Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
Lebih kurang 3 minggu lepas, saya ke Klinik
Kesihatan yang berdekatan. Sekadar pemeriksaan biasa. Kemudian terdetik untuk
melakukan ujian HIV. Selalu saya pesan pada rakan-rakan, jangan gentar untuk
buat ujian.
Jadi, saya ingin mengalaminya sendiri. Sekadar
ujian HIV, bukan untuk pra perkahwinan atau sebagainya.
Lalu pada hari itu, lebih kurang 2 minggu
lepas, saya pergi ke kaunter pendaftaran di salah sebuah klinik kesihatan di Melaka.
Saya bertanyakan bagaimana prosedur untuk buat HIV test. Mereka bertanyakan
borang daripada Jabatan Agama Islam. Saya kata ini bukan untuk pra perkahwinan;
ini individu. Sekadar untuk buat test.
Staff di kaunter mula berubah wajah,
mula bertanya pada kaunter berdekatan dengan nada yang tinggi.
"HIV
test ada ke? Macam mana ya nak buat?”
Tanya staff
wanita yang berbaju kurung. Staffs
lain mula memandang wajah saya dan cepat-cepat memandang ke arah lain.
Kemudian saya diterangkan sambil diminta
melihat papan tanda senarai ujian darah dan medical
checkup penuh.
"HIV
test RM30.00," Kata staff wanita lain yang mula bercakap
dengan saya tanpa memandang wajah saya.
Saya juga mula bertanya, bagaimana dengan
kempen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan ianya percuma dan tidak perlu
ambil nama?
Staff itu hanya menggelengkan kepala
seolah-olah tidak pernah mendengar tentang kempen tersebut.
"Itu mungkin untuk yang ada contact dengan PLHIV."
Saya kelu. Jujurnya dengan situasi orang awam
yang menanti di tempat duduk, staff
kaunter yang mula curi-curi memandang saya, saya tidak selesa untuk berkeras.
"Semua Klinik Kesihatan di Melaka macam
ini ke? Kena bayar?" Tanya saya, walau bukan isu bayaran yang akan
menghalang saya.
"Ya, semua macam itu, atau jumpa doktor
dulu, kaunseling dulu, baru test. Apa
pun kena refer doktor dulu."
Ya, hari itu cuma berlalu tanpa melakukan
apa-apa ujian.
Hari ini saya berkongsi pengalaman dengan
seorang rakan yang belum didiagnos. Tetapi setelah pergi ke dua buah Klinik
Kesihatan di Melaka yang berlainan, situasi yang sama. Terpaksa menghadapi staff kaunter yang tidak langsung
menyembunyikan perasaan terkejut, dingin, dan negatif.
Kemudian berjumpa doktor, malangnya dia
diminta datang pada hari lain untuk buat ujian HIV, walaupun di dalam dua-dua
situasi, dia berjumpa doktor.
Situasi ini mungkin hanya berlaku di Melaka,
dan tidak mustahil bukan sahaja di Melaka.
Apa sebenarnya berlaku? Adakah staff Klinik Kesihatan tersebut
sebenarnya tidak mahu menjalankan ujian HIV, lalu menyukarkan sesiapa yang mahu
melakukannya? Sedangkan prosedurnya sama dengan ujian bagi pra perkahwinan.
Adakah kempen KKM bahawa ujian HIV adalah percuma dan rahsia tidak laku di Melaka? Atau ianya
sekadar dongeng?
Sikap sebegini sebenarnya menyebabkan
jangkitan baru dan kadar pesakit tidak mendapatkan rawatan semakin tinggi.
Bagaimana jika semasa tempoh menunggu tersebut berlaku jangkitan baru atau
individu yang berisiko enggan menjalani ujian saringan dan lewat mendapat
rawatan?
Mari kita rujuk di sini:
yang kenyataannya dikeluarkan oleh pihak KKM sendiri.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN UJIAN
SARINGAN HIV:
1. Pergi ke mana-mana klinik kesihatan
kerajaan.
2. Berjumpa terus dengan doktor/ pembantu
perubatan/ jururawat bertugas dan minta ujian HIV dilakukan.
3. Doktor / pembantu perubatan / jururawat
yang bertugas akan memberi khidmat nasihat atau kaunseling mengenai ujian
tersebut.
4. Setitis darah akan diambil dari hujung
jari untuk diuji. Keputusan ujian boleh diketahui dalam masa 15 minit (menggunakan
ujian pantas – rapid test kits).
5. Jika keputusan ujian ‘tidak reaktif’, anda
akan diberi penerangan lanjut. Sekiranya anda mempunyai faktor risiko
dijangkiti HIV, anda akan dinasihatkan untuk mengulangi ujian 6 bulan akan
datang.
6. Jika keputusan ujian adalah ’reaktif’,
nasihat akan diberikan dan persetujuan diperolehi daripada anda untuk menjalani
ujian pengesahan.
Ujian ini mudah didapati, ringkas, dan tidak
sakit. Perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA di semua klinik kesihatan dan
hospital kerajaan. Maklumat anda dan keputusan ujian akan dirahsiakan.
LANGKAH-LANGKAH UJIAN PENGESAHAN:
1. Ujian pengesahan HIV dilaksanakan secara
‘sulit’. Hanya doktor atau pegawai bertugas yang menjalankan ujian sahaja yang
tahu meklumat peribadi dan keputusan ujian anda.
2. Jumpa doktor atau pegawai bertugas pada
hari temujanji yang telah ditetapkan (2 minggu selepas sampel darah diambil)
bagi mengetahui keputusan ujian pengesahan dan mendapatkan khidmat nasihat atau
kaunseling.
3. Jika keputusan ujian anda adalah ‘negatif’,
anda akan diberi temujanji dalam masa 6 bulan untuk pengesahan ulangan.
4. Sekiranya keputusan ujian anda adalah
‘positif’, anda akan dirujuk ke mana-mana klinik kesihatan yang mempunyai
perkhidmatan pengurusan HIV yang anda pilih. Jagaan seterusnya akan meliputi
perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan kesihatan, ujian makmal dan rawatan.
KEPUTUSAN UJIAN DAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
AKAN DIRAHSIAKAN. JALANILAH UJIAN SARINGAN HIV DEMI MASA DEPAN ANDA.
Semoga nota ringkas ini dapat difahami
pembaca.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Disediakan oleh: MGDA
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com