Friday, October 24, 2014

PROGRAM SOKONGAN MEMBANTU KOMUNITI DAN MENDIDIK MASYARAKAT MEMAHAMI HIV DENGAN TEPAT


PROGRAM ISLAH MUKHAYYAM SIRI 3/ 2014




Alhamdulillah. Satu program anjuran Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan usahasama Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) dan telah berjaya dijalankan pada 17 hingga 19 Oktober 2014 (Jumaat – Ahad) yang lalu di Semuji Agro Resort, Gambang, Kuantan, Pahang.

Antara objektif utama program ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan agama terutama berkaitan tauhid dan asas fardhu ain; mewujudkan toleransi dan keyakinan diri; menghapuskan stigma, diskriminasi, dan judgemental; memperkukuhkan jiwa dalam menghadapi dugaan dan ujian; dan memberi pengetahuan berkaitan HIV/AIDS.

Penaung program ini adalah Y. Bhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Penasihatnya adalah Tuan Haji Zakuan bin Sawai, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial, dan Komuniti (KSK). Ketua Penyelaras program ini adalah Ustaz Bukhari bin Md Akhir, Ketua Penolong Pengarah Kanan KSK. Penyelaras adalah Ustaz Shahrul Nizam bin Abu Bakar, Penolong Pengarah KSK. Urusetia adalah kakitangan JAKIM, PPWM, dan Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (SIDIM).

Berikut adalah sedikit laporan ringkas mengenai pengisian program:


17 Oktober 2014 (Jumaat)


Slot: Pendaftaran
Waktu: 2.30 petang

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar. Urusan pendaftaran peserta dan pembahagian bilik dan dorm telah dijalankan oleh urusetia PPWM. Para peserta datang dari sekitar Kuantan, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.

Para peserta adalah mereka yang terdiri daripada people living with HIV (PLHIV), affected people, supporters dan volunteers yang baru pertama kali menghadiri program support group sebegini. Tidak ketinggalan sebahagian peserta adalah daripada Sahabat META, Tampin, Drugs Intervention Community (DiC), Pahang dan NGO sokongan sekitar Kuantan.

Segelintir peserta senior yang hadir pula bertanggungjawab sebagai urusetia dan ada yang berperanan sebagai mentor kepada para peserta.


Slot: Ucapan Aluan
Waktu: 4.30 petang

Ucapan aluan oleh Presiden PPWM – Encik Mohamad@AHP Pie

Seterusnya, ucapan aluan oleh Penyelaras program iaitu Ustaz Shahrul Nizam bin Abu Bakar dan Presiden PPWM iaitu Encik Mohamad bin Wahid. Tanpa membuang masa, acara ice-breaking diteruskan dengan kendalian Presiden dan urusetia PPWM. Para peserta yang pada mulanya kelihatan inferior dan malu-malu telah mula dapat bergaul dengan mesra setelah saling berkenalan secara ringkas.


Slot: Ruh 1
Tajuk: ‘Insan dan Ujian’
Waktu: 9.00 malam
Penyampai: Encik Mohamad bin Wahid, Presiden PPWM 
  • Dalil-dalil daripada al-Qur’an yang berkaitan dengan ujian Allah dan cara menghadapinya mengikut landasan syarak.
  • Sesi latihan dalam kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh urusetia PPWM. 
Fokus LDK: Perkongsian pengalaman peringkat awal didiagnos sebagai PLHIV, sebagai affected people, atau bagaimana timbulnya minat untuk telibat sebagai volunteers serta kebaikan yang dipelajari di sebaliknya.

Antara hasil bengkel LDK Ruh 1

Sharing khas oleh Puan Jamaiyah binti Mohd Noor tentang pentingnya redha dan melihat ujian Allah dari sudut positif dan mengeksploitasi will power (kekuatan dalaman sendiri) untuk menghadapinya.

