Aku tak berhajat nak menghuraikan panjang lebar tentang apa itu lesbian, gay, bisexual, transexual, homosexual, transgender, mak nyah, pondan, bapuk, dan sebagainya. Kau orang google lah sendiri.
Aku juga tak berhajat nak bincang tentang mereka mengikut pandangan syarak, perubatan, dan psikologi, sekalipun sedikit sebanyak pernah belajar suatu ketika dulu terutama berdasarkan Islamic Study - Fiqh Islam dan psikologi.
Bagi aku, pengalaman bergaul sendiri dengan mereka tanpa diskriminasi dan judgemental adalah guru terbaik untuk kita benar-benar memahami. Biarlah orang yang pakar dan cerdik pandai berhujah, berdebat mengikut disiplin ilmu yang mereka percaya.
Aku dengan prinsip dan caraku. Sebagai insan biasa yang hadir sebagai teman. Kalau semuanya mahu berada di kerusi empuk berhujah dengan segala macam teori, journal, thesis, atau kitab-kitab muktabar sebagai rujukan, aku mahu berada bersama golongan yang dipandang sinis ini. Turun padang membantu setakat termampu. Itu lebih praktikal.
Mereka adalah majoritinya sahabat-sahabatku melalui blog ini. Ada yang berterus-terang mengaku gay, ada yang malu-malu dan cover line. Kononnya hanya kawan baik kepada si polan begitu begini. Iskhhh... tak payah berlakonlah.
Aku bergaul dan membesar dengan golongan ini sejak puluhan tahun yang lampau. Ada yang merupakan somebody dan selebriti pun...
(Kalau aku tak ada pengalaman bergaul dengan kau orang pun, bukan payah sangat nak tahu kau orang zaman cyber ni. Nasib baik aku tak ada akaun facebook, twitter, dan sebagainya. Kalau ada agaknya, aku google saja nama atau emel kau orang, haaa... terpampang macam-macam hal. Kau nak jawab apa? Hahaha...)
Secara jujur, aku akui bukan semua cara mereka aku setuju atas prinsip-prinsip tertentu, terutamanya jika pemikiran terlalu kebaratan, tetapi kasih sayang sebagai sesama muslim, sebagai sahabat yang perlu didekati tanpa judgmental dan diskriminasi tetap kekal.
Kenapa?
Simple sahaja. Kalau semuanya nak menghukum, siapa yang nak membantu? Mudah untuk kita berkata-kata, tetapi tidak kepada tuan punya badan yang berdepan ujian sebenar.
Bukanlah calang-calang orang mampu menghadapi ujian sexuality yang penuh stigma dan judgemental ini. Bukan boleh dikongsi sebarangan. Nanti tak pasal-pasal bertambah tekanan.
Kebanyakan anggota masyarakat hanya tahu mencemuh, tetapi dalam diam, merekalah sebenarnya peminat setia dan secara tidak sedar turut menggalakkan akibat kedangkalan minda.
Mari alih focus seketika, sama-sama fikirkan analogy ini:
Sebagai lelaki straight, aku selalu membayangkan betapa terseksanya jika dipaksa mencintai dan melakukan hubungan seks sesama lelaki. OMG! Aku rela mati...
Begitu juga jika pembaca adalah seorang wanita tulen, tiba-tiba diminta bernafsu kepada sesama wanita dan menjalin hubungan seks dengan wanita. Apa agaknya anda rasa ya?
Dahlah begitu. Kalau mampu bertukar nafsu, boleh ke berkahwin? Kalau orang lain tahu, boleh mereka terima agaknya?
Begitu juga kepada golongan transgender dan pure gay. Seksualiti mereka memang begitu. Jadi cuba bayangkan tekanan yang mereka hadapi jika kita tidak bantu mereka menghadapi ujian ini.
Sekurang-kurangnya kita hadir sebagai sahabat untuk mengingatkan mereka supaya menjaga hubungan dengan Allah, dan cuba mengamalkan seks selamat untuk mengelakkan lebih memudaratkan kepada masyarakat.
Jangan ingat dengan sesekali turun padang, bacakan satu dua ayat al-Qur’an atau hadis di depan mereka, dan semua masalah boleh terus selesai. Ianya memerlukan method, usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh.
Ujian mereka ujian nafsu. Nafsu tanpa iman memang membawa ke neraka. Inikan pula dengan kecenderungan seks yang mereka lalui. Mereka diuji, jadi jangan cepat sangat menghukum. Kita perlu meraih kepercayaan mereka terlebih dahulu.
Gay
Mengikut pakar-pakar perubatan, (kecuali khunsa musykil), secara *biologinya tidak ada sesiapa pun yang dilahirkan dengan homosexuality. Environment leads that.
(*Biologi tidak bermakna termasuk aspek emosi dan naluri)
(*Biologi tidak bermakna termasuk aspek emosi dan naluri)
Secara ringkasnya, pula majoriti gay mempunyai banyak persamaan seperti pernah melalui zaman silam yang mengelirukan atau penuh trauma.
