Monday, November 24, 2014

CAMPAKKAN SAHAJA "PESAKIT" HIV TU KE SUNGAI PAHANG




Tajuk berita, kalau Harian Metro, faham-faham sudahlah. Tetapi aku tidak ambil pusing sangat kerana yang aku fokus pada apa yang mahu disampaikan. 


Ketika berita ini keluar di Harian Metro dahulu, antara komen yang paling aku ingat ialah daripada seorang perempuan yang kelihatan sangat solehah dalam sebuah FB group yang berbunyi lebih kurang begini:

"Dahlah bini dua, menggatal lagi tu. Padan muka ada HIV. Mampus lagi bagus. Campak sahaja ke Sungai Pahang."

Sedangkan yang komen tersebut langsung tidak mengenaliku, tidak tahu hujung pangkal bagaimana aku hidup sebagai people living with HIV (PLHIV), dan tidak tahu bahawa kami sekeluarga sangat bahagia hidup bersama sejak dahulu hingga sekarang.

Aku sekadar "like" sahaja komennya dengan harapan dia sedar aku membaca komennya itu dan memaafkan sahaja segala komen menghina.




Tidakkah mereka terfikir sikap tersebut mungkin sangat melukakan infected people dan affected people?

Adakah sikap tersebut dapat menyekat penularan jangkitan HIV, dapat membantu PLHIV mendapatkan rawatan awal, dan dapat memulihkan semangat PLHIV untuk meneruskan kehidupan seperti biasa?

Bagi mereka, semua PLHIV ini semuanya individu yang sengaja mencari "penyakit", pendosa, dan hanya layak dibiarkan mati begitu sahaja.

Mereka tidak pernah sedar bahawa setiap hari terdapat ramai PLHIV yang hidup di sekeliling mereka dan berjasa kepada mereka termasuk dalam apa juga bidang profesional.

Begitulah resam dunia. Stigma, diskriminasi, dan judgemental adalah pembunuh sebenar PLHIV.





Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com