Perkongsian pengalaman oleh seorang supporter yang hebat

18 Oktober 2014 (Sabtu)

Slot: Ruh 2
Tajuk: Pengurusan Stress
Waktu: 9.00 pagi
Penyampai: Prof. Madya Dr. Samsul bin Draman, UIA Kuantan, Pahang.

Dr. Samsul bin Draman dari UIA Kuantan, Pahang

Antara inti pati Ruh 2 termasuklah: 
  • Maklumat asas berkaitan HIV/AIDS.
  • Statistik HIV/AIDS di Pahang, Malaysia, dan Asia.
  • Kaedah jangkitan HIV/AIDS.
  • Tanda-tanda HIV.
  • Cara-cara mengatasi stress akibat HIV/AIDS iaitu solat, membaca al-Qur’an, mencari sahabat yang boleh memberi nasihat, mengelakkan sahabat yang negatif, sentiasa bersedekah.
  • Bahaya dan akibat merokok.
  • Jadikan mati sebagai penasihat.
Dr. Samsul menggunakan pelbagai imej, video, gambarajah, dan graf bagi membantu menambahkan pemahaman para peserta.


Slot: Ruh 3
Tajuk: Titian Perjalanan
Waktu: 11.00 pagi
Penyampai: Ustaz Nor Hamizi bin Jamaluddin, Jabatan Agama Islam Pahang.

Ustaz Nor Hamizi bin Jamaluddin dari Jabatan Agama Islam Pahang

Antara inti pati Ruh 3 termasuklah: 
  • Apabila berada dalam majlis ilmu, malaikat akan mendoakan keampunan di atas segala dosa kita.
  • Nabi (Kekasih Allah) beristighfar 100 kali sehari. Maka kita sebagai makhluk Allah yang banyak dosa sepatutnya beristighfarlah sebanyak yang boleh.
  • Hamba yg baik ialah hamba yang sentiasa meminta ampun kepada Allah.
  • Matlamat hidup menentukan cara hidup. Cara hidup menentukan cara mati.
  • Setiap manusia mahukan 2 perkara; tenang dan senang.
  • Ketenangan tidak boleh dijual beli. Di sebalik kesenangan, kita mencari ketenangan dan kebahagiaan. Ketenangan dan kesenangan dicari serentak kerana ia diperlukan seiringan.
  • Untuk mencapai tahap kemanisan iman, jadikan Allah dan Rasul sebagai kekasih nombor satu. Antara caranya:

A.
  • Suka apa yang Rasul suka dan benci apa yang Rasul benci.
  • Berzikir kepada Allah.
  • Berselawat kepada Rasulullah.
  • Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
  • Suka apa yg Allah suka dan benci apa yang Allah benci.


B. Kasihkan manusia kerana Allah. Jangan memilih. Suka jadi baik dan suka buat baik.

C. Benci kepada perkara mungkar dan maksiat.


Slot: Ruh 4
Tajuk: Stigma, Sokong Bantu, dan Rawat
Waktu: 2.30 petang
Penyampai: Encik Mohamad bin Wahid, Presiden PPWM

AHP Pie – Stigma, Sokong Bantu, dan Rawat

Antara inti pati Ruh 4 termasuklah: 
  • Penerangan ringkas tentang HIV dan AIDS.
  • Cara-cara jangkitan HIV.
  • Penerangan kepekatan HIV yang terdapat pada cecair badan.
  • Cara-cara HIV membiak.
  • Kaedah rawatan iaitu kaunseling dan farmakologi (HAART).
  • Penerangan tentang grief reaction.
  • Penerangan tentang treatment fatigue.
  • Keberkesanan rawatan.
  • Ujian sebenar PLHIV.

Slot: Riadah & Rekreasi
Waktu: 5.00 petang

Rekreasi para peserta bersama Pengarah KSK dan kakitangan JAKIM yang dikendalikan oleh Encik Zubir bin Asadi (SIDIM).

