Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
Apabila seseorang PLHIV baru memulakan rawatan HAART,
doktor biasanya akan memantau beberapa perkara asas terutamanya kesan sampingan
sementara jika ianya berlaku. Antaranya ialah IRIS.
Apakah itu IRIS?
IRIS adalah akronim kepada Immune Reconstitution Inflammatory Syndrome,
atau dikenali juga sebagai Immune
Recovery Syndrome (IRIS).
Secara amnya, IRIS mungkin terjadi bila seseorang baru memulakan HAART, atau memulakan kembali HAART, atau bertukar kepada regime HAART yang lebih aktif.
Biasanya IRIS
berlaku terhadap PLHIV yang telah
dijangkiti jangkitan opportunistic.
Ada kemungkinan, jangkitan yang ringan atau
sederhana sebelum memulakan HAART
menjadi lebih teruk setelah memulakan HAART.
Contoh:
Sebelum HAART,
terdapat jangkitan oral candidiasis
atau jangkitan kulat pada kulit, tetapi apabila memulakan HAART, ada kemungkinan jangkitan-jangkitan tersebut menjadi lebih
teruk.
Kenapa ianya terjadi?
Ianya disebabkan keradangan kerana tubuh PLHIV sedang membina semula sistem
pertahanan tubuh.
Sebelum memulakan rawatan HAART, doktor akan cuba memastikan patients terhindar daripada sebarang
jangkitan opportunistic.
Walaupun infection
sedia ada telah dirawat, kebarangkalian untuk infection itu timbul semula atau menjadi lebih teruk selepas
rawatan HAART tetap ada.
Kerana itulah, selepas memulakan rawatan HAART, doktor akan memantau kesihatan PLHIV sekerap mungkin, sama ada 2 minggu
sekali, 1 bulan sekali, 3 bln sekali, dan apabila sudah stabil, barulah ditukar
kepada setiap 6 bulan sekali.
Walau bagaimanapun, langkah tersebut hanyalah
sebagai langkah berwaspada dan tidak semestinya berlaku. Setelah rawatan
stabil, viral load akan ditekan
sehingga ke tahap undetected dan CD4
meningkat kembali.
Fahami HIV, jalani rawatan, dan KEPATUHAN
kepada rawatan akan membantu PLHIV
hidup seperti biasa. Amalkan cara hidup yang positif.
Sumber:
Kredit untuk Shux
(Volunteer PPWM)
Semoga nota ringkas ini dapat difahami
pembaca.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com