Kali ini adalah tempoh paling lama aku tidak menulis di
blog. Bukan aku sengajakan, tetapi kesibukan memang tiada surutnya.
Walau bagaimanapun, komen-komen dan pertanyaan pembaca
sentiasa aku pantau. Jika ianya memerlukan tindakan segera, insyaAllah
aku akan cuba bantu.
Jika aku rasa soalan-soalan tersebut telah berkali-kali
ditanya, tidak beradab, lebih kepada ketakutan tidak bertempat, sedangkan jawapan yang
dikehendaki terpampang di hadapan mata, aku terpaksa abaikan kerana ramai lagi
yang lebih memerlukan bantuan. Sebenarnya ada kebaikannya kepada yang bertanya
supaya lebih rajin mencari maklumat.
Seperti yang aku pernah jelaskan dahulu bahawa, hampir kesemua
info asas tentang HIV, cara jangkitan, rawatan, kaunseling, dan sebagainya
telah aku kongsikan di sini. Terpulang kepada pembaca untuk berusaha
mencarinya. Bahkan alamat e-mel dan nombor telefon turut aku sediakan dan
memang sedia ada di wall blog. Tak
jumpa? 017- 980-5682.
Aku juga punya tanggungjawab terhadap Allah, karier, keluarga,
dan urusan komuniti setempat serta kaunseling online tanpa henti sepanjang hari. Bayangkan jika pembaca berada di
tempatku. Setiap masa sangat berharga.
Kepada pembaca blog, jika ingin memerlukan maklumat yang
sentiasa dikemaskini, lebih baik hubungi aku melalui Facebook Ahp Pie dan fanpageFacebook PPWM kerana kebanyakan masa aku
sentiasa online dan boleh dihubungi melalui Facebook
atau WhatsApp. Jika terlalu sibuk,
insyaAllah aku tetap akan jawab pada masa yang sesuai.
Menjadi kenalan Facebookku
bermakna bukanlah bermakna individu tersebut adalah People Living With HIV (PLHIV) sepertiku. Tiada apa yang hendak
dirisaukan. Bahkan ramai ahli keluarga, doktor, pekerja sosial, supporters, volunteers, dan pelbagai golongan profesional adalah rakan Facebookku. InsyaAllah aku tahu menjaga
hak-hak P & C individu.
Berhubung melalui Facebook
dan WhatsApp lebih mudah berbanding berhubung
melalui blog. Jika perlu bercakap, silalah telefon, tetapi mintalah izin (WhatsApp) terlebih dahulu kerana ada
ketikanya aku terima panggilan telefon tidak kira masa dan tempat.
Seboleh-bolehnya aku memang tidak akan menghubungi (menelefon)
semula yang bertanya atau berbalas-balas SMS panjang lebar kerana aku membantu
secara sukarela. Aku bukan full time
supporter seperti beberapa NGO lain. Aku tidak mampu menanggung kos SMS
atau panggilan telefon yang terlampau tinggi.
Dalam sesetengah kes dan aku rasa mereka memang perlu
dibantu, tidaklah menjadi masalah untuk aku membalas SMS atau menelefon. Ada
banyak sebab dan pertimbangan berbeza pendekatan dalam sesuatu perkara.
Walau bagaimanapun, mulai sekarang, aku juga akan
kongsikan maklumat-maklumat yang telah aku kongsikan di Facebook di blog secara beransur-ansur. Infonya lebih pendek dan
ringkas tetapi insyaAllah lebih mudah difahami. Jadi, pembaca mendapat beberapa
pilihan untuk mencari info.
Tawaran untuk
berkongsi pengalaman mencegah HIV
Di kesempatan ini juga, aku membuka peluang kepada
sesiapa sahaja seperti pihak masjid, surau, persatuan-persatuan belia, sekolah-sekolah
menengah, IPT, NGO, dan jabatan yang berhasrat untuk berkongsi pengalaman bagi
mencegah penularan HIV, salah faham, dan penganiayaan. Perlu difahami bahawa
generasi muda Melayu beragama Islam adalah golongan yang tertinggi dijangkiti
HIV. Cuba fikirkan secara mendalam mengapa ianya berlaku? Walau bagaimanapun,
aku membantu tidak kira bangsa.
Kepada yang berminat, boleh menghubungiku melalui nombor
telefon yang telah disertakan (017- 980-5682) dan keutamaanku adalah jemputan
daripada kawasan berdekatan terutama oleh pihak masjid dan surau. Sambil-sambil
berkongsi pengalaman, dapat solat berjamaah. Itu yang penting. Jika jauh, aku
terpaksa memilih hari cuti kerana terikat dengan tanggungjawab terhadap karier.
Soal bayaran dan sebagainya tidak timbul kerana aku
melakukannya secara sukarela. Tetapi kos sekadar perlu seperti untuk kos petrol
kenderaan atau tol terpulanglah atas pertimbangan pihak penganjur kerana aku tidak
mampu mengeluarkan kos peribadi untuk tujuan tersebut. Aku sekadar mahu
membantu, bukan mencari keuntungan peribadi.
Setiap slot sebaik-baiknya dalam anggaran 2 jam termasuk
sesi soal jawab, tetapi jika kesuntukan masa, sejam ke sejam setengah boleh dipertimbangkan.
Persediaan LCD untuk PPT sangat digalakkan.
Kepada pembaca yang menghubungiku untuk bertanyakan
soalan atau kaunseling, sila patuhi adab-adab berikut. Jika tidak, ada
kemungkinan aku tidak akan melayannya:
1. Perkenalkan
diri (tidak kiralah nama betul, penuh, ringkas, atau bohong pun, bukan aku
untung atau rugi apa-apa) dan tempat tinggal. Ini bertujuan untuk memudahkan
aku berkomunikasi dan mencadangkan sokongan komuniti berdekatan jika perlu.
2. Pertimbangkanlah
waktu yang sesuai seperti mengambil kira waktu solat, waktu rehat, tidur, dan
sebagainya. Jika pertanyaan tidak dijawab serta-merta atau panggilan tidak
diterima, bersabarlah sementara waktu. Aku cuma insan biasa yang punya
kehidupan sendiri sama seperti orang lain.
3. BERTERUS-TERANG
dan JUJUR dengan persoalan yang bakal ditanya. Jika tidak jujur, jawapan yang
diberikan mungkin tidak tepat.
4. Berbudi
bahasa dan berfikiran positif.
Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info Berkaitan:
Facebook Fanpage PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive
Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi
ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila
hubungi admins yang berikut: