Tuesday, May 22, 2012

TRANSGENDER BERISIKO KENA AIDS


BANGKOK 17 Mei - Hampir separuh daripada golongan transgender di rantau Asia Pasifik berisiko dijangkiti virus HIV apabila penjagaan kesihatan yang kurang berkualiti dan amalan gaya hidup tidak sihat, dilihat meningkatkan kadar jangkitan ke ‘paras kritikal’.

Mengikut laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan hari ini, dianggarkan sembilan juta hingga 9.5 juta transgender di Asia Pasifik merupakan pembawa virus HIV dan 49 peratus daripada mereka berisiko untuk dijangkiti.

Perangkaan itu diperoleh daripada pengumpulan data kadar jangkitan di kalangan lelaki yang bertukar menjadi wanita di seluruh Asia Pasifik.

Sehubungan itu, penulis laporan, Sam Winter dari Universiti Hong Kong menggesa kerajaan agar mengambil langkah bagi membendung gejala itu memandangkan kebanyakan golongan transgender bekerja sebagai pelacur dan terlibat dengan seks tanpa perlindungan.

“Mereka ini dipinggirkan oleh masyarakat dan hidup miskin. Jangkitan HIV menyumbang kepada ‘stigma sosial’ dan ia sukar dibendung," katanya.

Laporan itu menyebut, golongan transgender turut menjadi mangsa keganasan dan prejudis, selain diberi peluang terhad dalam bidang pekerjaan serta tidak mendapat sokongan psikologi.

Sebelum diterbitkan, laporan tersebut disifatkan sebagai ‘kajian paling menyeluruh’ apabila mengambil masa selama 12 tahun bagi mengumpul maklumat berkaitan.

Menurut laporan itu, golongan transgender cenderung untuk meninggalkan rumah pada usia muda ekoran tentangan daripada keluarga, selain berhenti sekolah akibat dibuli dan kekurangan peluang pekerjaan. - AFP

Sumber: sini


AHP:
Apakah tajuk yang berita yang lebih tepat?
1.      TRANSGENDER BERISIKO KENA AIDS?
2.      TRANSGENDER BERISIKO KENA HIV?

Kita mesti clear tentang beberapa perkara apabila membaca berita ini iaitu:
1.      HIV dan AIDS adalah dua perkara yang berbeza.
2.      Ada HIV tak semestinya sampai ke tahap ada AIDS
3.      HIV bukanlah bukanlah penyakit khusus bagi golongan tertentu tetapi akibat gagal memahami HIV dan apabila terdedah kepada risiko jangkitan.
4.      Di sebalik setiap PLHIV terdapat family mereka yang turut menerima tekanan seperti isteri/ suami, ibu bapa, anak-anak, adik beradik dan saudara mara.
5.      Perlu diingatkan bahawa PLHIV juga mungkin terdiri daripada pasangan kepada pengamal aktiviti berisiko, anak-anak dan penerima pemindahan darah atau organ.