Tuesday, May 01, 2012

INFO ASAS TENTANG WINDOW PERIOD, RISIKO DAN UJIAN HIV (ENTRY WAJIB)


Assalamualaikum

Saya kerap kali menerima email yang bertanyakan beberapa perkara berkaitan ujian HIV. Alhamdulilah saya menyambut baik. Namun ada beberapa perkara harus ditekankan.

Antara perkara yang saya ingin tekankan ialah tentang window period dan juga jenis-jenis ujian.

Perkara pertama yang menjadi kerisauan adalah berkaitan dengan window period. Ramai yang selalu salah faham tentang window period.

Ada di antaranya ingin melakukan ujian saringan HIV hanya apabila sudah 3 bulan selepas aktiviti berisiko dan ada pula di antaranya melakukan ujian saringan HIV setiap minggu sehinggalah masuk 3 bulan.

Biar saya jelaskan dengan mudah. Begini. Apabila anda terlibat dengan aktiviti berisiko, anda boleh melakukan ujian HIV selepas 2 minggu - 12 minggu.

Ini bermakna selepas 2 minggu aktiviti berisiko, sekiranya anda melakukan ujian HIV dan didapati positif, maka anda adalah positif HIV mengikut ujian saringan yang dilakukan.

Ini adalah penjelasan kepada yang beranggapan ujian HIV hanya boleh didapati positif selepas 3 bulan. Salah apabila anda memahaminya begitu.

Harus diingat. Dalam tempoh tersebut (3 bulan), anda tidak boleh melakukan aktiviti berisiko kerana tarikh terakhir aktiviti berisiko menjadi asas perkiraan.

HIV boleh dikesan seawal 2 minggu selepas aktiviti berisiko dan sehingga minggu ke-12. Jadi, jika anda sekarang berada pada bulan pertama selepas aktiviti berisiko dan ingin melakukan test HIV, dipersilakan. Kalau positif, maka anda HIV positif dan perlu melakukan ujian pengesahan HIV.

Bagi yang suka melakukan ujian setiap minggu pula, jika selepas minggu ke-12 anda masih negatif, maka anda telah selamat bebas HIV. Ini kerana window period bagi HIV adalah 2-12 minggu.

Keduanya pula adalah jenis ujian. Perlu difahami bagi penyaringan ujian HIV selalunya dilakukan rapid test. Rapid test adalah 99% ketepatannya dan rapid test yang digunakan di Malaysia mempunyai ketepatan begitu.

Ini bermakna, sekiranya 3 kali rapid tests menunjukkan hasil positif atau negatif, maka keputusan rapid test tersebut boleh diterima. Selepas ujian penyaringan ini dan jika didapati positif, barulah ujian ELISA akan dilakukan.

Sesetengah makmal swasta yang memang akan terus membuat ELISA tanpa membuat rapid test, bergantung kepada kehendak anda.

Yang ketiga, adalah simptom. Ramai yang bertanyakan hal simptom kepada saya. Saya tidak boleh melakukan diagnosis online kerana HIV boleh berlaku dengan simptom dan tanpa simptom.

Jadi cara yang terbaik adalah dengan melakukan ujian HIV. Hanya ujian HIV boleh menentukan anda HIV positif atau tidak.

Ramai juga bertanyakan saya tentang oral seks dengan pembawa HIV. Terus-terang saya katakan yang air liur tidak boleh menyebabkan jangkitan HIV.

Tidak kiralah mulut anda berdarah atau tidak. Begitu juga jika berkucupan, gigitan cinta, dan sebagainya. Secara teorinya, memang berkemungkinan, tetapi tidak pernah terbukti secara klinikal. Hanya seks tanpa perlindungan sahaja yang menyebabkan jangkitan HIV.

Ramai juga yang bertanya, jika ketika melakukan oral seks, terdapat luka di mulut, lidah dan darah, adakah mereka dijangkiti HIV? Atau ada yang bertanya sekiranya tertelan air mani, adakah boleh menyebabkan jangkitan HIV?

Apa yang boleh saya katakan ialah, apabila anda melakukan aktiviti berisiko, jalanilah ujian HIV. Saya tidak ada kuasa untuk menentukan anda dijangkiti HIV atau tidak. 

Di mana boleh menjalani ujian HIV?

Ujian HIV boleh di buat di klinik kesihatan dan hospital kerajaan secara percuma. Di makmal ataupun klinik atau hospital swasta adalah berbayar mengikut bayaran yang di tetapkan. Antara makmal swasta yang boleh anda pergi adalah BP LAB, PATH LAB, GRIBLES , SAFE CLINIC dan lain-lain lagi. 

Bertanya dengan Positive worrior.

Perlu diingatkan bahawa Kumpulan Sokongan (Positive Warriors) bukanlah dibayar gaji di blog. Mereka golongan yang membantu AHP, PLHIV dan anda di blog ini secara sukarelawan. Mereka turut mempunyai komitmen lain seperti tanggunjawab terhadap keluarga dan kerjaya. 


Jadi diingatkan dan dinasihatkan supaya tidak menghantar email yang sama kepada semua Positive Warriors! Sebaiknya bacalah dahulu artikel-artikel yang ada di blog sebelum bertanyakan soalan. Selepas soalan dijawab, bersikap positiflah. Belajarlah berterima kasih dan terbuka dengan teguran.

Sebarang kenyataan daripada saya tidak boleh diambil kira sebagai keputusan muktamad. Hanya ujian HIV yang boleh menentukan tentang status HIV anda.

(AHP: Tetapi jika anda tetap tidak berpuas hati dan masih mahu mendapatkan kepastian sekalipun telah didapati positif atau negatif, buatlah seberapa banyakpun ujian yang anda mahu, di mana-mana sahaja selagi anda larat atau sehingga duit anda habis. Hahaha... )

Diharap entry ringkas ini dapat memberi panduan kerana saya sentiasa dihubungi dengan soalan yang sama sepanjang masa. Wallahualam.



Prepared and Published by: AO