Tuesday, October 28, 2014

HIV: SOKONG ATAU HUKUM?



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Sharing ini berdasarkan kisah benar.


A adalah seorang remaja yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah. Anak sulung kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak lelaki.

Berbanding adiknya, fizikal A agak lemah. Pencapaiannya dalam pelajaran tercicir. Wajahnya sentiasa layu, lesu, mengantuk, dan keletihan.

Di rumah, A lebih banyak berbaring, sekadar menjadi pemerhati, dan kurang membantu ibunya yang sentiasa kesibukan mencari rezeki sebagai peniaga pasar malam.

Sudahlah tumpuan pada pelajarannya lemah, A sering gagal menyiapkan kerja-kerja sekolah, sentiasa didenda dan dicerca segelintir guru, serta dibuli rakan-rakan sekelas.

A menjadi cemuhan dan rungutan ramai sama ada ibu, adiknya, saudara-mara, jiran, sanak saudara, guru, serta rakan-rakan sekolah. Di mana-mana sahaja, bagaikan tiada tempat yang selamat bagi A.




Perangai A semakin negatif apabila mula melawan cakap ibunya dan memberontak. Larangan ibunya sengaja dibantah. Apabila dimarahi, A sengaja mencari pertelingkahan dengan orang-orang di sekelilingnya pula. Bertambah parahlah masalah sedia ada.

Kawan-kawannya jarang yang sudi berkawan dan A sering dianggap sebagai kera sumbang serta punca masalah.

Pada suatu hari, A dimasukkan ke hospital kerana disyaki dijangkiti Leptospirosis (kencing tikus). Selepas dibenarkan keluar, A dikehendaki menjalani ujian darah susulan kerana disyaki mengalami masalah penyakit thalassemia.

A disahkan menghidap thalassemia dan rupa-rupanya itulah punca sebenar segala persoalan selama ini. Sedangkan sudah ramai kaunselor, bomoh, dan pak imam yang ibunya jumpa. Sudah banyak air penawar yang diminum untuk "memulihkan" semangat A.

Sejak itu, setiap minggu A perlu hadir menjalani rutin rawatan yang memenatkan di hospital, seumur hidup.




Thalassemia dan rawatan:

Kesimpulannya, tidak perlulah kita cepat berandaian dan menghukum jika berdasarkan fizikal dan akal semata-mata. Akal dan mata sering mengelirukan.

Penganiayaan dan keperluan bantuan awal sering terabai apabila kita mengamalkan stigma, judgemental, dan diskriminasi sesama insan.

Sekalipun ujiannya mungkin sama, tetapi setiap individu mempunyai keperluan dan pendekatan yang berbeza.

Begitu juga dengan isu HIV dan kemampuan PLHIV. Tidak adil jika disamakan kemampuan mereka 100% sama dengan non-PLHIV yang tidak berdepan dengan stigma dan treatment fatigue secara berterusan.

Bahkan, akibat sikap negatif ini, tanpa sedar kita telah menambahkan penularan jangkitan dan ada PLHIV yang enggan menjalani rawatan.




Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com