Monday, November 10, 2014

HIV DAN STI





HIV dan sexually transmitted infections (STI) / penyakit-penyakit kelamin sukar dipisahkan bagi yang dijangkiti HIV melalui hubungan seks berisiko.

Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) mengambil pendekatan menyantuni dan mencadangkan pengamal atau bekas pengamal aktiviti berisiko yang telah dijangkiti supaya mendapatkan rawatan seberapa segera sebelum penyakit tersebut tersebar kepada golongan yang tidak berdosa terutama isteri dan bakal zuriat.

Soal bagaimana mereka mahu menghentikan aktiviti berisiko tersebut, kami cuba kaunseling secara berhikmah.

Kami bukanlah penguatkuasa undang-undang. Kami memberi ruang dan peluang untuk mereka berubah secara sukarela tanpa stigma, diskriminasi, dan judgemental.

Antara penyakit-penyakit kelamin yang paling kerap menjangkiti pengamal aktiviti berisiko ini ialah Syphilis.

Syphilis merupakan penyakit berjangkit yang merbahaya. Penyebabnya ialah kuman yang dikenali sebagai Treponema Palledum.

Cara jangkitan utamanya ialah melalui hubungan seksual.

Perkembangan penyakit Syphilis di dalam tubuh melalui beberapa tahap.

Peringkat awal jangkitan, biasanya tanpa gejala. Mereka yang dijangkiti biasanya merasakan bahawa mereka sudah sihat atau sembuh sedangkan kuman masih terdapat di dalam darah.

Setelah bertahun-tahun, Syphilis dapat memberi kesan kepada saraf. Biasanya terjadi setelah 2-20 bulan dijangkiti.

Selain saraf, kuman juga menyerang pembuluh darah. Biasanya terjadi setelah 7 tahun dijangkiti. Bahkan Syphilis juga menjadi salah satu penyebab stroke setelah 20 tahun dijangkiti tanpa rawatan.



  
Ujian TPHA dan VDRL

Untuk mengetahui sama ada dijangkiti Syphilis atau tidak, golongan berisiko mesti menjalani ujian darah yang dinamakan TPHA (Treponema Palledum Hemaglutination).

Selain TPHA, dilakukan juga ujian VDRL (Venereal Disease Research Laboratory). Ujian VDRL (RPR) merupakan ujian saringan untuk jangkitan Syphilis.

Ia mengesan kepekatan antibodi kuman Syphilis di dalam darah. Lagi besar ratio atau nisbah, lagi banyak antibodi terhadap kuman Syphilis dan dijangkakan makin aktif kuman Syphilis tersebut.

Negative atau Non-Reactive adalah lebih baik di mana:

·        1:63 lebih tinggi/reaktif daripada 1:32
·        1:32 lebih tinggi/reaktif daripada 1:16
·        1:16 lebih tinggi/reaktif daripada 1:8
·        1:8 lebih tinggi/reaktif daripada 1:4
·        1:4 lebih tinggi daripada 1:2
·        1:2 lebih tinggi daripada 1:1

Walau bagaimanapun, ada keadaan di mana penghasilan antibodi oleh masalah-masalah perubatan berikut boleh cross-react dengan ujian VDRL (RPR) dan menghasilkan ujian yang reaktif walaupun sebenarnya seseorang itu tidak dijangkiti oleh kuman Syphilis (false positive).

Keadaan-keadaan tersebut adalah:
·        HIV
·        Lyme disease
·        Jenis-jenis Pneumonia tertentu
·        Malaria
·        Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Untuk menentusahkan sama ada seseorang itu dijangkiti kuman Syphilis selepas ujian VDRL (RPR) didapati reaktif, pihak perawat akan menjalankan ujian TPHA/TPPA.

Jika positif atau reaktif, maka sah bahawa seseorang itu telah dijangkiti oleh kuman
Syphilis. Walau bagaimanapun, untuk menentukan sama ada jangkitan kuman Syphilis itu baru atau telah lama, tidak boleh kerana ujian TPHA/TPPA ini akan kekal positif atau reaktif sepanjang hayat, sama seperti ujian untuk HIV Ab.

Selain daripada digunakan sebagai ujian saringan, jika seseorang itu telah ditentusahkan dijangkiti kuman Syphilis melalui ujian TPHA/TPPA, ujian VDRL (RPR) akan digunakan untuk memantau keberkesanan rawatan untuk jangkitan Syphilis.

Sebaik-baiknya setelah menerima rawatan, ujian ulangan VDRL (RPR) akan menunjukkan pengurangan sehingga non-reactive atau negatif (sama seperti ujian VL).

Jika non-reactive atau negatif, seseorang itu dikatakan telah sembuh sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, untuk ujian menjadi non-reactive atau negatif mengambil masa yang lama.

Oleh sebab itu, ujian tersebut hanya akan diulangi selepas 1 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan, 18 bulan, dan 24 bulan selepas tamat rawatan.

Oleh sebab jangka masa waktu yang agak lama, maka jika ratio VDRL (RPR) berkurangan sebanyak 4 kali ganda dalam masa 3-6 bulan, maka dianggap bahawa rawatan tersebut telah berkesan.

Perkara ini benar hanya untuk Primary, Secondary, dan Early Latent Syphilis sahaja iaitu Syphilis yang dijangkiti serta dapat dikesan sebelum 2 tahun selepas dijangkiti.

Untuk jangkitan Syphilis yang telah melebihi 2 tahun (late Syphilis), ratio atau titer VDRL (RPR) tidak boleh turun sehingga non-reactive atau negatif.

Jika mereka telah menerima rawatan yang sempurna, penurunan VDRL sehingga <1:4 dan/atau penurunan RPR sehingga <1:8, dianggap sebagai telah berkesan dan sempurna.

Tahap ratio atau titer akan kekal, berkemungkinan untuk sepanjang hayat.

Untuk interpretasi (menjelaskan) titer (untuk mengukur kepekatan) VDRL (RPR), maklumat-maklumat berikut diperlukan:

1. Titer VDRL (RPR) sebelum terima rawatan 4 tahun yang lalu serta titer VDRL (RPR) selepas terima rawatan.

2. Jenis antibiotik yang diberikan, dosnya, serta berapa kali telah diberikan.




Mencegah lebih baik daripada merawat. Jauhi zina.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al-Isra': 32)



Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com