Friday, October 10, 2014

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-41



 My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Date: 17 September 2014
Day: Wednesday
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan
Time: 3.50 pm

Routine check-up:

Weight: 73 kg (Naik lagi 0.7 kg dalam masa sebulan)
Blood pressure: 124/74 (normal)
Pulse rate: 63/min (regular)
Glucose: 9.0 (randomtaken by Dr.Iskandar)
Mouth: No oral candidiasis

Selesai routine check-up, aku meneruskan consultation dengan bertanyakan beberapa soalan yang diajukan oleh rakan-rakan komuniti.


Soalan 1:

Seorang People Living With HIV (PLHIV) mengadu mengalami cramp sebelah kanan dari tangan hingga ke kaki sejak Oktober 2013. Selepas ujian x-ray, Family Medicine Specialist (FMS) mendiagnos keadaan itu sebagai slip disc dan terus dirujuk ke bahagian Orthopaedic.

FMS mengesyorkan ubat Glucosamine untuk merawat sendi. Selepas 1 bulan, timbul rashes dan ruam pada kulitnya. FMS memintanya untuk menghentikan pengambilan Glucosamine. FMS memberitahu bahawa beliau alah dengan Glucosamine.

Selepas setahun berjumpa dengan pakar Orthopaedic, barulah pakar memberitahu bahawa FMS telah tersilap diagnos. Beliau sebenarnya mengalami lumbar spondylosis dan bilateral knee osteoarthritis.






Mengapa boleh berlaku tersilap diagnos sehingga setahun?

FMS juga menyatakan bahawa beliau tidak boleh mengambil ubat berasaskan steroid, sedangkan pilihan suntikan yang ada adalah berasaskan steroid.

Jawapan:

Situasi tersebut mungkin terjadi disebabkan oleh slip disc dan bilateral knee osteoarthritis. Secara klinikal kedua-duanya sangat sukar dibezakan. Simptom, tanda-tanda, gejala, dan rawatan bagi kedua-dua keadaan tersebut juga sama.

PLHIV tidak boleh mengambil steroid JIKA ianya diambil secara berpanjangan DAN dengan dos yang tinggi. Jika perlu diambil untuk tujuan rawatan, walaupun dengan dos yang tinggi tetapi hanya sekali, maka ianya boleh diteruskan.

Pengambilan steroid yang berterusan dan dengan dos yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya immunocompromised (sistem imun pincang).


Soalan2:

Adakah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan caj tambahan untuk menguruskan jenazah PLHIV?




Supporter yang bertanya mendapat dua sumber yang mendakwa bahawa di hospital di Johor Bahru dan Kuala Lumpur, kos pengurusan jenazah iaitu mandi dan mengkafan jenazah PLHIV perlu dibayar dengan bayaran khusus iaitu RM700.00 di Johor Bahru dan RM600.00 di Kuala Lumpur.

Jawapan:

Tidak.

Pengurusan jenazah PLHIV adalah sama sahaja bagi lain-lain kategori JENAZAH BERISIKO seperti akibat kemalangan maut, major operation, dan sebagainya. Ada kemungkinan kos tersebut adalah upah personal yang diminta dan atas budi bicara pihak pengurus jenazah, bukannya caj daripada pihak hospital atau KKM.


Soalan3:

PLHIV ini didapati menghidap lung infection dan diberikan ubat Itraconazole untuk merawatnya, selain daripada HAART (untuk merawat HIV). Beliau mendakwa Itraconazole adalah punca fatigue, sakit sendi, dan timbul rashes seperti chicken pox.

Selepas timbul kesan-kesan sampingan tersebut, doktor yang merawat beliau menyuruh beliau menghentikan pengambilan Itraconazole tersebut. Tetapi, selepas kesan-kesan sampingan tersebut hilang, doktor meminta beliau mengambil semula Itraconazole berkenaan.




Jawapan:

Itraconazole tidak sepatutnya menyebabkan sebarang fatigue di bahagian sendi. Sekiranya berlaku kesan sampingan selepas mengambil ubat tersebut, PLHIV berkenaan hendaklah memaklumkan terdapat adverse drug reaction reporting (melaporkan kesan sampingan yang sepatutnya tidak berlaku) kepada doktor. Doktor akan mengumpul segala laporan untuk dimaklumkan kepada pihak yang berkaitan, dan disiasat sama ada ianya adalah disebabkan Itraconazole tersebut atau ubat-ubat yang lain.

Itraconazole juga sepatutnya perlu diambil sejurus selepas full meal. (Sebaik sahaja siap makan- jangan bertangguh)

Diulangi, PLHIV tersebut dinasihatkan supaya mengadukan hal tersebut kepada doktor yang merawat.

Tips untuk pesakit diabetes:

Cara pengambilan ubat diabetes yang paling tepat ialah dengan cara menelannya sebaik sahaja memulakan sarapan atau makan malam (bergantung kepada waktu yang disarankan doktor untuk menelan atau mengambilnya). Ianya hendaklah dianggap seolah-olah sebahagian daripada menu wajib yang disediakan di meja makan untuk mengawal gula dengan sempurna.


Soalan4:

Adakah benar jangkitan herpes simplex type 1 tidak berjangkit melalui hubungan seks? Biasanya pesakit mengalami superficial ulcer yang dipanggil ‘cold sores’ iaitu di kawasan berhampiran mulut. Walau bagaimanapun, ia boleh berjangkit ke bahagian genital jika berlaku kontak langsung.

Contohnya apabila seseorang menyentuh ulser tersebut tanpa membasuh tangan, kemudian menyentuh pula bahagian genital.





Jawapan:

Herpes simplex boleh berjangkit melalui hubungan seks.

