Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) memang hargai segala dan jasa dan pengorbanan para
perawat (doktor dan jururawat) membantu masyarakat termasuk kepada people living with HIV (PLHIV). Tetapi terdapat segelintir yang bersikap
negatif dan sikap begini memang memualkan. PPWM tidak menuntut layanan VVIP pun terhadap PLHIV. Cukup
layanan yang sama seperti para pesakit atau clients
yang lain.
Sharing kali ini adalah kisah benar yang telah berlaku 4 - 5 tahun yang lalu tetapi tetap ada relevannya untuk dikongsikan kerana ianya masih berlaku di mana-mana sahaja di seluruh negara sehingga sekarang.
Bayangkan akibatnya jika kejadian tersebut menyebabkan PLHIV berkenaan enggan meneruskan rawatan. Apa kesannya terhadap kempen menuju sifar jangkitan baru dan AIDS yang telah dijalankan?
Bayangkan akibatnya jika kejadian tersebut menyebabkan PLHIV berkenaan enggan meneruskan rawatan. Apa kesannya terhadap kempen menuju sifar jangkitan baru dan AIDS yang telah dijalankan?
Mari kita baca sebahagian daripada pengalaman PLHIV ini:
"Assalamualaikum. Sebelum ini saya ambil darah di General Hospital Melaka. Apabila tengok pada
borang ambil darah saya ada signage "Bio Hazard", staff yang bertugas di kaunter dengan
selamba tanya, "Macam mana awak dapat 'sakit' ini?"
Sedangkan pada masa itu ramai orang. Tempat
duduk penuh, sampai ada yang berdiri. Saya diam sahaja. Staff tu tanya lagi, "Tak dengar ke? Macam mana awak dapat
jangkitan?"
Disebabkan banyak kali berdepan situasi
tersebut, saya request kepada Family Medical Specialist (FMS) supaya memindahkan saya untuk menjalani temujanji rawatan di Klinik Kesihatan (KK)
Umbai. Di sana keadaan tetap sama dan staffnya
lebih laser."
"Antara ayat yang saya ingat ketika nurse mengambil darah saya, "Awak
dari Merlimau, kan? Kenapa datang ambil darah di sini since awak refer di sana? Awak ingat kami ni tak nak hidup lama
ke?"
Terdapat 3 kelemahan ketara yang sepatutnya
dapat dielakkan telah berlaku kepada PLHIV
tersebut dalam isu ini:
1. Signage
dan labelling sepatutnya tidak perlu dilakukan kerana PPWM percaya bahawa Personal Protection Equipment (PPE), rekod, dan standard of procedure (SOP) sedia ada
telah memadai untuk urusan rawatan dan sebagai langkah berhati-hati mengelakkan kemalangan.
Setiap client
mesti dianggap berisiko dan berkemungkinan mempunyai pelbagai kuman atau virus yang
boleh berjangkit melalui darah (universal
precaution). Kerana itu, PPE
perlu dilakukan apabila melibatkan prosedur berkaitan darah.
Akibat signage
ini, berlakulah diskriminasi dan stigma.
2. Apakah hak dan keperluan staff (nurse) bertanyakan punca
jangkitan kepada clients dalam
keadaan tersebut dan untuk apa? Adakah rekod perubatan PLHIV tersebut tidak lengkap dan jika tidak lengkap, begitukah caranya mendapatkan maklumat? Bukankah segala
maklumat sepatutnya SULIT?
3. Sepatutnya, isu-isu remeh dan mulut-mulut
"mak nenek" begini telah lama dapat diatasi dan sikap mereka hanya memalukan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM). Aneh apabila perkara tersebut masih berlaku kerana PPWM
sentiasa menerima aduan tentang sikap
tidak profesional tersebut. Memang segelintir, tetapi umpama petir!
Nasihat PPWM, PLHIV yang berdepan isu-isu tersebut mestilah berani mempertahankan
hak dan maruah sendiri. Buat laporan rasmi atau melalui NGO. Merungut tidak akan menyelesaikan masalah.
Kepada para doktor dan jururawat yang
merawat, bidang kerjaya tuan-tuan dan puan-puan sangat mulia dan banyak jasanya
kepada masyarakat. Sangat sibuk dan memenatkan. Sayang jika kepercayaan yang
tinggi oleh masyarakat ini dicemari oleh segelintir yang bersikap negatif.
Tidak perlu melenting dengan teguran.
Sekalipun PPWM hanya NGO dan bukan medical practitioner, tolong fikirkan
rasional teguran tersebut.
Jika ada yang mengatakan kami tidak faham maklumat dan sekadar mencari
maklumat di Internet, tolong faham bahawa ada di kalangan ahli PPWM juga adalah medical practitioners dan pakar.
Jika bukan medical practitioners pula, ramai ahli PPWM yang sudah berpuluh
tahun berpengalaman hidup sebagai PLHIV. Mungkin sebaya
dengan abang, ayah, atau ibu anda sendiri.
Apa juga bidang kerjaya yang melibatkan hak
dan kepentingan awam memang sentiasa dikritik. Sama seperti bidang pendidikan, polis, kemudahan awam dan sebagainya.
Guru, polis, doktor, dan staff KKM yang berdedikasi tidak perlu sensitif kerana mereka tidak
bersikap demikian. Teguran hanya secara umum, bertujuan untuk penambahbaikan perkhidmatan, bukan
kondem!
Kita bercakap tentang nilai kemanusia dan hak-hak sesama insan yang perlu dilaksanakan, Mudahkan perkara yang mudah. Betulkan perkara yang betul. Bukan tugas kita untuk menghukum. Anjing pun sepatutnya dirawat dengan baik, inikan pula manusia.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Getting To Zero. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com