My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician
4 May 2012 (Jumaat)
Lifejacket mengomel lagi…
Well, another trip to KK Jaya Gading. Kali ini sangat berbeza. Dua kereta bergerak hampir seiring. Civic putih membawa AHP, Lifejacket, Kak Da, Puan Ani, dan anak-anak beliau. MyVi jingga kepunyaan Ibnu Sina pula membawa Survivor, dan Puan Zura (company Puan Ani). About 4.00 pm kami tiba di KK.
First round, AHP, Lifejacket, Kak Da, Puan Ani masuk ke kamar Dr. Is. The rest menunggu di ruang menunggu di luar. Dr. Is memulakan sesi dengan menerima laporan rawatan IPT daripada AHP. Overall it is alright. Cuma ada sedikit irritation pada peringkat awal rawatan tersebut.
Kemudian Dr. Is memaklumkan bahawa beliau akan mengambil dua tubes darah AHP bagi tujuan (i) Hba1C sebagai rutin setiap 4 bulan, dan (ii) melihat fungsi hati selepas pengambilan dos IPT.
Seterusnya, berat AHP diambil. 74.7 kg. Keputusan ujian darah untuk Viral Load bagi Hepatitis C yang diambil pada previous visit masih belum diperolehi. Ujian tersebut dihantar ke Institute of Medical Research (IMR) yang terletak bersebelahan GH Kuala Lumpur.
Tekanan darah AHP normal = 110/74. Glucose, dengan tersipu-sipu malu akibat rasa bersalah, AHP declared juga… 6.5! Ditegur oleh Dr. Is. AHP defended himself dengan alasan ada tetamu di rumah, agak kurang mengawal makanan dalam sehari dua, dan baru sahaja makan beberapa cebisan donut Big Apple pada hari sebelumnya. Dengan ini, dukacita kita mengumumkan bahawa menurut Dr. Is, produk Big Apple adalah GULA SEMATA-MATA!!! Adehhh… favourite kita tu!
Dr. Is juga memberitahu AHP bahawa pada 11 Jun, beliau perlu menghadirkan diri sekali lagi ke KK Jaya Gading untuk ujian CD4 sebelum 10.00 pagi. That’s a day after the 2-weeks school break.
Seterusnya, AHP mengadu kepada Dr. Is tentang skin tag yang terdapat pada bahagian kiri pinggang beliau, adakah boleh dibuang atau dimatikan? Sebelum ini, skin tag tersebut tidak pernah mengganggu beliau. Tetapi mutakhir ini, ianya agak mengganggu apabila beliau mahu mengenakan belt. Dr. Is menyarankan supaya ianya dimatikan. Ini adalah kerana skin tag tersebut mempunyai saluran darah. Dengan platelet yang rendah, jika tidak dilakukan dengan berhati-hati, pendarahan yang sangat banyak boleh berlaku.
Cara yang boleh dilakukan adalah dengan mengikat skin tag tersebut dengan benang. Benang tersebut pula hendaklah ditukar setiap 3 hari. Selepas skin tag tersebut tanggal, ia sepatutnya tidak kembali membesar. Ini kerana skin tag hanyalah terbentuk daripada soft tissue dan blood veins.
Kak Da juga ada sedikit konsultasi dengan Dr. Is. Kak Da mengadu sakit kepala apabila berada di dalam suasana yang bersuhu rendah seperti di dalam bilik yang berhawa dingin. Dr. Is menyatakan bahawa Kak Da mungkin menghidapi chronic sinusitis.
Menurut Dr. Is, tengkorak kita mempunyai udara dengan saluran keluar melalui hidung. Apabila penghidap chronic sinusitis tunduk (seperti rukuk dan sujud), air akan bertakung di dalam sinus atau air cell dan seterusnya penghidap tersebut akan mengalami kesakitan. Dr. Is seterusnya memberikan preskripsi Loratadine sebagai anti-histamine yang perlu diambil secara berterusan dan antibiotik selama 2 minggu.
Sedikit info yang baru kita tahu daripada Dr. Is. Tonsil bukan sahaja terdapat di bahagian tekak, tetapi juga di dalam hidung.
Kami juga meminta pandangan Dr. Is, adakah perlu kita dan Kak Da membuat ujian saringan HIV. Beliau secara peribadi berpendapat ianya tidak perlu kerana viral load AHP berada pada tahap not detected, Alhamdulillah. Jadi, kami menangguhkan tarikh ujian tersebut pada suatu waktu yang kami fikirkan perlu.
Setelah selesai sesi konsultasi di antara kami, tiba pula sesi untuk Puan Ani, Survivor, dan Ibnu Sina. Kita dan Kak Da menunggu di luar dengan Puan Zura dan anak-anak Puan Ani. AHP menemani mereka di dalam kamar Dr. Is.
Apa yang Survivor, Ibnu Sina dan Puan Ani bincangkan, biarlah hanya kami yang tahu.
Apa-apapun, jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Iskandar, dan semua kakitangan KK Jaya Gading Kuantan atas keprihatinan dan sikap profesional mereka. Menjalani rawatan yang dikendalikan oleh doktor yang sangat prihatin dan sehebat Dr. Is adalah antara anugerah Allah yang terhebat sejak AHP menjadi seorang PLHIV.
Menjelang pukul 5 pm, kita, Kak Da dan AHP ke East Coast Mall (ECM) Kuantan untuk membeli beberapa barangan keperluan, sementara Ibnu Sina, Survivor, dan Puan Ani and her kids bersiar-siar ke Teluk Cempedak.
Dalam hujan lebat selepas Maghrib, kami berkumpul kembali sebagai sebuah keluarga besar untuk menikmati makan malam di Ana Ikan Bakar di Tanjung Lumpur. Meriah sungguh suasana. Habis segala macam ikan bakar, sotong goreng tepung, dan masakan Thai kami bedal.
Menjelang pukul 10 pm, kami bertolak balik. Singgah solat jamak di Petronas Gambang, LPT dalam hujan lebat yang mengiringi sepanjang perjalanan kami. Alhamdulillah, silaturrahim terasa sangat erat dan tidak puas rasanya berkongsi dan bermesra sesama komuniti.
5 May 2012 (Sabtu)
Pagi Sabtu, Puan Ani, Puan Zura dan anak-anak bertolak pulang ke KB. Kami sekeluarga sangat risau memikirkan Puan Ani yang terpaksa memandu sejauh itu, tetapi hanya doa dan pergantungan kepada Allah mengiringi perjalanan mereka.
AHP menghantar Puan Ani serta keluarga hingga ke simpang tol LPT dan kesunyian mula terasa menyerbu. Yang tinggal hanya adik kesayangan AHP, Survivor yang akan balik semula ke KL pada 6 Mei 2012 (Ahad) dengan menaiki bas pada pukul 6 petang.
6 May 2012 (Ahad)
Apa yang paling kita dan Kak Da risau ialah AHP akan terlalu sedih apabila berpisah kembali dengan Survivor. Tetapi syukurlah, kali ini AHP nampak agak kuat. Bila ditanya, AHP kata dia puas hati kerana kali ini beliau punya lebih masa untuk berkongsi dan melayan Survivor.
Tengahari itu, kami sekeluarga sempat membawa Survivor menghadiri jemputan perkahwinan kenalan di kawasan berdekatan.
Syukur Alhamdulillah kami berkongsi segala macam suka duka di sebalik ujian yang Allah hadiahkan kepada kami melalui HIV.
Composed by Lifejacket.