Thursday, May 10, 2012

HIV: ANTI LESBIAN, GAY, BISEKSUAL & TRANSGENDER (LGBT)


HAKIKAT NAFSU SEKS DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Maaf cakaplah, bagi aku jika kita ikuti perkembangan isu semasa mengenai gerakan anti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender, (LGBT) dalam media utama umpama menonton sarkas.

Tapi jangan marah aku, itu pendapat peribadi…

Kenapa aku berkata begitu?  

Isu tersebut dan gerakan anti LGBT adalah tindakan bermusim, tidak menyelesaikan masalah dan berkepentingan politik.

Aku bukanlah penyokong LGBT tetapi aku yakin pendekatan mendidik lebih berkesan daripada menghukum. Faham-faham sahajalah apabila beberapa nama tokoh politik pembangkang atau NGO’s tertentu turut dikaitkan dalam demonstrasi.  

Bahkan kalau direnung-renung gambar golongan yang kononnya anti terhadap LGBT berdemontrasi, terasa seolah-olah ditaja dan terlebih-lebih publisiti. Tertanya-tanya, mereka sebenarnya faham ke tidak tentang apa yang mereka demontrasikan?

Kerana itu aku enggan highlight isu ini di blog kita. Apabila perjuangan condong kepada kepentingan politik ianya mudah dimanipulasi. Aku berkecuali kerana blog ini untuk mendidik, bukan menghukum.

Selain itu, apabila semakin ditindas, secara psikologinya semakin ramailah golongan yang dipersalahkan tampil mempertahankan diri. So, di mana penyelesaiannya?   

Setiap insan lahir dengan seksualiti dan orientasi seks tertentu. Kita dilahirkan dengan emosi dan naluri. Ujian kita berbeza. Jihad menentang nafsu lebih sukar daripada jihad di medan perang.

LGBT adalah golongan yang diuji Allah dengan ujian naluri. Ujian mereka bukannya penyakit yang boleh didiagnos melalui ujian darah. Ianya umpama sejenis penyakit mental, jiwa atau rohani.

Akui sahaja bahawa setiap kita diuji dengan seksualiti yang pelbagai. Tak kiralah sehebat manapun kedudukan dan taraf kita dalam masyarakat.

Ada yang suka melakukan hubungan seks secara kasar atau dikasari. Ada yang sangat terangsang apabila membayangkan pasangan mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan lain di depan mereka.

Ada yang suka melakukan hubungan seks sambil berfantasi melakukannya bersama pasangan lain. Ada pula hanya betul-betul klimaks apabila berfantasi melakukannya beramai-ramai, bertukar-tukar pasangan atau berkumpulan.

Ada yang suka jika pasangan mereka biseksual. Ada yang sangat ghairah apabila menghidu bau haid dan melakukan hubungan seks ketika itu. Ada yang sukakan bau busuk badan, lebih sukakan dubur (meliwat) berbanding qubul, ghairah dengan sekadar melihat pakaian dalam atau apabila perlakuan seks mereka ditonton orang lain.

Setakat suka melakukan seks sambil menonton video lucah sudah dikira terlalu biasa di zaman IT ni.

Kalau kita rajin membaca, macam-macam perkara pelik berkaitan seksualiti dan orientasi seks di sekeliling kita. Bayangkan ada yang dengan hanya membunuh pasangan seks barulah mereka boleh memperolehi kepuasan seks.

Itu tidak termasuk yang bernafsu atau ghairah dengan zuriat sendiri atau kanak-kanak. Kau orang nak jawab apa? Lagi gila…

Mengikut kajian sebahagian ahli psikologi, kanak-kanak turut mengalami proses orientasi seks sejak dalam janin. Kecenderungan bayi menyusu sambil menggetel puting ibu, meraba-raba kemaluan sendiri dan sebagainya petanda kepada kecenderungan memenuhi kehendak seks mereka secara spontan.

Kadang-kadang apabila sering melihat tubuh adik-beradik, atau ibu dan bapa berciuman ringan boleh memberi isyarat seks yang salah serta memberi kesan jangka panjang kepada orientasi seks kanak-kanak. Kadang-ladang akibat si bapa gagal menjadi contoh kepada mereka di zaman kanak-kanak, ada yang mudah terangsang dengan lelaki dewasa yang bersikap penyayang.

Sebagai kaunselor, aku lali menerima berbagai macam jenis masalah berkaitan manipulasi dan orientasi seks terhadap kanak-kanak atau remaja. Bukan sedikit kanak-kanak/ remaja yang sejak kecil bebas menonton video lucah bersama ibu bapa.

Macam-macam kes, tak larat aku nak share dan inilah antara punca masalah sosial semakin parah.

Pusinglah ke mana pun, hujung-hujung tanggungjawab para pemimpin sama ada pemimpin negara, pemimpin masyarakat dan ketua keluarga sangat-sangat penting.

Begitulah hodohnya rupa seks/ nafsu yang tidak berpaksikan iman sedangkan fitrah kelahiran setiap anak adam adalah suci bersih.

Kerana itulah Islam telah menggariskan pelbagai panduan dan hukum yang lengkap tentang adab dan cara mendidik anak-anak untuk diamalkan.

Masalahnya berapa kerat ibu bapa terutama tipikal Melayu faham tentang adab-adab yang digariskan Islam?

