Saturday, June 30, 2012

TAZKIRAH KEPADA DIRIKU, SEORANG PLHIV TUA



Assalamualaikum AHP,

Selagi AHP bernama makhluk, kemampuan serba terhad dan terbatas adalah fitrah kita.

Berdepan dengan apa pun ujian di bumi Allah ini, sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan, AHP perlukan sumber kekuatan untuk menghadapinya.

Sebab itu syukur dan sabar sama-sama penting. Tanpa kedua-duanya menyebabkan kita hilang kekuatan dan bahkan boleh merosakkan aqidah.

Kemampuan isteri ada batasnya, kesabaran suami ada tempatnya, pertolongan anak-anak ada tempohnya, dan kesetiaan teman ada jangka masanya.

Tiada siapa mampu selama-lamanya hidup menongkat langit. Hakikatnya kehidupan ini memang serba terbatas.

AHP,

Bukankah itu bermakna hidup ini hanya sementara?  Kehidupan, semakin dikejar, semakin jauh meninggalkan kita. Akhirat pula, semakin lari semakin menghampiri. Setiap detik membawa kita semakin jauh atau semakin menghampiri kedua-duanya.

Jadi, di manakah destinasi kita yang sebenar-benarnya?

Di sanalah kehidupan hakiki dan kekal selama-lamanya. Tubuh yang sasa pasti akan kendur, wajah jelita pasti akan layu, langkah yang tangkas pasti akan longlai, dan harta menimbun pasti akan ditinggalkan.

So, di mana sumber kekuatan kita sebenarnya AHP?

Pada doktor yang hebatkah? Pada sahabat-sahabat yang ambil pedulikah? Pada harta yang menimbunkah? Pada pasangan yang setiakah? Pada rawatan yang sempurnakah? Pada apa?

Ingatlah AHP,

Kadangkala sepanjang hari AHP memberi motivasi, menghadiri apa juga seminar dan kaunseling, tetapi akui sahaja hakikat sebenar kekuatan adalah dengan cara menjaga hubungan dengan Allah. Kekuatan sesama makhluk bersifat luaran dan sementara semata-mata.

Maaf bertanya, adakah AHP solat?

Tiada makna dan pahala AHP melakukan sesuatu yang AHP katakan sebagai amal bakti jika tidak menunaikan kewajipan kepada Allah yang satu ini. Tiada maknanya… hanya komestik dan luaran semata-mata. Tidak kekal di hati!

AHP,

Jangan terpedaya dengan fitnah dunia. Sedarlah satu hakikat, selagi hidup, pasti kita akan sentiasa diuji. Tanpa ujian, kita hilang arah dan tujuan. Apa sangatlah ujian HIV berbanding dengan ujian iman.

Tunaikan solat, kerana sesungguhnya solat dan doa itulah sumber sebenar kekuatan kita.

Jika masih ada kemaksiatan dan perkara-perkara mungkar yang AHP amalkan, hentikanlah. Usahlah terpengaruh dengan ujian nafsu walaupun aku tahu ianya amat berat.

Allah hanya uji seseorang mengikut kemampuan dirinya. Mustahil Allah zalim terhadap makhluknya.

Ingatlah selagi jantung berdenyut, selagi itu nikmat Allah AHP nikmati dan gunakan. Oksigen, cahaya mentari, melihat wajah comel si anak, merasa sentuhan lembut tangan ibu, mendengar kicauan burung dan ketawa sahabat-sahabat adalah antara sekecil-kecil nikmat Allah yang AHP nikmati.

Alangkah malang dan ruginya jika ujian HIV tanda kasih sayang Allah ini, gagal dilihat segala hikmah dan kebijaksanaanNya. HIV punya hikmah yang tersembunyi untuk mendidik AHP. Usahlah angkuh melulu terutama terhadap yang Maha Pencipta.

AHP,

Bangkitlah, istighfar, dan bersihkan diri. Ambillah wudhu’. Pakai pakaian yang bersih dan menutup aurat. Solatlah wahai diri. Berdoalah, bermunajatlah, dan muhasabahlah kembali, di mana dan ke mana arah perjuangan.

Jika AHP betul-betulkan sayangkan sahabat-sahabat AHP, ajak mereka solat dan melakukan kebaikan dengan penuh hikmah. Biarpun mungkin dibenci, biarpun hanya sendiri, itulah bukti kasih sayang sejati AHP kepada mereka.

