Tuesday, November 01, 2011

SAY NO TO HIV: ANTARA RAYUAN DAN TAWARAN



RAYUAN

Lama rasanya aku tak mengomel. Tumpuan lebih kepada entries berkaitan kategori “KEHIDUPAN YANG POSITIF.” Ianya difikirkan lebih valid dan penting untuk rujukan para pengunjung. Sangat-sangat memenatkan di samping pelbagai komitmen lain.

Syukurlah ramai sahabat-sahabat yang tidak putus-putus membantu dan memberikan sokongan. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan dan pertolongan.

Kepada para pengunjung, sama ada PLIHIV atau bukan PLHIV, aku mohon sedikit pertolongan. Jika difikirkan blog ini mempunyai nilai-nilai positif, tolonglah sebar-sebarkan alamat blog ini dalam apa juga media cetak dan eletronik yang ada. Tak kisahlah FB, Blog, Twitter, majalah dan sebagainya.  

Kepada yang telah sedia membantu, tahniah kerana menjadi insan prihatin. Insya-Allah akan dikurniakan dengan pahala yang berlipatkali ganda.

Mungkin dengan hanya sedikit pertolongan tersebut, kita telah menyelamatkan satu aqidah, sebuah rumahtangga, membantu mendirikan masjid dan mengembalikan harapan mereka yang telah berputus asa.

Rayuan juga khusus juga kepada guru-guru kaunseling, para pelajar IPT dan sekolah. Bersama kita menyebarkan maklumat untuk menangani dan mengekang HIV/ AIDS secara tepat. Tiada apa-apa kepentingan peribadi di sini melainkan untuk membantu.  

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.   


TAWARAN

SUKARELAWAN DIPERLUKAN.

Tarikh:            27 NOV 2011 - 24 DISEMBER 2011

Lokasi:            KL TOWER

Elaun:             RM 30.00 SEHARI

Tugas:             MENJAGA BOOTH INFOMASI MAJLIS AIDS MALAYSIA

Sila hubungi: rafieqakl@hotmail.com (LR) dengan kadar segera.  

Terima Kasih.