Berapa ramai yang faham peranan sebenar mereka sebagai ibu atau bapa? Berapa orang yang mengerti beza antara menternak anak-anak dengan mendidik anak-anak?

Memanglah bagi mereka yang tidak diuji sedemikian mudah untuk menghukum. Itulah masalahnya. Suka sangat sorok sampah bawah karpet…

Selepas mendekati dan memahami isu sebenar, memang kita wajib menegur dan mendidik apabila melihat berlaku perkara yang tidak wajar.

Antara yang layak menegur termasuklah mereka yang diuji dengan ujian tersebut sendiri. Aku tertarik dengan teguran seorang sahabatku pure gay yang menggunakan nick Naj Mi terhadap LGBT melalui blog beliau (sini)

Sekalipun mungkin ada yang tidak setuju tetapi sekurang-kurangnya Naj Mi adalah insan yang melalui penderitaan dan ujian yang sama.  

Melalui entry ini (sini) aku menerima banyak pro dan kontra sama ada di ruangan komen, melalui panggilan telefon, emel dan SMS. Semua pandangan adalah perlu untuk saling membina dan mengukuhkan.

Konsep blog kita adalah terbuka kepada pandangan. Jadi kepada yang pandangan mereka diperbahaskan janganlah melankolik. Anda menegur dan bersikap terbukalah apabila menerima teguran. Teguran bukan semestinya anda betul atau salah. Ini medan ilmu dan medan juang.

Antara pandangan yang aku suka ialah pandangan sahabatku MENCARI KASIH dan homealone. Kali ini aku pilih pandangan homealone sebagai renungan bersama. Aku lakukan sedikit editing supaya pandangan beliau lebih kemas. Mari baca:

Isu ini memang hangat diperdebatkan sekarang. Saya ni bukanlah arif sangat nak komen tentang isu ini tetapi sekadar berkongsi pendapat.

Kalau bercakap berkenaan isu seksualiti memang agak rumit sebab ianya berkaitan dengan naluri seseorang. Seperti yang AHP kongsikan, jika seorang lelaki straight dipaksa utk jadi gay, memang tak naklah jawabnya kerana naluri mereka adalah terhadap wanita.

Jika kita suruh AHP untuk ubah naluri supaya suka kepada lelaki memang tak mungkin AHP menyukai lelaki sepertimana AHP menyintai wanita. Sama juga bagi lelaki gay, amat susah bagi mereka untuk melupakan dan mengubah naluri suka kepada lelaki yang ada dalam dirinya.

Perkara ini memakan masa. Mereka perlukan masa yang lama untuk mereka berubah kerana cabarannya amatlah besar. Contohnya,jika kita nak suruh seseorang untuk lupakan rokok, kita boleh jauhkan rokok atau sorok rokok supaya dia tidak nampak rokok tu dan mungkin sebulan dua apabila tak jumpa rokok dia akan lupa rokok.Itu pun kalau jumpa semula belum tentu mereka mampu menolaknya. Itu baru masalah rokok...

Tetapi jika lelaki suka kepada lelaki, setiap hari mereka akan berjumpa dengan lelaki dan apabila bertemu lelaki, mesti terdetik semula di hati mereka 'hensemnya lelaki ni...’
Itulah cabaran bagi golongan ini untuk melupakan naluri songsang ni kerana kita tak boleh sorok lelaki daripada pandangan mereka...

Memang betul golongan ini perlu didekati dan difahami. Tindakan terus menghukum dan menghina bukan jalan yg baik. Ramai di luar sana hanya tahu bercakap tapi apa yang dia lakukan untuk bantu golongan ini kembali ke pangkal jalan?

Kalau sekadar buat demonstrasi jalanan untuk tunjukkan yang mereka tidak sokong golongan ini,  adakah ianya membantu? Bagi saya ianya membuang masa kerana ini tidak membantu sama sekali. Golongan ini terus beraktiviti dan bergerak dengan kumpulan mereka...

Bagi saya mendekati dan mencari punca permasalahan ini adalah jalan terbaik. Bantu dan pimpin mereka kembali ke jalan yang betul... Ini kerana ada di kalangan mereka ingin berubah dan menjadi straight tetapi tiada yang memimpin mereka.

Yang ada hanyalah yang mencemuh mereka. Jadi niat mereka terkandas dan ada di kalangan mereka 'terkurung' dalam masalah ini dan memerlukan seseorang untuk bawa mereka keluar.. . dan banyak lagi faktor-faktor yang perlu dicari dari mana datangnya masalah ini.

Jadikan perkara ini sebagai ujian untuk umat Islam di dunia ini. Allah ingin memguji kita bagaimana kita boleh tangani isu ini. Adakah kita tangani dengan cara berhemah atau tidak?

Bagi lelaki gay yang ingin berkahwin, fikirlah masak-masak sebelum berkahwin. Jangan cemari kesucian hukum berkahwin itu.

Kahwin adalah untuk menyambung zuriat yang suci dan menjaga maruah dan  keturunan Kahwin bukan untuk menutup keburukan dan kekurangan diri. Bagi yang mempunyai niat yang salah, tolong perbetulkan. Jangan menganiaya org lain...

Sorry AHP komen yang panjang. Maaf kalau ada yang tersinggung. Saya sekadar berkongsi pendapat...



AHP: “Dan sesungguhnya kami jadikan isi neraka jahanam, kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan meraka mempunyai mata (tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah) mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Surah Al A’raf: ayat 179)