Tuesday, November 25, 2014

JUMUD: VIRUS YANG LEBIH BAHAYA BERBANDING HIV





Aduan benar seorang wanita yang bakal berkahwin dengan people living with HIV (PLHIV).

"Assalamualaikum Abang Pie. Sihat hendaknya. Saja saya nak berkongsi cerita.

“Sabtu dan Ahad lepas, saya dan bakal suami berkursus kahwin di Lembah Klang. Alhamdulillah, sesi daripada ustaz-ustaz dan pegawai perubatan yang terlibat sangat menarik dan tidak mengantuk.

“Tetapi malangnya, apabila berkaitan persoalan HIV, semua peserta seolah-olah dimomokkan dan segalanya negatif tentang HIV.

“Ya, memang HIV berjangkit dan berbahaya kalau tidak dirawat dengan betul. Tetapi, mengapakah tidak diceritakan juga bahawa ada cara dan jalan penyelesaian tentang isu ini?

“Seolah-olah ada HIV dunia akan terus kiamat. Bahkan ada juga diceritakan seolah-olah menguruskan jenazah HIV itu sangat hina. Sedangkan setahu saya pengurusan jenazah berisiko terkini termasuk jenazah PLHIV sangat biasa.

“Saya tak pasti adakah ada pasangan lain yang sama kes dengan saya pada waktu itu.

“Inilah hakikat stigma dan judgemental masyarakat di luar sana, walaupun mereka dalam kalangan pengamal perubatan.

“Sedihnya hati saya. Akibatnya, tunang saya sangat down semalam. Nasib baik saja dia tidak tumbuk ustaz tu..."




Ustaz dan ustazah, jemputlah update, timba sedikit ilmu dalam bidang sains dan rawatan berkaitan ya. Penting kerana kita barisan depan membantu masyarakat. Bimbang timbul tuduhan dan fitnah nanti. Sains perubatan sudah berbeza.

Staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terlibat dalam kursus-kursus begini, selain menunjukkan masalah, lebih tepat cadangkan juga penyelesaian masalah secara ringkas. Jangan kita anggap semua peserta kursus adalah sama.

Jika kita bijak menggunakan kesempatan tersebut, di situlah peluang mendidik masyarakat mengelakkan HIV. Ramai (terutama suami) yang masih mengamalkan aktiviti berisiko dan didiagnos sebagai PLHIV selepas berkahwin. Akibatnya isteri dan anak-anak mungkin turut menjadi mangsa. Pandang jauh ke depan. 

Ilmu bersifat dinamik. Sesetengah ilmu yang dipelajari 5 tahun yang lalu mungkin telah tidak relevan. Al-Qur'an sahaja yang relevan sepanjang masa.

Apabila ada pihak yang menegur, bukan bermaksud mereka condemn dan tidak menghargai jasa kita. Jangan dianggap yang menegur semata-mata sengaja mencari pasal.





Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com