Sila fahamkan penjelasan berikut:
Umum biasanya menganggap AIDS akan berlaku
hanya kepada people living with HIV (PLHIV)
sahaja. Betulkah begitu?
Tidak. AIDS mungkin berlaku kepada
sesiapa sahaja walaupun tanpa HIV!
Apa alasannya?
Fahami maksud AIDS dengan tepat. AIDS adalah Acquired Immunodeficiency Syndrome atau
Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.
Jika PLHIV, ianya mungkin (mungkin sahaja kerana AIDS boleh dielakkan dan dirawat) berlaku apabila sistem pertahanan
badan menjadi lemah akibat diserang oleh virus. PLHIV tidak semestinya akan mendapat AIDS.
Hakikatnya, dalam kehidupan kita terdapat
pelbagai penyakit kronik yang menyerang dan mampu melumpuhkan sistem pertahanan
badan selain HIV.
Malah ada yang boleh menjadi penyebab
kematian dengan pantas jika tidak dirawat dengan segera.
Situasi rendah dan lumpuh sistem pertahanan
tubuh tersebut juga sebenarnya adalah AIDS walaupun AIDS biasanya hanya dirujuk
kepada PLHIV sahaja.
Contoh?
Contoh paling biasa dan kita patut prihatin ialah
diabetes. Ramai rakyat Malaysia adalah pengidap diabetes, menganggap remeh, dan enggan mendapatkan
rawatan awal.
Akibatnya, sistem pertahanan tubuh
pengidapnya lemah, mudah terkena pelbagai jangkitan penyakit termasuk rabun, gangrene, jantung, buah pinggang, dan
pelbagai jangkitan kuman.
Malah diabetes tanpa rawatan sebenarnya lebih
bahaya. Ianya lebih pantas menjadi punca kematian tanpa disedari berbanding HIV. Cuma biasanya
pengidap diabetes tidak berdepan dengan stigma, diskriminasi, dan judgemental seperti PLHIV.
Sudah pasti
mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Tetapi rawatan awal lebih baik
daripada lewat mendapatkan rawatan dan AIDS sekalipun tetap boleh dirawat.
Jadi, jangan bergantung kepada simptom semata-mata
jika anda adalah pengamal aktiviti berisiko atau terdedah kepada risiko.
(Contoh "berisiko" bagi pengidap diabetes ialah obesiti, faktor usia,
genetik, dan pola pemakanan.)
Sila jalani ujian saringan HIV atau ujian
glukos atau lain-lain ujian penyakit yang pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) sering war-warkan dalam kempen. Contohnya Influenza, Polio, Ebola, Leptospirosis, sexually transmitted infection (STI), Thalassemia, kanser, dan sebagainya.
Jelas bahawa AIDS sekadar indicator kepada situasi seseorang
berisiko tinggi mendapat jangkitan penyakit-penyakit lain akibat lemah atau
lumpuh sistem pertahanan tubuh.
SALAH jika AIDS dianggap adalah peringkat
terakhir jangkitan HIV. Seseorang itu dianggap tidak sensitif dan gagal
berfikiran jauh apabila mencatatkan AIDS sebagai punca sesuatu kematian PLHIV. Mereka tidak nampak betapa besar
impaknya terhadap maruah si mati dan affected
people kerana masyarakat kita belum betul-betul faham tentang HIV.
Ingat, AIDS bukanlah merujuk kepada nama
khusus sesuatu penyakit. Jadi, jangan terlalu ghairah mencemuh PLHIV kerana kononnya meninggal disebabkan AIDS sedangkan anda juga mungkin meninggal dunia disebabkan oleh AIDS suatu ketika nanti walaupun tanpa HIV.
Sama-sama kita fikirkan.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan
keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com