Jangan sesekali AHP kecewa jika mereka enggan mendengar nasihat kerana tanggungjawab AHP hanyalah menyampaikan. Soal hidayah, Allah yang tentukan.

Di samping itu, baca dan hayatilah al-Quran kerana di situlah terletaknya segala macam penawar termasuk kekusutan akal fikiran. Bersedekahlah, berpuasalah, bantulah anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan kerana itulah antara penawar yang mustajab untuk menyembuhkan kekerasan hati.

Akhir kata wahai AHP,

Aku tahu bukan sedikit air matamu tumpah dalam diam dengan perjuangan ini. Fikirkanlah sedalam-dalamnya. Jika perjuangan ini membawa ke syurga, teruskanlah. Jika hanya selangkah lagi ke pintu neraka, hentikanlah. Jangan sesekali terlibat dan bersetuju dengan kemaksiatan. Na’uzubillahi min zaalik!

Ingatlah tipu daya iblis dan nafsu itu sangat liciknya. Tanpa sedar boleh  memperdaya AHP.

Maafkan aku wahai AHP. AHP adalah aku, aku adalah AHP.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang daripada sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” [Riwayat at-Tirmidzi]






Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:

Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
Along: insansepertiaku@yahoo.com
Survivor: survivorpng@yahoo.com

Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya termasuk FB (secret group), sila hubungi:

pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela) Pengasas
017-366-5570 (Norhayati)

Thursday, June 28, 2012

KELUARGA BESAR AKU HIV POSITIF (AHP)



Antara nikmat Allah yang tidak terhitung sejak aku didiagnos sebagai PLHIV ialah peluang menjalin silaturrahim dengan ramai insan hebat. Kebanyakan hubungan kami sangat erat bagaikan sebuah keluarga besar.

Segalanya disatukan atas nama Allah demi sebuah tuntutan Fardhu Kifayah untuk saling bantu membantu.

Antara senarai panjang jalinan silaturrahim dan mahabbah tersebut, sudah tentu sahabat-sahabat terawal yang sudi bertemu dan berkongsi sokongan.

Walaupun sesetengahnya jarang berhubung disebabkan kesibukan masing-masing tetapi doa dan ingatan di hati tetap kekal selagi hayat dikandung badan.

10 orang sahabat terawal tersebut ialah Luka@Suka Rafieqa, (hihihi…) bro Fareez Fauzi, Survivor, Mizan, Are Yie, Azam, Mael, Sha, Laila Isabella dan Fariza Sfn.

Kami memang telah lama bercadang untuk reunion selepas pertemuan pertama di Majlis Perkahwinan adik lelaki Luka Rafieqa 2011 yang lalu di Cheras.

Malangnya kekangan masa sentiasa menjadi penghalang. Kalau bertemu pun, tidak kesemuanya sekaligus. Jadi sentiasa terasa ada kekurangan dan kadangkala rasa rindu terlalu mendalam.

Syukur Alhamdulillah hasrat untuk bertemu dan bersatu semula dengan sahabat-sahabat lama tersebut dapat direalisasikan secara spontan baru-baru ini.

Semuanya bermula apabila aku nyatakan hasrat untuk berjumpa sahabat-sahabat lama kepada Survivor. Ianya bukan sekadar pertemuan suka-suka tetapi ada sesuatu yang mendesak naluriku.

Atas inisiatif Survivor, kami menjemput sahabat-sahabat lama ini berkumpul di rumahku di Temerloh pada 23 dan 24 Jun 2012 (Sabtu dan Ahad) yang lalu.Alhamdulillah tanpa disangka-sangka kali ini kesemuanya menyatakan persetujuan.

Walaupun begitu aku agak terkilan kerana tidak menjemput Azam yang berada nun jauh di negeri Sabah. Sha dan Mael pula tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain yang lebih penting di saat-saat akhir.

Allah Maha Adil, digantikan kekurangan tersebut dengan kehadiran gadis sopan manis jelita yang rajin di dapur bernama Camelia (hihihi…) dan kehadiran Siti yang tidak disangka-sangka dari Johor Bharu.

