Sebagai perkongsian untuk semua pembawa HIV positif, ahli keluarga mereka dan renungan bersama. against stigma, judgmental, negative thinking, discrimination and malpractice!
Friday, May 11, 2012
HIV DAN KEMUNGKINAN JANGKITAN PENYAKIT-PENYAKIT KELAMIN KEPADA PASANGAN.
Apabila seorang suami atau isteri didiagnos sebagai PLHIV, isunya tidak terhenti setakat virus HIV telah berada dalam tubuh pengidapnya. Apalah sangat dengan HIV yang boleh dirawat dengan mudah.
Selain daripada trauma emosi dan psikologi kepada pasangan, PLHIV mungkin turut berisiko mengidap pelbagai kemungkinan penyakit lain.
Sebagai contoh, suami kepada Puan D didiagnos sebagai PLHIV akibat hubungan homoseksual atau heteroseksual. Ini bermakna Puan D turut berkemungkinan dijangkiti hepatitis dan segala macam penyakit kelamin (STD's) yang berkaitan. (sini)
Inilah yang lebih membahayakan dan menambahkan trauma psikologi kepada pasangan PLHIV.
Sekalipun mereka mungkin bebas HIV tetapi belum pasti bebas daripada penyakit-penyakit STD’s. Bayangkan akibat perbuatan suami, Puan D terpaksa dirawat untuk penyakit-penyakit yang penuh stigma tersebut. Hati terluka disimbah cuka dengan tekanan-tekanan yang merupakan pakej lengkap kepada HIV.
Point aku, apabila terdedah kepada risiko, janganlah masih berteka teki yang akhirnya lebih memudaratkan. Dapatkan rawatan secepat mungkin. Jika didiagnos sebagai PLHIV, bincang dengan doktor adakah perlu untuk melakukan ujian penyakit-penyakit STD’s supaya tidak memudaratkan pasangan.
Anak-anak dara yang memilih untuk berkahwin dengan PLHIV mesti clear tentang isu ini.
AHP:
Lagi satu bersikap jujurlah dengan doktor. Tak perlulah berdalih kononnya anda dijangkiti HIV akibat pernah sekali melanggan pelacur ketika melancung ke luar negara dan sebagainya.
Bukan doktor tak tahu anda gay jika didiagnos sebagai PLHIV dan ada jangkitan HPV di dubur… Dahlah begitu, bercakap dengan doktor sambil tangan meliuk lintuk membelai rambut dan peha kepit. Tak kuasa, hahaha…