Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
Soalan dan jawapan ini disediakan oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri di portal rasmi MyHEALTH. Semakan
terakhir pada 27 Mac 2013 (masih dalam tempoh 5 tahun terkini).
Soalan 15
Bolehkah virus HIV merebak melalui
perkongsian peralatan / perkakasan kebersihan diri seperti pisau cukur dan
berus gigi?
Jawapan 15
Boleh. Virus HIV boleh merebak melalui
perkongsian peralatan perkakasan kebersihan diri seperti berus gigi dan
pencukur.
Sumber:
Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM)
tidak nampak risiko jangkitan HIV melalui cara tersebut, bahkan kenyataan ini
mungkin menyebabkan bertambahnya stigma kerana masyarakat awam menjadi takut
berkongsi apa juga peralatan dengan PLHIV.
Walaupun TIDAK BERSETUJU HIV mampu berjangkit
melalui cara tersebut, siapalah PPWM untuk membantah KKM? Kami sekadar sebuah NGO dan bukan pula medical practitioner.
PPWM bersetuju bahawa jangkitan hepatitis
jauh lebih mudah berjangkit melalui cara berkongsi peralatan kebersihan diri
seperti berus gigi dan pencukur.
Rasional PPWM ialah:
1. Siapa yang akan berkongsi berus gigi yang
masih berdarah dengan individu yang lain sekalipun sesama non-PLHIV?
2. Jika telah dibasuh dan dibilas, bagaimana kemungkinannya?
3. Jika masih sanggup berkongsi berus gigi berdarah sekalipun (mustahil rasanya sanggup berkongsi), adakah HIV masih mampu berjangkit apabila bertemu enzim di dalam mulut seseorang yang mampu melemahkan virus tersebut?
4. Jika tiada ulser di mulut, bagaimana cara HIV boleh masuk terus ke dalam saluran darah individu yang lain? (Darah tersebut terus ke usus, bukan ke saluran darah)
2. Jika telah dibasuh dan dibilas, bagaimana kemungkinannya?
3. Jika masih sanggup berkongsi berus gigi berdarah sekalipun (mustahil rasanya sanggup berkongsi), adakah HIV masih mampu berjangkit apabila bertemu enzim di dalam mulut seseorang yang mampu melemahkan virus tersebut?
4. Jika tiada ulser di mulut, bagaimana cara HIV boleh masuk terus ke dalam saluran darah individu yang lain? (Darah tersebut terus ke usus, bukan ke saluran darah)
5. Melalui alat pencukur pun begitu juga kerana darah yang sedikit (jika berlaku pendarahan), kering, dan terdedah di udara tidak mampu menjangkiti individu lain sekalipun terdapat micro abrasion (luka-luka kecil yang tidak kelihatan) di permukaan kulit. Tidak ada individu yang sanggup berkongsi peralatan bercukur yang masih berlumuran darah segar yang banyak. Teori dan kemungkinan jangkitannya ada, tetapi tidak dibuktikan sebagai salah satu cara jangkitan umum.
Jika bercukur di barber shop, memang terdapat peraturan bahawa pihak pengusaha
mestilah menukar mata pisau cukur (pakai buang) yang (berbeza) bagi setiap
pelanggan. Ini memang standard of
procedure (S.O.P.) langkah berhati-hati mengelakkan apa juga jangkitan yang
mudah tersebar melalui darah (tukar mata pisau) dan udara (guna mask).
Sumber-sumber:
Terpulang kepada pembaca untuk menilainya.
PPWM tidak bermaksud mencetuskan kontroversi dengan sesiapa terutama dengan KKM
yang memang sentiasa membantu PLHIV.
Mohon maaf jika ada pihak yang tersinggung.
Kemungkinan PPWM salah dan sila beri penjelasan tentang kesilapan kami yang
berpendapat tiada jangkitan HIV melalui cara yang telah KKM nyatakan.
Peranan kami sebagai sebuah NGO adalah komited menentang
PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, MALPRACTICE, dan SALAH
PENDEKATAN MENDIDIK MASYARAKAT mengelakkan HIV secara terbuka.
Nota:
PPWM tidak pernah menggalakkan sesiapa pun
berkongsi peralatan kebersihan diri walaupun bukan dalam isu HIV.
Semoga nota ringkas ini dapat difahami
pembaca.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com