." (Lega bunyi nada suaranya dan sejuk sedikit hati aku yang hampir
marah sebelum itu.)
P/s- Kepada pemanggil yang jarak usianya
sebaya dengan anak-anak aku, berbudi bahasalah sedikit semasa bercakap. Itu
namanya adab dan akhlak. Jangan membahasakan aku "awak" sahaja. Kita
bukan sektor korporat. Panggil pakcik, atuk pun tidak mengapa.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com