Selain itu 2 orang jejaka tampan dari Temerloh turut hadir iaitu Ibnu Sina dan Along.

Aku terharu atas komitmen Siti walaupun ibu muda hebat ini terkejar-kejar dengan pelbagai urusan. Bahkan sebaik sahaja pulang ke Johor Bharu, keesokannya Siti terus travel ke Utara selama 3 hari dan terpaksa meninggalkan anak kecilnya bersama keluarga.

Ada sesuatu yang sangat istimewa tentang Siti. Kisah beliau pernah aku kongsikan di blog walaupun ramai yang mempertikaikannya terutama ketika itu Siti masih keliru dengan beberapa perkara.

Aku yang berdegil untuk menerima Siti tanpa judgemental kerana bagiku sokongan lebih utama daripada segala-galanya.

Alhamdulillah kini Siti mampu membuktikan dirinya dapat berdiri sama hebat (bahkan mungkin lebih hebat) seperti Positive Warriors yang lain walaupun baru berusia 24 tahun.

Selain dikejutkan dengan kehadiran Siti, aku juga berbangga apabila Mizan dapat hadir bersama keluarga.

Sekurang-kurang Mizan adalah ikon dan simbolik sebuah penghijrahan seorang PLHIV. Ada sesuatu yang boleh direnungkan jika semua anggota masyarakat bersikap positif dalam isu berkaitan PLHIV ini. InsyaAllah aku ada jawapan apabila Allah tanya di akhirat kelak.

Seperti yang dirancang, Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Jika selama ini rumah kami memang meriah kerana tidak henti-henti dikunjungi sahabat-sahabat PLHIV atau yang menerima impak akibat HIV, tetapi kali ini kemeriahannya lebih ketara.

Maklumlah masing-masing dah lama kenal dan tahu kekuatan serta kekurangan masing-masing. Setakat usik mengusik langsung tidak berbekas di fikiran. Riuh rendah hingga lewat malam dengan segala macam perkongsian serta gurau senda.

Sahabat-sahabat perempuan dan kaum ibu bermalam di rumah manakala demi keselesaan, sahabat-sahabat lelaki disediakan homestay secara ala kadar. Mereka hanya ke sana untuk bermalam.

Antara perkongsian paling menarik sudah tentulah apabila kami berpeluang menunaikan Solat berjemaah, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat yang diimamkan oleh Ibnu Sina serta sesi Sharing and Caring sambil melahap BBQ yang kendalikan oleh Luka Rafieqa.

Kami juga melakukan beberapa sesi lawatan santai ke kawasan berdekatan sambil menikmati durian seperti ke Temerloh Waterfront, bermain dengan gajah di Kuala Gandah dan memberi rusa makan sambil berkelah di Deerland, Lanchang. Apabila bersama sahabat-sahabat, habis segala diet dan pantang larang makan aku langgar! Akibatnya... tanggung sendiri apabila terpaksa MC selama 2 hari.

Menjelang 10:30 malam Isnin, rumahku terasa sunyi secara tiba-tiba apabila semuanya kembali ke destinasi masing-masing termasuk Survivor yang perlu pulang sementara untuk menghadiri rawatan di Pulau Pinang dan menziarahi keluarga.  

Berpegang kepada prinsip bahawa, menyemai impian biarlah seolah-olah akan hidup beribu tahun lagi dan melakukan amal ibadah dan kebaikan biarlah seolah-olah hari ini hari terakhirku, aku menarik nafas lega dalam kepenatan.

Sekurang-kurangnya hajatku untuk berkongsi kegembiraan bersama insan-insan yang aku anggap sebagai anggota keluarga sendiri telah terlaksana. Mungkin sedikit kenangan manis dapat menjadi teman apabila aku tiada nanti.

Kepada sahabat-sahabat yang sudi dan dapat hadir, jazakumullah khier aku ucapkan. Moga kalian berbahagia dunia akhirat. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan rasa terhutang budiku kepada kalian. 

Maafkan atas segala kekurangan dan kelemahan peribadi dan anggota keluargaku selama melayan keperluan sahabat-sahabat. 



“Syukur kepadaMu Ya Allah kerana satu lagi impianku tercapai. Seperit dan sepedih manapun, perjuangan tetap perlu diteruskan selagi berkesempatan.”

