Ramai yang menganggap aku marah-marah melalui entry sebelum ini. Relaxlah… kaedah kaunseling ni ada macam-macam!
Beginilah, cuba bayangkan kau orang duduk tempat aku. Sibuk dengan karier dan macam-macam komitmen terhadap family serta kariah. Berumur 44 tahun, ada diabetes, ada masalah platelet rendah dan masih di peringkat awal rawatan HAART. Fikir sendirilah. (eh, takkan aku nak cerita semua, nanti kau orang jadi takut pula).
Kebetulan baru-baru ni mak aku masuk hospital. Balik sahaja kerja, terus berkejar ke hospital. Bila mak sakit, rumah aku yang paling hampir dengan hospital jadi tempat adik beradik, saudara mara singgah atau menumpang. Syukur alhamdulillah… Sepenat dan selewat manapun kena layan.
Kemudian, asal habis sahaja rutin biasa, purata 4,5 jam sehari aku pun duduk mengadap PC. Berdepan dengan macam-macam kes sokongan komuniti via emel atau blog. Nak menyiapkan sesebuah entry atau posting pula bukannya mudah.
Majoriti ‘clients’ aku ialah PLHIV yang baru dijangkiti, golongan berisiko yang takut melakukan ujian HIV atau yang sudah 3,4 tahun didiagnos HIV. (tetapi masih enggan terima hakikat dan bangkit)
Kau orang boleh bayangkan tak tekanan aku berdepan dengan 3 golongan yang aku sebutkan tadi?
Lazimnya penakut dan kaya dengan macam-macam alasan. Kalau tak, takkan sampai ambil masa 3,4 tahun untuk bangkit. (Sesetengahnya memang kerana buntu dan tak tau cara untuk mendapatkan bantuan)
Tetapi majoritinya ialah akibat enggan mengakui kesilapan diri dan tidak redha dengan ujian Allah. Huh…
Situasi tersebut berterusan sepanjang tahun sehingga tanpa sedar aku mengabaikan keperluan dan kesihatan diri. Selalu aku tak dapat tidur kerana kasihan atau kerana memikirkan kes yang tertunda akibat masaku yang terhad. Aku terlupa kebajikan diri sendiri atas rasa tanggungjawab untuk membantu.
Selain tu apabila di rumah, keperluan keluarga tetap perlu aku penuhi. Dalam terkejar-kejar begitu, tiba-tiba dapat SMS si Dollah. Baru sahaja balas SMS si Dollah, dah terima pula panggilan si Limah.
Baru sahaja nak luruskan pinggang, “klenting….” Masuk pula satu SMS baru. Rupa-rupanya si Abu masih bertanyakan soalan sama, adakah dia berpeluang untuk hidup lama. Haih… semalam kan aku dah jawab 3 kali SMS perkara yang sama. Aku bukan Tuhan nak tentukan nyawa orang!
Tak apa, aku reply SMS si Abu, “kring, kring…” handphoneku berbunyi, dah dekat pukul 1 am ni. Rupa-rupanya si Jefry dari JB tak dapat tidur dan minta aku tolong temankan dia pergi check ujian darah. Aduhai….
Ingatkan dah settled, “ting…” 7 emel baru pula yang masuk ke handphoneku dan perlukan perhatian segera. Salah seorangnya mengadu, dia taip emel sambil menangis kerana baru lepas putus cinta atau putus tunang akibat HIV.
Katanya selain air mata, habis keluar air hidung dan air liur sebab terlampau sedih. Hahaha…
Kemudian, “ting…” Tau-tau keluar pula soalan di ruangan komen pembaca blog: “HIV boleh berjangkit tak kalau kita berkongsi peralatan makanan dengan pembawa HIV?” Hiskh, aku sekel kepala budak ni kang!
Kau orang tak kasihan kat aku ke? Begitulah puluhan SMS, emel dan call sepanjang hari. Nak jumpa kawan pun tak sempat. Nak usha awek sambil drive kereta ‘sport’ aku langsung tak merasa. Kacau daun betul lah…
Call pulak tu biasanya cuma bagi nombor kemudian suruh aku yang call balik. Dia yang mintak tolong tetapi ada sahaja alasannnya tak mahu call. Macamlah aku tak ada masalah langsung. SMS free dahlah berpuluh kali.
Siapa nak nak tanggung bill tu? Kau orang tau susah kau orang tetapi kau orang tak tau susah aku. Aku bukan ungkit. Ya, aku memang halalkan tetapi consider lah sikit.
Caranya? Positiflah. Jangan fikir masalah sendiri je. Wake up! Aku bukan minta kau orang bayar pun. Aku nak kau orang wake up, itu aje… Susah sangat ke?
Lagi satu aku cukup menyampah dengan orang yang suka berbohong dan berjanji sesuka hati.
Sebelum didiagnos, wah cantik betul dia punya janji. Akan bantu dan beri sokongan terhadap PLHIV, aktif membantu di blog dan macam-macam lagi. Bila result negative, senyap menikus buat hal sendiri. Perghhh…!