Dari kiri: Setiausaha Kehormat PPWM, Ustaz Shahrul Nizam (JAKIM),
Ustaz Firdaus (JAKIM)

Pengarah KSK JAKIM dengan salah seorang peserta

Antara aktiviti riadah dan rekreasi para peserta bersama Pengarah KSK

Antara aktiviti riadah dan rekreasi para peserta bersama Pengarah KSK


Slot: Ruh 5
Tajuk: Husnul Khatimah
Waktu: 9.00 malam
Penyampai & Fasilitator: Encik Zubir bin Asadi (SIDIM ) bersama JAKIM.

Ustaz Hafiz (JAKIM) dan Encik Zubir (SIDIM)

Antara inti pati Ruh 5 termasuklah: 
  • Latihan otak kiri dan otak kanan.
  • Kaedah pengurusan jenazah.
  • Sesi soal jawab pengurusan jenazah berisiko antara para peserta dengan urusetia SIDIM, dan JAKIM.
  • Peringatan mati melalui video dan imej-imej berkaitan kematian.

  
19 Oktober 2014 (Ahad)


Slot: Ruh 6
Tajuk: Peer Support
Waktu: 9.00 pagi
Penyampai: Encik Abdul Shukor bin Mohd Yunus, Setiausaha Kehormat PPWM

Setiausaha Kehormat PPWM – Encik Abd Shukor

Antara inti pati Ruh 6 termasuklah: 
  • Definisi peer support.
  • Mereka yang boleh menjadi peer support.
  • Kumpulan sasaran peer support.
  • Keperluan peer support.
  • Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh peer support.
  • Sesi latihan dalam kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh urusetia PPWM.

Slot: Majlis Penutup
Waktu: 11.00 pagi

Pengacara Majlis Penutup ialah Encik Mohamad Hisham bin Jamaludin, Exco PPWM.

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil peserta yang juga turut merupakan peserta terbaik keseluruhan program ini. Beliau menyatakan rasa syukur dapat berkongsi sokongan dengan rakan-rakan dan berharap usaha murni membantu komuniti dan mendidik masyarakat secara kolektif dapat diteruskan.

Ucapan penghargaan dan terima kasih Presiden PPWM kepada semua peserta dan pihak JAKIM dengan harapan supaya para peserta dapat memainkan peranan masing-masing dalam membantu komuniti dan meningkatkan kesedaran dalam masyarakat “Getting To Zero”.

Ucapan penutup telah disampaikan oleh Penasihat program iaitu Tuan Haji Zakuan bin Sawai, Pengarah Bahagian KSK JAKIM. Selain memberi penjelasan tentang skop bidang kerja Bahagian KSK JAKIM yang sangat besar, beliau menasihati para perta untuk meneruskan kehidupan dengan positif. Beliau juga melontarkan beberapa cabaran supaya komuniti sendiri belajar berdikari dan memainkan peranan membantu usaha sesama sendiri.

Pengarah KSK JAKIM – Ustaz Zakuan

Seterusnya upacara penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian KSK JAKIM iaitu Tuan Haji Zakuan. Upacara penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para peserta telah dijalankan oleh Ketua Penyelaras program iaitu Ustaz Bukhari bin Md Akhir yang juga merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan KSK JAKIM. Sesi bergambar para peserta bersama-sama dengan Jawatankuasa program turut dijalankan selepas itu.

Penyampaian sijil, hadiah, dan cenderahati kepada para peserta oleh Pengarah KSK JAKIM dan Ketua Penolong Pengarah Kanan KSK JAKIM

Majlis tamat pada jam 1.00 petang. Para peserta seterusnya menikmati makan tengah hari di dewan makan dan check-out dari dorm selepas itu.

Sebahagian Majlis Tertinggi dan Exco PPWM

Selain aturcara program yang dimaklumkan, PPWM mengambil inisiatif mengadakan solat fardhu secara berjamaah, tazkirah, dan tadarus ringkas serta kuliah subuh dengan penglibatan yang para peserta yang sungguh memuaskan. 

Aktiviti kerohanian


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com