Thursday, October 30, 2014

JANGKA HAYAT PLHIV SINGKAT DAN HIV PENAMAT SEGALA-GALANYA?





Sharing asal dipetik daripada Facebook AHP Positive Warriors Support Group (PWSG) – Facebook secret group.

Perkongsian ini dikongsikan oleh salah seorang senior yang cukup berpengalaman membantu komuniti dan aku memang mengenali beliau secara peribadi.

Walaupun perkongsian beliau kelihatan simple tetapi penuh pengertian jika dihayati. Ianya membuktikan sesuatu, sekaligus menyangkal dakwaan bahawa PLHIV tidak mampu hidup secara normal.

Sedikit editing untuk disesuaikan sebagai entry blog telah dilakukan tanpa sedikit pun mengubah fakta perkongsian beliau.


Mari baca:


“Assalamualaikum.

“Buat sahabat dan anak-anak  bonda yang baru disahkan HIV+. Usah gundah gulana dengan ujian Allah.

"Penjagaan kesihatan yang baik, KEPATUHAN kepada rawatan (kaunseling dan farmakologi) serta dengan izin ALLAH S.W.T, usia kita akan lebih panjang dan kita boleh hidup seperti orang biasa."

"Ingatlah kita bukannya sakit. Kita cuma hidup dengan HIV. Jika kita sakit, kita akan terlantar di hospital atau pun di rumah."

"Insha-ALLAH pada 20hb Januari 2015, GENAP 24 TAHUN bonda hidup dengan virus ini."

"Pelbagai ranjau dan duri yang bonda telah lalui tetapi itulah yang menjadikan bonda tabah untuk meneruskan hidup ini."




"Sejahil-jahil bonda pun, bonda percaya pada ketentuan Ilahi. Jika ditakdirkan kita akan mati pada usia 60 tahun, tidak sesaat pun dipercepat atau dilewatkan."

"Oleh itu bonda ingin berpesan. Kuatkan semangat dan jati diri kamu. Dengan adanya kemudahan media elektronik dan support group yang banyak, kamu boleh berhubung di antara satu dengan yang lain."

"Tidak seperti zaman bonda baru didiagnos dahulu. Rawatan dan sokongan sangat sukar. Kami perlu berdikari."

"Akhir kata, sambutlah salam sayang buat kamu semua daripada bonda (NJF)."


Sama-sama kita fikirkan.



Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com