Soalan:
Untuk mendapatkan zuriat, adakah perlindungan
(kondom) boleh diabaikan sejak awal memulakan hubungan intim pada "waktu
subur isteri" ataupun hanya boleh ditanggalkan ketika mahu mencapai
klimaks?
Jawapan:
"Waktu subur" isteri tidak boleh
dikira atau diramal (predicted)
berdasarkan bilangan hari semata-mata. Ianya agak subjektif.
Sebaik-baiknya bagi setiap pasangan yang
berkahwin dengan people living with HIV (PLHIV)
dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka hendaklah mengadakan hubungan
intim dan melepaskan sperma ke dalam faraj setiap 3 hari sekali selepas tamat
haid (menses).
Rasionalnya ialah sperma lelaki mampu
bertahan selama 72 jam di dalam faraj dan uterus.
Nota:
Orang Melayu mengenali uterus sebagai
"rahim". HIV hanya terdapat di dalam air mani, tetapi tidak ada dalam
sperma.
Ovari (kilang telur) menghasilkan satu ovum
(telur) sahaja setiap satu bulan dan ianya hanya mampu bertahan selama 24 jam (window period waktu subur).
Sebab itu, jika merancang untuk mendapatkan
zuriat, sebaik-baiknya hubungan intim perlu dilakukan setiap 3 hari sekali
selepas tamat haid.
Pada waktu tersebut, persoalan sama ada
kondom masih perlu dipakai atau bilakah masa paling tepat untuk menanggalkan
kondom sebenarnya tidak timbul.
Ianya atas pilihan masing-masing. Pada masa
yang lain, gunakanlah kondom seperti biasa.
Hakikatnya, setiap kali mengadakan hubungan
intim (penetration), risiko tetap ada
walau sekecil mana pun.
Luka kecil yang tidak dapat dilihat atau
tidak dapat diketahui (micro abrasion)
ketika melakukan hubungan intim sentiasa ada dan kita tidak mengetahuinya
kerana ianya berlaku di dalam faraj isteri.
Apa yang PENTING ialah PLHIV mesti mendapatkan rawatan HAART
terlebih dahulu dan pastikan bacaan viral
load (VL) adalah rendah.
"Rendah" yang dicadangkan ialah
1000 ke bawah kerana pada tahap ini, virus tidak mampu menjangkiti pasangan.
Semakin rendah virus, semakin rendah risiko jangkitan. Sebaik-baiknya not detected.
Fakta bukan cerita atau auta!
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com