Tuesday, May 01, 2012

HIV: SEBAHAGIAN DARIPADA DIARY KEHIDUPAN SEHARIAN ABAH (PLHIV)


Assalamualaikum wrh wbk,

Pertama kali menulis entry dalam blog abah @ AHP. Hee… rasa gementar tetap ada even dah biasa menulis, tapi itu untuk blog sendiri. Ermm… kali ni, edgnote just nak share pengalaman kita orang ‘serang’ rumah abah.

Kali ini edgnote datang dengan AO ke teratak abah. Perjalanan kami bermula pada pukul 8 malam dari Kedah dan tiba di Temerloh tepat pukul 5 pagi hari Sabtu. Penat tapi seronok!

Sesiapa yang dah biasa ke rumah abah mesti dapat ‘rasa’ suasana desa. Dikelilingi alam semulajadi, ada pulak sepasang ‘Didik’, dengan diiringi alunan unggas, memang seronok…

Bila bangun pagi, bau segar daripada dedaun yang disirami embun, kicauan burung menjadi satu simfoni alam yang tiada ternilai. Badan terasa segar dan minda terasa tenang.

Rumah abah jadi riuh dengan suara anak-anak dara dia yang tak reti nak control volume ni hehehe… Tambahan pula adik pun ada pulang bercuti dari MRSM. Dapur tu tak payah cakaplah, dah jadi  ‘ini wilayah kami’. Mana taknya, suara aku dengan AO satu rumah boleh dengar. Tu belum campur dengan suara abang, adik, abah, mak dan ummie lagi.

Sabtu malam minggu kita orang sekeluarga pergi meronda tengok wayang. Cerita apa? Battleship. Habis tengok wayang ingat nak lepak-lepak minum, tapi kedai kebanyakannya penuh. Malam minggu kot… cari punya cari akhirnya jumpa juga port untuk melepak. Walau sekejap, jadilah. Janji boleh lepak… No big deal!

Ahad, kita orang pergi Pekan Sehari Temerloh… Pekan Sehari kat sini macam- macam ada. Daripada bahan basah hingga bahan kering. Sayur kampung pun banyak dijual. Yang bestnya kita orang ada ‘bodyguard’, hehehe... Kasihan adik kene temankan kita orang…

Oh ya terlupa sesuatu. Kita orang mencuba merasai pengalaman pergi naik bot menyeberangi Sungai Pahang. Air sungai pulak tengah air naik. Memang best

Waktu makan malam pulak kita orang ‘ditemani’ rintik hujan. Mulanya dinner ala-ala taman. Siap dengan BBQ beratapkan langit, tetapi akhirnya berpindah ke terrace rumah beratapkan bumbung. Tak apalah, asalkan dapat bersantai dengan family. Hehehe...

Life abah as a PLHIV (from my eyeview)

Ini point penting yang aku nak kongsi.

Jika ditanya pada aku macam mana life abah as a PLHIV, jawapan aku dua.

Pertama: Sama je macam manusia normal lain and he really enjoys his life! HIV is just a small piece to handle. Maksudnya tak perlu risau sangat tentang HIV, sebab banyak lagi benda lain dalam hidup ini perlu fokus dan difikirkan.

Bagi abah, hidup tetap diteruskan. Tak guna kalau asyik nak merintih sebab tak ada sebarang faedah pun. Sentiasa berfikiran positif kerana ianya dapat membantu membina kekuatan dalaman kita. Hubungan dengan Pencipta patut dijaga sebaik mungkin. At the end kita akan mengadu pada DIA akhirnya.

Abah sentiasa cakap, HIV satu rahmat buat abah sebab banyak perkara yang abah belajar. Honestly aku lihat life abah tak ada beza dengan kehidupan non-PLHIV.

Kedua: Sebagai manusia biasa, ada waktu abah akan ‘down’ juga. Tapi abah tetap akan pandang dari sudut positifnya. Tak kira sama ada diuji dengan HIV atau sakit-sakit kronik yang lain.

Sekadar demam biasa sekalipun non-PLHIV, lumrah manusia tetap akan ada perasaan ‘down’ tu. Takyah nak ‘chong’ cakap  aku tak pernah rasa down.” Kita perlu jujur dengan diri sendiri dan tak perlu berselindung di sebalik sehelai rambut!

Maksud aku ialah life abah as a PLHIV sangat-sangat biasa sebenarnya.

Bekerja, melayan anak-anak, sebagai ketua keluarga, ahli masyarakat, dan sebagainya sama seperti manusia normal lain.

No matter what happen, life has to move on. Abah tak pernah menganggap HIV sebagai penamat kehidupan normal abah. He knows what he should do, it is about enjoying the present. Don’t think too much about the past and what will happen in the future.

Pesanan edgnote untuk komuniti dan pembaca blog AHP ni, tak kira anda diduga dengan sakit kronik, HIV, atau anda sihat, namun tetap akan ada dugaan tertentu dan sentiasalah berfikiran positif.

Apa yang berlaku dalam hidup kita walau sebesar zarah tetap ada hikmah. Cuma terpulang kepada kita sama ada untuk melihat dan menerima sebagai rahmat atau sebaliknya.

Ermm... itu sajalah yang edgnote nak share kali ni. Tapi bila dah lepak rumah jumpa abah, mak, ummie, abang long dan adik, sebulan cuti pun tak cukup rasanya.

“Bila kita bersama orang yang tersayang, selama mana masa yang kita ada pun takkan pernah cukup.” This verse I really agree more than 200 percent!


Edgnote: When u give love with sincere heart, u will get more than love and be accepted.


Composed by: edgnote