Bila aku kata begitu, ada yang berkata, jangan salahkan masa lampau sebagai escapism untuk berdalih.
Betul, tetapi kita kena akur, lain orang lain ketahanan diri dan berbeza perjalanan, pengalaman hidup dan didikan. Kita tidak diuji seperti mereka, mudah untuk kita berkata-kata.
Walau bagaimanapun, aku tabik kepada sahabat-sahabatku gay yang akhirnya selepas bertungkus-lumus berjihad melawan nafsu, ada yang mampu berkahwin dan punya zuriat. Sekali pun aku faham sangat sukar dan ujian hati hanya Tuhan yang tahu.
Barangkali mereka ini lebih sesuai kita kategorikan sebagai bisexual.
Sekalipun bisexual, jangan anggap ujian mereka lebih ringan. Mereka tetap berdepan dengan ujian yang sangat berat menentang keinginan yang lagi satu.
Gay dan Perkahwinan
Inilah sebenarnya point aku.
Kalau dah tahu diri tu haram dan tak berapa nak sampai ke tahap sekurang-kurangnya harus untuk berkahwin, kau orang janganlah ambil risiko berkahwin. Berkahwin bukan jalan penyelesaian kepada masalah seksualiti kau orang. Silap-silap bertambah beban dan dosa kau orang nanti.
Perkahwinan juga bukan penyelesaian terhadap segala macam tekanan dan pertanyaan seperti “Bila kau nak kahwin?” “Mak nak tengok anak mak kahwin dan kepingin timang cucu.” dan sebagainya.
Lantaklah apa orang nak cakap, sebab dia orang bukan tahu masalah sebenar kau orang.
Jangan mengarut-ngarut berlakon depan aku kononnya “saya nak kahwin bang, tapi awek saya nak sambung study dulu.” Iskhh... nyampah betul aku. Nak tipu orang tualah tu. Hahaha...
Bukan aku kata tak boleh kahwin, tetapi pastikan kau orang dah betul-betul clear dengan decision yang dipilih. Kalau berkahwin, please, stop all homosexuality activities!
Selain itu, anak-anak dara janganlah cepat sangat menganggap bahawa semua masalah sexuality tersebut boleh diselesaikan dengan hanya berkahwin. Anda berhak bertanyakan sexuality bakal suami anda jika anda tahu mereka gay.
Seperkara lagi, bahawa PLHIV mungkin akan mengatakan punca jangkitan mereka adalah melalui heterosexual activities dan IDU untuk menyembunyikan status sebenar sexuality mereka.
Nanti tak pasal-pasal, kau orang sibuk pakai seksi-seksi, wangi-wangi, tapi suami pandang macam tunggul kayu. Asyik kau orang yang attack, cik abang sibuk berfantasi tentang perkara lain semata-mata nak bantu mood dan ereksi. Perrghhh... aku tak sanggup menganiaya orang!
Sudah terlalu banyak aku lihat penderitaan dalam isu ini. Renung-renungkanlah.
Antara cara termudah kepada anak-anak dara untuk menjangkakan PLHIV itu adalah seorang gay ialah apabila mereka sering mengelak atau menunjukkan pendirian yang tidak konsisten untuk berkahwin sekalipun pada peringkat awal mereka telah bersetuju. Mereka akan mencipta pelbagai alasan disebabkan inferior dalaman mereka.
Sudah terlalu banyak aku lihat penderitaan dalam isu ini. Renung-renungkanlah.
Antara cara termudah kepada anak-anak dara untuk menjangkakan PLHIV itu adalah seorang gay ialah apabila mereka sering mengelak atau menunjukkan pendirian yang tidak konsisten untuk berkahwin sekalipun pada peringkat awal mereka telah bersetuju. Mereka akan mencipta pelbagai alasan disebabkan inferior dalaman mereka.
Pesanan aku ni bukanlah kepada yang dah terlanjur dan berlaku, tetapi kepada mereka yang BAKAL mendirikan rumahtangga dan masih dalam keadaan keliru.
Itu saja perkongsianku kali ini. Kalau aku share banyak sangat, bimbang bertambah stigma. Jadi kau orang fikikan betul-betul sebelum buat keputusan.
Tak mampu kahwin buat cara tak mampu. Focus kepada muhasabah dan upgrade diri. Hanya kasih sayang Allah yang kekal abadi.
Aku yakin sahabat-sahabat gay tak marah aku dengan entry ini kerana aku sekadar mengingatkan. Kita hormati perbezaan pandangan dan ini adalah pandanganku.
Selama ini memang kita ada sedikit perbezaan pandangan dalam soal ini, tetapi tetap sebagai kawan. Sahabat-sahabat gay yang aku kenali sangat terbuka pemikirannya. Jadi apa isunya? Tak puas hati, sila tinggalkan komen. Biar kita sama-sama faham.
Bye...