Kepada Ibnu Sina- Ini bukan peluang dakwah dan perjuangan yang sebarangan wahai sahabat. Pilihlah untuk mengambil peluang atau terus tenggelam dalam perasaan dan paranoid sendiri.

Sebahagian daripada gambar-gambar aktiviti tersebut dapat dilihat jika pembaca menyertai FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). 

Salam sayang daripada kami- (Aku, Kak Da, Lifejacket, Danial dan Danish).




Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:

Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
Along: insansepertiaku@yahoo.com
Survivor: survivorpng@yahoo.com

Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya termasuk FB (secret group), sila hubungi:

pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela)
017-366-5570 (Norhayati)


Tuesday, June 26, 2012

SEJARAH RED RIBON DAN MAKNANYA


Kebelakangan ini aku terlampau sibuk atas beberapa urusan komuniti dan mengalami sedikit gangguan masalah kesihatan. Macam-macam idea dan pengalaman mahu dikongsikan, tetapi kemampuan fizikal adalah terhad.
 
E-mails, panggilan telefon dan temujanji untuk kauseling bersusun untuk diuruskan. Jadi, sementara mengisi ruang memulihkan tenaga, aku akan publishkan entries yang difikirkan sesuai sebagai perkongsian bersama.
Antara perkara yang aku tertarik ialah sejarah ringkas Riben Merah yang menjadi ikon kepada insan PLHIV yang pernah aku baca di blog sahabatku Naj Mi.

Walaupun Naj Mi agak ‘junior’ dalam bidang dunia penulisan blog berkaitan isu HIV, tetapi mutakhir ini, aku dapati entries sahabatku ini punya kekuatan tersendiri dan semakin mengkagumkan aku. Tahniah Naj Mi.

Aku yakin setiap PLHIV dan masyarakat prihatin perlu mengetahui asas sejarah Riben Merah ini.

Di sini aku copy dan paste kembali entry tersebut daripada blog Naj Mi kerana memang menjadi dasar blog ini sebagai Self Access Centre (Bukan Meroyan Centre) tentang apa juga info berkaitan HIV.

Tanpa ragu-ragu, aku akan petik apa juga info menarik yang Naj Mi kongsikan kerana kami saling berkongsi sokongan menyebarkan info, bukannya bersaing.

Mari baca:


RED RIBBON - PITA MERAH


Simbol Pita Merah digunakan secara internasional untuk melambangkan perang terhadap AIDS. Setiap peringatan hari Aids pada 1 Disember, kita selalu menggunakan simbol Red Ribbon (Pita Merah) sebagai lambang keperdulian terhadap penyebaran HIV dan AIDS. Sejak bila si Pita Merah mulai diperkenalkan dan dari mana datang ideanya?


The Red Ribbon, sebuah pita merah yang melilit, memiliki beberapa erti dan makna. Tapi paling banyak dikenal sebagai simbol solidaritas terhadap masyarakat yang hidup dengan HIV/AIDS. Project Pita Merah ini diciptakan oleh artis-artis Caucus New York untuk Visual AIDS pada tahun 1991. Kolaborasi yang luar biasa ini percaya bahawa ianya sangat penting untuk:

+ Tetap dikenal bukan sebagai individu dan untuk menghargai Visual AIDS Artist Caucus sebagai suatu kesatuan dalam penciptaan Projek Red Ribbon dan untuk tidak mendaftarkan salah satu individu sebagai pencipta dari Projek Red Ribbon

+ Tetap membiarkan hak ciptanya secara percuma, supaya tak ada individu atau organisasi yang mengambil keuntungan menggunakan red ribbon.

+ The Red Ribbon seharusnya dipergunakan sebagai sebuah simbol kesadaran, bukan sebagai alat komersial dan hak cipta.


"The ribbon has never been copyrighted in the United States, to allow it to be worn and used widely as a symbol in the fight against AIDS."


Para seniman pencipta yang membentuk Visual AIDS Artis Caucus, berharap agar ciptaan ini menjadi sebuah visual simbol untuk menunjulkan kepeduliannya kepada orang-orang yang hidup dengan HIV/ AIDS dan perhatian kepada mereka. Terinspirasi oleh simbol Pita Kuning sebagai penghargaan kepada Tentara Amerika yang terlibat dalam perang teluk, warna merah dipilih sebagai ”ikatan darah dan semangat – bukan hanya kemarahan tetapi juga cinta.”