Satu lagi jenis penipuan biasa ialah kononnya sekadar buat itu ini, tetapi risau mengalahkan orang yang confirmed ada HIV. Bincang punya bincang akhirnya dia sendiri terlupa, bocorkan rahsia dia dah buat segala macam aktiviti berisiko tanpa langkah pencegahan. Menipu buat apa? Aku bukan tanya apa punca kau dapat HIV sebelum ni.
Atau hantar emel, belum apa-apa dah bagi atau mintak no telefon. Bagi susah, tak bagi susah. Bila kita reply, sampai ke sudah tak ada call atau emel. Entah apalah agenda atau apa yang ada dalam kepala dia orang aku tak tau.
Kalau nak cerita pasal menipu dan putar belit ni banyak sangatlah. Sorry to say, kebanyakannya memang penipu dan kerana itulah agaknya hidup sentiasa keluh kesah. Tipu diri sendiri buat apa?
Itulah yang kelakarnya bila budak-budak nak menipu orang tua. Itulah padahnya. Orang tua buat poyo je nak tengok sejauh mana kau menipu tapi kau ingat kau dah boleh jual dunia. Hello brader, nak menipu pun lu agak-agaklah…
Kadang-kadang bahasa aku kedengaran agak kasar. Aku akur mungkin kerana aku ni sebati dengan cara hidup anak jalanan era 80an.
Jadi kau orang faham-fahamlah kalau laras bahasa aku kedengaran kasar. Maaflah. Tu pun nasib baik sejak ada HIV aku dah belajar guna bahasa lembut sikit. Bunyi kasar tetapi aku bukan berniat kasar.
Bro, kau orang jangan melankolik sangat bro… Kalau kau orang nak confirm aku ni kasar ke tak, try tanya azam, AO, as, rushida, survivor, fareez fauzi, LR dan ramai lagi. Aku selalu communicate dengan dia orang. Aku cool je sebenarnya tetapi kalau kau orang lembik sangat dan kebetulan time tu aku penat giler, tak mustahil aku sembur jugaklah. Hahaha…
Sesekali memang kita down. Memang kita bersedih. Normallah tu kerana kita manusia biasa tetapi bukanlah sepanjang masa. Bila di atas, bantu yang di bawah. Masa kita kat bawah insya-Allah ramai yang sudi tolong. Janganlah asyik nak didukung dan dipeluk. Betul tak Survivor? I tak kuasa you…!!
Jadi akhirnya bila aku terlantar sakit selama 2 hari baru-baru ni aku tersedar, tuhan nak ingatkan aku supaya buat koreksi dan muhasabah diri.
Bayangkan aku sakit badan sehingga nak berdiri pun rasa tak mampu. Solat pun setakat duduk. Kau orang boleh bayangkan keadaannya bila kita rasa sakit sampai ke tahap solat fardhu hanya mampu duduk?
Aku dah terbayangkan mati dan tak malu mengaku mengalir air mata.
Bukan kerana sedih atau takut mati tetapi aku takut mati dalam keadaan aku tak redha dan sabar dengan ujian Allah. Kalau setakat mati, semua orang pun mati bahkan aku memang redha bila-bila sahaja Allah nak jemput aku asalkan mati dalam iman.
Bila tanya doktor, dia kata aku terlalu kepenatan dan stress. Duduk dan berfikir terlalu lama.
Bila aku rehat dan lupakan blog, memang aku rasa fresh sangat-sangat. Terlupa terus yang aku ni PLHIV. Normal dan cukup bahagia.
Komitmen aku adalah untuk membantu komuniti, jadi tiada sesalan aku di situ. Aku sekadar cuba kumpul pahala sebanyak mungkin di segala kesempatan yang ada selagi berpeluang. Perjuangan… mana boleh main-main!
Cuma aku perlu lebih realistic. Ukur baju badan sendiri. Maksudnya selepas ni akan berbeza sedikit aku punya approach.
Kemudian aku takkan layan sebarang pertanyaan yang sedia ada jawapan dalam mana-mana entries di blog. Kalau layan pun tengok kes. Kalau nasib kau orang baik, sahabat-sahabat aku yang lain aku bantu.
Alah, aku pun bukan somebody. Terlalu biasa sebenarnya. Selama ini aku sering mengabaikan emel insan-insan penting dalam hidup aku yang banyak menyokong, menyayangi dan membantu terutama sahabat-sahabat seperjuangan sama ada PLHIV atau bukan PLHIV.
Termasuk emel buah hatiku, Xxxx. Hahaha… (Syhhh… rahsia tetapi isteri-isteriku tak marah!)
Aku nak enjoy sikit dengan life aku yang tak tau berapa lama sisanya ni. Kita ada tanggungjawab terhadap diri masing-masing. Aku dah share, cuba tolong dan doakan. Terpulanglah pada kau orang nak pakai ke tidak. Pilihlah nak masuk gaung atau berada berada di puncak langit. Apa-apapun aku tetap doakan yang terbaik untuk semua.