Sunday, October 05, 2014

STIGMA TERHADAP PLHIV TERMASUK SEMASA IBADAH QURBAN



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Bagi PLHIV yang diketahui statusnya sebagai seorang people living with HIV (PLHIV), peluang membantu, melapah, membahagi-bahagikan, atau menolong memasak daging qurban untuk ahli kariah sempena Eid Adha hampir tiada.

Itulah realiti kehidupan PLHIV walaupun ramai sahaja PLHIV yang merahsiakan status melakukannya di seluruh dunia dan ramai tukang masak dan chef (PLHIV) yang sentiasa kita makan masakan yang mereka sediakan setiap hari.

Adakah berlaku jangkitan HIV apabila tangan PLHIV terluka semasa membantu memotong daging atau terpercik ke tubuh atau rongga orang lain?

Persoalan-persoalan begini sentiasa ditanyakan dan terdapat pelbagai jawapan yang sangat mengelirukan. Jawapan yang sangat dipercayai, tentulah jawapan oleh medical practitioners kerana mereka dianggap paling berpengetahuan dalam persoalan tersebut.




Sesiapa sahaja boleh mendakwa akan berlaku jangkitan, tetapi TEORI tidak boleh dianggap fakta. Secara realitinya, pernahkah ianya DIBUKTIKAN dan berapa ramai yang telah berjangkit melalui cara tersebut?

Cara jangkitan hanya terbukti melalui darah ke darah di DALAM tubuh. Melalui air mani, cecair faraj, dan secara vertical (ibu kepada anak tanpa rawatan). Kes-kes jangkitan akibat blood transfusion dan organ transplant pula tidak berkaitan dalam sharing ini. Itu sahaja cara jangkitan.




Selain darah, tentulah cara lain tidak berkenaan apabila dikaitkan dengan ibadah qurban. Contohnya, tidak mungkin ada yang semasa sibuk melapah daging qurban terpancut air maninya dan terkena daging tersebut.

Ini bukan kisah paranormal sains fiksyen. Paranormal – separa sedar; bukan fakta!

HIV tidak boleh hidup apabila BERADA DI LUAR BADAN PLHIV.

WALAUPUN HIV HANYA BOLEH HIDUP SEKETIKA JIKA BERADA DI LUAR BADAN PLHIV, JANGKITAN HIV TIDAK PERNAH DILAPORKAN AKIBAT DARIPADA KONTEK ATAU KONTAMINASI DENGAN TUMPAHAN DARAH, AIR MANI, ATAU TUMPAHAN CECAIR BADAN PLHIV. INI ADALAH KERANA VIRUS AKAN CEPAT MATI ATAU MUSNAH SEBAIK SAHAJA TERDEDAH KE UDARA.

Untuk seseorang itu dijangkiti HIV, DARAH ATAU CECAIR TUBUH PLHIV MESTI MENGANDUNGI VIRUS YANG TERSANGAT BANYAK / TINGGI / PEKAT SERTA DARAH ATAU CECAIR TUBUH TERSEBUT PERLU TERUS MASUK KE DALAM SALURAN DARAH SESEORANG NON-PLHIV UNTUK MEMUNGKINKAN (diulangi – MUNGKIN) NON-PLHIV ITU DIJANGKITI OLEH HIV.

BAGAIMANA JIKA LUKA NON-PLHIV TERDEDAH KEPADA DARAH SEGAR PLHIV?

Fungsi PLATELET di dalam darah individu berperanan untuk MENUTUP RONGGA luka bagi mengelakkan apa juga virus daripada mudah memasuki tubuh. Sifat semulajadi LUKA SEGAR (baru) pula ialah darah akan MENGALIR KE LUAR, bukan KE DALAM TUBUH.

Jika HIV di luar tubuh dan sekadar terkena kulit non-PLHIV, tiada apa yang perlu dirisaukan. Kulit seseorang adalah sistem pertahanan tubuh paling asas.

Jika PLHIV tersebut telah mengambil rawatan dan virusnya rendah atau undetected, tentulah selamat.

Ya, virus memang ada, tetapi tidak mampu menjangkiti. Analoginya; kita takut bukan-bukan kepada penjenayah terkenal sedangkan penjenayah tersebut longlai kesakitan di dalam lokap.

Maklumat lengkap dan lanjut boleh didapati daripada:

dan

Jika darah termasuk ke dalam mulut atau rongga mata?

Kalau betullah termasuk darah PLHIV kerana mulut kita sentiasa terlopong sepanjang masa, bergantung pula kepada berapa puluh liter darah PLHIV yang sudah masuk, kekerapan, dan berapa besar luka di dalam mulut? Air liur mengandungi enzim yang mampu melemahkan virus.

Kadang-kadang menjawab persoalan tentang cara jangkitan HIV ini seperti menjawab persoalan Fiqh.

Beza cecair badan PLHIV yang mengandungi kepekatan yang tinggi dan yang kepekatan rendah pun ramai tidak faham. Kepekatan cecair badan yang tinggi tetapi telah mendapat rawatan dan menyebabkannya sama seperti kandungan kepekatan cecair badan yang rendah, lagilah ramai yang tidak faham.

Hukum Fiqh begitu juga. Contoh: Hukum batal wudhuk bersentuh kulit antara suami dan isteri, atau lelaki dengan perempuan yang halal berkahwin mengikut Mazhab Syafi'e.

Ada yang berpendapat terkena atau bersentuhan kuku dan rambut juga membatalkan wudhuk sedangkan yang disebutkan ialah KULIT. Itu belum termasuk perbahasan dalam perbandingan antara mazhab. Akibatnya kita kekal stigma dan bertelingkah pada perkara bukan-bukan.

Ada pula yang spinned isu, kononnya PLHIV dan ahli keluarga mereka (non-PLHIV atau affected people) perlu dielakkan daripada terlibat kerana PLHIV mudah dijangkiti macam-macam penyakit dan bimbang menjangkiti orang lain.




Memang penat apabila sentiasa perlu menjelaskan kerana perbezaan cara jangkitan sesuatu penyakit pun mereka tidak faham. Di dalam mind setting tertanam bahawa PLHIV membahayakan mereka dan mesti dijauhi. Kita cakap begini, mereka pusing begitu. Cakap begitu, pusing begini.

Mereka tidak sedar bahawa sesiapa sahaja yang menolong semasa menyembelih, melapah, dan memasak daging qurban mungkin telah dijangkiti typhoid (kepialu) yang lebih mudah berjangkit kepada mereka melalui cara tersebut.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com