Pertama kali diperkenalkan kepada khalayak umum oleh Jeremy Irons pada Tony Awards 1991, kemudian simbol pita itu mulai digunakan sebagai simbol kepedulian terhadap AIDS, menjadi sebuah alat aksesoris fashion di kalangan selebritis.


The red ribbon quickly became renowned as an international symbol of AIDS awareness, and has been worn at the Oscars, Emmys and Grammys; celebrities, musicians, athletes, artists and politicians have worn the ribbon on talk shows, TV programs, movies, political conventions, sporting events and music videos.

Simbol Pita Merah ini berlanjut menjadi sebuah kekuatan untuk meningkatkan perhatian masyarakat terhadap HIV/AIDS dan digunakan sebagai alat untuk meningkatkan Dana Amal terhadap pelayanan dan penelitian AIDS.



Sumber: Naj Mi dan scribd.com


Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:

Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
Along: insansepertiaku@yahoo.com
Survivor: survivorpng@yahoo.com

Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya termasuk FB (secret group), sila hubungi:

pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela)
017-366-5570 (Norhayati)

Saturday, June 23, 2012

MARI UJI KEFAHAMAN KITA TENTANG HIV





Kadangkala kita rasa cukup mengetahui tentang maklumat asas mengenai HIV/ AIDS. Betul ke? Apa kata kita jawab kuiz ini dalam tempoh 5 minit dan nilai sendiri kefahaman masing-masing.


1.                  Hanya komuniti “gay”, lesbian, pengguna dadah dan pekerja seks sahaja yang mendapat jangkitan HIV

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

2.                  Bolehkah risiko jangkitan HIV dikurangkan dengan mengadakan hubungan seks dengan hanya satu pasangan yang tidak dijangkiti HIV dan tidak mempunyai pasangan lain?

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

3.                  Bolehkah seseorang mengurangkan risiko jangkitan dengan memakai kondom setiap kali melakukan hubungan seks?

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

4.                  Bolehkah seseorang yang nampak sihat mempunyai HIV?

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

5.                  Bolehkah seseorang mendapat HIV daripada gigitan nyamuk?

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

6.                  Bolehkah seseorang mendapat HIV dengan berkongsi makanan dengan seseorang yang mempunyai HIV?

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

7.                  Jika seseorang hanya melakukan seks oral, dia tidak berisiko untuk mendapat jangkitan HIV.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

8.                  Seorang bayi boleh dijangkiti HIV daripada ibunya melalui susu ibu yang positif HIV.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

9.                  Bolehkah HIV dijangkiti dengan berkongsi tandas awam?

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

10.             Jika seseorang mengadakan hubungan seks hanya sekali dengan orang yang dijangkiti, tanpa menggunakan kondom, dia tidak berisiko untuk mendapat jangkitan.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

11.             Penyakit jangkitan kelamin menyebabkan risiko lebih tinggi mendapat HIV.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

12.             Seseorang yang telah berkahwin adalah selamat daripada risiko jangkitan HIV.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

13.             Seseorang boleh dijangkiti HIV dan tidak menyedarinya.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

14.             Seks melalui dubur adalah risiko jangkitan HIV paling tinggi dalam aktiviti seksual untuk mendapat jangkitan HIV.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

15.             Hanya ujian saringan HIV boleh mengesahkan status HIV seseorang.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

16.             Bolehkah HIV disebarkan melalui udara?

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

17.             Jika seseorang itu HIV negatif, bermakna dia tidak boleh mendapat HIV.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

18.             Wanita yang menggunakan ubat perancang keluarga adalah selamat daripada jangkitan HIV.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

19.             Seseorang itu tidak berisiko dijangkiti jika menderma darah menggunakan peralatan baru dan disteril.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti

20.             HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia.

a.      Betul
b.      Salah
c.       Tidak Pasti


Jawapan:

(1) B; (2) A; (3) A; (4) A; (5) B; (6) B; (7) B; (8) A; (9) B; (10) B; (11) A; (12) B; (13) A; (14) A; (15) A; (16) B; (17) B; (18) B; (19) A; (20) A




Sumber: EMPOWERMENT WORKSHOP FOR PEOPLE LIVING WITH HIV 2