Sunday, November 16, 2014

HIV: MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT






Peristiwa yang aku share ini telah berlangsung pada 4 November 2014 (Selasa) yang lalu. 

Pada tarikh tersebut, aku telah dijemput mewakili Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) sebagai penceramah dalam PROGRAM REMAJA SIHAT “Jatuh Cinta Di Usia Remaja, Salahkah Saya?” di Dewan Masjid Bandar Kluang, Johor anjuran Pejabat Kesihatan Kluang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kluang.

Objektif:

1.      Untuk memberi pengetahuan dan kesedaran berkaitan kesihatan reproduktif dan gaya hidup sihat bagi mencegah gejala sosial yang sering dikaitkan dengan golongan remaja.

2.      Memperkasakan remaja menjadi remaja yang berguna kepada rakan sebaya, keluarga, komuniti dan negara.

Tentatif program:

  
7.30 pagi
Pendaftaran
Sarapan Pagi

8.30 pagi
Pengenalan HIV/AIDS/STD & Perkongsian Pengalaman
Oleh: Encik Mohamad Bin Wahid
Pengerusi Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM)

10.00 pagi
Menjauhi Zina (Sudahkah Anda Penuhi Syarat Bercinta?)
Oleh: Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

11.30 pagi
Kesihatan Seksual & Reproduktif (Cinta Sejati)
Oleh: Dr. Azimah binti Ahmad
LPPKN Negeri Johor

1.00 petang
Makan Tengah Hari
Solat Zohor

2.00 petang
Latihan Dalam Kumpulan (10 kumpulan)
Oleh: Fasilitator

3.30 petang
Motivasi
Oleh: Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

5.00 petang
Bersurai



Pesertanya seramai lebih kurang 150 orang pelajar sekolah-sekolah menengah daerah Kluang beserta guru kaunselor masing-masing. Selain itu, staf Pejabat Kesihatan Kluang sendiri turut hadir membantu kempen pencegahan jangkitan HIV dan STI (sexually transmitted infections). Poster, banner, dan kaunter khas turut disediakan.


Antara peserta yang hadir


Sesi Latihan Dalam Kumpulan


Para pelajar yang hadir sebenarnya sangat bertuah kerana mereka berpeluang mendapat info daripada staf Pejabat Kesihatan Kluang, yang berpengalaman dalam bidang HIV dan STI serta mendengar sendiri pengalaman hidupku sebagai people living with HIV (PLHIV). Mereka dianggap sebagai wakil sekolah untuk menyebarkan info yang tepat tentang HIV dan STI rakan sebaya.

Melalui pemerhatian sepanjang perjalanan majlis, ternyata kakitangan Pejabat Kesihatan Kluang membuat persediaan yang sangat baik. Para pelajar pula menunjukkan minat dan disiplin yang tinggi serta aktif berinteraksi dalam sesi soal jawab. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pihak.


Sesi perkongsian


Sejujurnya, walaupun aku kelihatan “kuat” apabila bersikap terbuka dengan status kesihatan, rasa rendah diri sentiasa ada kerana bukan semua orang faham HIV dan emosiku sebagai PLHIV, sekalipun mereka medical practitionersAku hanya betul-betul selesa apabila bergaul dengan individu yang tidak mengetahui statusku kerana pasti tidak berlaku stigma, diskriminasi, dan judgmental berkaitan HIV. 

Alhamdulillah, sepanjang berada di Kluang, keadaannya berbeza. Aku mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Pejabat Kesihatan Kluang dan para peserta. Malah aku sempat mengusik dan bersenda gurau bersama mereka. Aku sangat hargai kerjasama dan penerimaan mereka.


Salah seorang peserta berkongsi pendapat denganku

 
Salah seorang peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz


Aku berharap program-program sebegini sentiasa berterusan kerana hakikatnya pendedahan awal tentang maklumat yang tepat tentang HIV dan STI adalah lebih baik. Mencegah lebih baik daripada merawat.


Antara kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang


Bersama-sama dengan Puan Nurul Jamaai Mahmud dan suami


Akhir kata, jazakumullah khier kathiro kepada Puan Nurul Jamaai Mahmud dan suami yang banyak berhubung denganku mewakili Pejabat Kesihatan Kluang; Dr. Linayanti binti Rosli, Pegawai Epidemik, Pejabat Kesihatan Kluang; Dr. Noor Liza Ismail, Penyelaras Program; Dr. Mohamad Nizam bin Haji Subahir, Pegawai Kesihatan Daerah; dan semua staf Pejabat Kesihatan Kluang yang telah membantu. Tidak lupa kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kluang terutama semua guru kaunselor dan guru pengiring pelajar.


Antara kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang


Kepada para pelajar yang hadir dan bertemu aku (pakcik) pada hari tersebut, tentu masih ingat bahawa pada hari tersebut kita saling mengucapkan “I Love You.” Ingatlah cinta itu bukannya murah. Pakcik telah bagitahu anak-anak bahawa sebaik-baik cinta adalah mencintai Allah. Sayang Allah, Allah sayang dan jaga kita. Andai tiada bahu untuk disandarkan, sentiasa ada lantai untuk bersujud. Jika tidak kerana sayangkan anak-anak, pakcik tidak datang sejauh itu walau dibayar RM1000 sekalipun.


Bersama-sama beberapa kakitangan Pejabat Kesihatan Kluang dan peserta


Tips kepada bakal kaunselor dan penceramah:
1.      Tahu objektif penganjuran.
2.      Hargai peserta.
3.      Fahami aras pemikiran dan kesesuaian content sesuatu sharing.
4.   Berikan apa yang penganjur dan peserta mahu, bukan apa yang kita mahu.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com