Selain daripada hubungan seks, herpes simplex juga boleh berjangkit melalui sentuhan kulit ke kulit, walaupun hubungan seks tersebut menggunakan kondom. Oral sex dan berkucupan turut boleh menjangkitkan herpes simplex.


Soalan5:

Benarkah herpes genital type 1 tidak boleh dirawat? Seorang PLHIV berpendapat bahawa tiada rawatan untuk penyakit berkenaan.




Jawapan:

Ada rawatan untuk herpes genital atau herpes genitalis iaitu Antiviral Acyclovir. Ada peluang untuk sembuh jika mendapat rawatan yang betul.




Soalan6:

Bolehkah HIV berjangkit melalui penyediaan makanan oleh PLHIV?

Jawapan:        

Tiada jangkitan HIV melalui penyediaan makanan, tetapi terdapat pelbagai jenis jangkitan lain yang boleh tersebar semasa mengendali, menyedia, dan memasak.

Bagi pengendali, penyedia atau tukang masak, imunisasi atau vaksin typhoid adalah WAJIB untuk mengekang merebaknya penularan bakteria Salmonella typhi (S. Typhi) yang menyebabkan penyakit typhoid (kepialu).




Terdapat 2 jenis vaksin untuk typhoid:

1. Vivotif Oral – merupakan vaksin hidup (live vaccines), diambil secara titisan ke dalam mulut.

2. Sama ada Typherix atau Typhim V (bukan vaksin hidup). Diambil melalui suntikan.

Vivotif Oral TIDAK BOLEH diberikan kepada mereka (PLHIV dan non-PLHIV) yang mengalami masalah immunocompromised iaitu seperti sedang menjalani kemoterapi disebabkan kanser, dan sebagainya.

Tetapi, Typherix dan/atau TyphimVi BOLEH diberikan kepada PLHIV sama ada sedang atau tidak mengambil HAART.




Nota:

Non-PLHIV yang lemah imuniti tubuh akibat sebab-sebab penyakit kronik tertentu dianggap berada seperti PLHIV di stage AIDS (CD4 <200).

Tetapi, stage AIDS untuk PLHIV agak subjektif, tidak bergantung kepada bacaan CD4 semata-mata kerana turut bergantung kepada beberapa faktor lain seperti sama ada sudah atau belum mendapat rawatan, dijangkiti penyakit-penyakit opportunistic atau tidak, dan sebagainya.

Jadi, PLHIV yang terlibat dalam bidang perniagaan berasaskan penyediaan makanan mesti faham jenis vaksin dan jika bacaan CD4 mereka melebihi 200, tidak menjadi masalah untuk mendapatkan mana-mana jenis vaksin typhoid.

Nota:
Diulangi. Bukan kerana risaukan jangkitan HIV kepada non-PLHIV, tetapi suntikan tersebut mungkin membahayakanPLHIV.

Mitos:
Makanan yang disediakan dan dikendalikan oleh PLHIV kononnya bahaya kepada non-PLHIV adalah karut.

Bahkan dikatakan jika tidak dijangkiti HIV sekalipun, makanan tetap bahaya kerana PLHIV mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan penyakit-penyakit lain yang mungkin menjangkiti orang lain.

Ini disebabkan di dalam mind setting sering membayangkan PLHIV semestinya adalah individu yang berpenyakit, menjijikkan dan mesti dijauhi.

Sedangkan dengan rawatan, PLHIV mampu hidup sihat seperti orang lain dan setiap penyakit ada cara jangkitan tertentu. HIV tidak berjangkit melalui cara tersebut. Yang penting ialah menjaga kebersihan.

Ramai PLHIV yang terlibat dalam bidang penyediaan makanan, bahkan mungkin waiter atau waitress dan chef terkenal yang menyediakan makanan di restoran kegemaran anda setiap hari adalah seorang PLHIV.

Adakah anda dapat memastikan status kesihatan mereka dan berapa peratuskah jangkitan HIV dengan cara tersebut dalam statistik yang anda ketahui?


Soalan7:

Bolehkah PLHIV menjalani rawatan pergigian (dental treatment)?

Jawapan:

Tiada masalah bagi PLHIV untuk menjalani rawatan pergigian dan tidak akan menyebabkan jangkitan kepada perawat atau klien lain.

Mereka yang mengalami masalah gigi sensitif atau mengalami masalah platelet rendah (yang mengakibatkan pendarahan sukar dihentikan) boleh menggunakan salah satu daripada kaedah yang berikut:

(a) gunakan berus gigi yang lembut
(b) gunakan mouthwash
(c) gunakan interdental brush


Soalan 8:

Memandangkan kebiasaan klinik tidak meletakkan tarikh luput atau expiry date pada ubat-ubatan yang dipreskripsikan kepada kita, berapa lamakah kita boleh menggunakan ubat-ubatan tersebut jika kita menyimpannya di dalam peti sejuk?




Jawapan:

Expiry date adalah penting bagi mengetahui tempoh penggunaan ubat-ubatan. Setiap pesakit hendaklah meminta pihak klinik untuk menulis nama ubat, kegunaan ubat, expiry date ubat, dos ubat, dan cara menyimpan ubat pada paket ubat tersebut termasuk di klinik-klinik swasta.

Jika mereka tidak menulisnya, sebagai klien, kita berhak meminta ianya dinyatakan.


Soalan 9:

Sekiranya kita pernah mendapat demam campak atau chicken pox sekali, adakah kemungkinan untuk kita mendapatnya sekali lagi?




Jawapan:

Setiap orang yang pernah mendapat chicken pox mempunyai 5% kemungkinan untuk mendapatnya sekali lagi. Antara punca-punca kemungkinan tersebut termasuklah melalui pernafasan dan sentuhan.


Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.

Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat professional dan cemerlang.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com