Tuesday, November 22, 2011

HIV: AHP MOHON MAAF ATAS KHILAF (HIV BOLEH SEMBUH)


Semalam aku terima SMS daripada seorang sahabat yang cukup hanya dikenali sebagai “Nuuun.”

“Assalamualaikum, saya selalu baca abang AHP tulis HIV tiada penyembuh. Saya faham apa yang diperkatakan cuma minta betulkan sedikit kepada belum dijumpai penyembuh. Setiap penyakit ada ubatnya. Itulah adalah kepastian. Dan sebaik-baik penawar adalah al Qur’an. Besar maksudnya tu.”

Aku pun terkebil-kebil seketika memuhasabah diri dengan teguran sahabatku ini dan tanpa membuang masa aku reply:

“Waalaikumussalam. Saya sangat-sangat setuju. Akan diperbetulkan. Jazakallah khier…”

Ya, dia faham apa yang aku maksudkan dan akupun faham apa yang dia maksudkan. Teguran tersebut adalah tepat kerana Firman Allah yang bermaksud:

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.”
[Surah al-Syu'ara: 80]

Itulah maksud ayat al-Qur’an yang aku tampal di wall blog dan itulah antara ayat-ayat syifa’ yang aku baca setiap kali usai solat fardhu atau ketika terlantar sakit. Itulah antara kalimah-kalimah suci yang sentiasa memberikan aku kekuatan dan supaya aku tidak berputus asa.

Sesungguhnya wajib ke atas setiap kita mengimani dan beramal dengan al Qur’an.

Allah telah berikan jaminan. Cuma kemampuan manusia amat terhad dan setakat ini belum ditemui penawar yang konkrit melalui pendekatan saintifik. Itu sahaja.

Aku adalah seorang yang practical. Aku suka berfikir secara simple sahaja dan pengertian sembuh bagi aku bergantung kepada persepsi individu melihat sesuatu perkara. Umur yang panjang, kesihatan yang berkekalan dan mati dalam keadaan husnul khatimah (sekalipun hidup sebagai PLHIV) adalah salah satu bentuk penawar, penyembuh, rahmat dan inayahNya. Ini adalah reality.

Kemampuan tubuh individu bertoleransi dengan kombinasi HAART pun adalah sebuah reality. Itu pun salah satu bentuk penawar yang telah ditemui.

Secara peribadi bila bercakap tentang peluang dan harapan, aku tidak tidak suka melibatkan angka. Kenapa? Angka kadangkala merupakan satu perangkap halus yang akan menjadi penamat atau penghalang individu untuk terus berjuang.

Kadangkala ianya juga perangkap halus terhadap aqidah individu. Kenapa? Ianya boleh memesongkan aqidah apabila yakin dan bergantung bahawa segala peluang dan harapan hanya diberikan melalui ubat dan rawatan ciptaan manusia. (alat dan makhluk) Sedangkan penyembuh sebenar milik Allah.

Tetapi kepada rakan-rakan baru PLHIV yang masih terikat dengan angka-angka dan pemahaman sendiri atau terhasut dek cakap doktor (layak ke jadi doktor?) semasa baru didiagnos yang mengatakan umur individu berkenaan hanya sekitar sekian-sekian... (aku turut melaluinya) bukalah mata bahawa sangat ramai PLHIV yang hidup sama seperti insan biasa.

Ramai sangat yang umurnya panjang, sihat, anak bebas HIV dan meninggal dalam keadaan aman. Ada yang puluhan tahun bahkan rekod tersebut ada di mana-mana. Lihat saja Ben Johnson, “atuk” dan ramai lagi insan-insan istimewa PLHIV.  Yang penting, ILMU (Iqra'). Jadi tak perlulah berfikir secara negatif.

(Kau nak hidup berapa lama bro? Muda, sihat, doktor pakar, menteri, raja dan nabi pun mati brader...! Kau kecoh sangat pasal umur ni, kenapa? Hidup ni sementara je bro. Hidup memang untuk mati. Mati tu hakiki. Memang elokpun ingat mati untuk didik hati supaya taat Allah. Kecohlah lu bro... Kau nak mati dalam maksiat ke nak mati dalam redha Allah? Panjang mana sangatlah umur dunia ni? Umur panjang tapi asyik buat maksiat, apa barang..! )

Arghh... simple sangatlah! Makanlah apa ubatpun, tak ada HIV pun, kalau Allah sudah tentukan mati, mati juga.... Hanya Dia yang Maha Berkuasa.

Jadi, di sini dengan rendah diri aku mohon maaf kepada semua pembaca blog terutama kepada rakan-rakan baru yang didiagnos sebagai PLHIV kerana aku tidak perasan telah beberapa kali menggunakan ayat “HIV tiada penyembuh.” Aku khilaf walaupun niatku tidak begitu...

Lagi sekali, terima kasih dan jazakallah khier Nuuun. Moga sahabat tabah sekalipun "nun" jauh di sana. Hihihi...