Wednesday, October 15, 2014

FAKTA KESAN STIGMA KEPADA KEMPEN SIFAR JANGKITAN HIV


Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.





Dalam pembentangan "What need to be done: Game changer, past, and future" oleh Dr. Sha'ri Ngadiman di National AIDS Conference yang berlangsung di M.S. Garden Hotel, Kuantan pada 11 – 12 Oktober 2014, jelas menunjukkan stigma masyarakat telah mematahkan segala kempen yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kajian menunjukkan hanya 60% PLHIV yang telah didiagnos positif HIV mendapatkan atau meneruskan rawatan. 40% lagi tidak mendapatkan rawatan.




Sepanjang tahun 2000 – 2013 juga, peratusan individu yang datang mendapatkan HIV rapid test di klinik-klinik kesihatan atau hospital-hospital kerajaan meningkat. Namun daripada ujian saringan tersebut, mereka yang dikesan positif menurun.

Ini adalah berlawanan dengan kadar jangkitan yang semakin meningkat di kalangan pengamal aktiviti berisiko dan juga wanita yang mempunyai pasangan yang positif HIV.

Dr. Sha'ri Ngadiman sambil berseloroh mengatakan adakah mereka yang "baik" sahaja yang lebih ramai menjalankan ujian saringan?

Jawapan di sini hanya satu.

"STIGMA"


Wakil PPWM (kiri) bergambar bersama para peserta National AIDS Conference
dan Dr. Sha’ri Ngadiman


Tidak mudah bagi individu yang terlibat dengan aktiviti berisiko untuk tampil ke hospital-hospital kerajaan atau klinik-klinik kesihatan (KK) yang mana sesetengah kakitangannya menunjukkan sikap sangat tidak mengalu-alukan golongan yang dikatakan berdosa ini.

Sedangkan hadir untuk menjalani saringan HIV secara sukarela pun sangat susah di sesetengah klinik dan ada yang meminta bayaran, inikan pula menjalani rawatan di klinik tersebut.

Di kebanyakan pusat rawatan, PLHIV yang memerlukan rawatan ini terpaksa berdepan dengan sikap negatif akibat stigma dan judgemental di kalangan kakitangan.

Antara aduan yang sering PPWM terima di klinik penyakit berjangkit (Infectious Diseases @ ID) yang tidak mesra pelanggan ini termasuklah dalam soal kerahsiaan, malpractice, dan juga atas pelbagai sebab yang lain.




Bayangkan anda berada di kedudukan mereka sebagai patients yang didiagnos dengan penyakit-penyakit kronik tertentu, tetapi disindir dan ditakuti oleh pihak yang merawat anda setiap kali menjalani rawatan.

Bagaimana andainya golongan 40% itu tidak mendapat maklumat untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan jangkitan dengan baik dan terus menjadi pengamal aktiviti risiko tanpa mengambil langkah pencegahan jangkitan?

Sedangkan selalunya segala maklumat tersebut adalah sebahagian daripada rawatan (kaunseling).


HIV is not a deadly disease but STIGMA is.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Disediakan oleh: MGDA



Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com